Tuesday, June 21, 2005

Berhati-Hatilah Dengan Perbuatan Anda

Berhati-Hatilah Dengan Perbuatan Anda

Setiap insan akan bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuat, dan barangsiapa yang beriman dan berbuat baik maka ia masuk syurga, dan barangsiapa yang kufur kepada Allah SWT dan RasulNya maka ia masuk neraka, Allah SWT berfirman;

" Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan ( ingatlah ) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. " Q.S An-Nisaa’ : 56 - 57

Semua perbuatan baik hanya akan bermanfaat kepada pelakunya, Allah tidak memerlukan perbuatan itu, begitu pula semua perbuatan buruk hanya akan membahayakan pelakunya, perbuatan buruk itu tidak akan membahayakan Allah sedikit pun, sebagaimana firmanNya;

" Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. " Q.S Fussilat : 46

Dan juga;
“ Dan sesiapa yang berjuang ( menegakkan Islam ) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak berhajatkan sesuatupun ) daripada sekalian makhluk. “ Q.S Al-‘Ankabuut : 6

Allah SWT Maha Mulia akan melipatgandakan seluruh perbuatan baik, sebagaimana firmanNya;
" Sesiapa yang membawa amal kebaikan ( pada hari kiamat ), maka baginya ( balasan ) sepuluh kali ganda ( dari kebaikan ) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan ( kejahatan ) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya ( sedikitpun ). " Q.S Al-An’aam : 160

Perbuatan-perbuatan baik seperti sholat, zakat, puasa, haji, memerintahkan kepada kebaikan, mencegah kemunkaran, berjihad, membaca Al Quran dan lain-lain yang termasuk syariat Islam, semua perbuatan itu akan mendapat imbalan berupa syurga, sebagaimana disebutkan di dalam Al Quran;
" Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya ( atau dikurangkan balasannya ) sedikitpun. " Q.S An-Nisaa’ : 124

Perbuatan-perbuatan buruk seperti kezaliman, syirik, membunuh, perosakan, takbur dan lain-lainnya dari perbuatan maksiat, maka imbalan dari semua perbuatan maksiat itu adalah neraka jahannam, kecuali bagi orang-orang yang bertaubat, Allah berfirman;
" Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina. " Q.S An-Nisaa’ : 14

Semua perbuatan dan perkataan yang baik mahupun yang buruk, seluruhnya mempunyai ikatan dengan Allah sang Pencipta, firmanNya; " Inilah surat ( tulisan malaikat ) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah ( perintahkan malaikat ) menulis segala yang kamu telah lakukan ( di dunia dahulu )! "Q.S Al-Jaathiyah : 29

Allah tidak akan menerima perbuatan baik kecuali jika dikerjakan dengan penuh ikhlas hanya kerana Allah serta sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW sebagaimana firmanNya;
“ Katakanlah ( wahai Muhammad ) : Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.. "Q.S Al-Kahfi : 110

Pada hari kiamat setiap manusia akan mendapat kitab yang berisi semua catatan seluruh amal perbuatannya di dunia, lalu dikatakan kepadanya.
" Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya ( berlaku demikian ). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak ( dari kubur masing-masing ) untuk diperlihatkan kepada mereka ( balasan ) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya ( dalam surat amalnya )! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya ( dalam surat amalnya )! " Q.S Az-Zalzalah : 4 - 8

Pada hari kiamat nanti, setiap manusia akan diberikan kitab catatan amalnya, lalu dikatakan kepadanya:" ( Lalu Kami perintahkan kepadanya ): Bacalah Kitab ( suratan amalmu ), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu ( tentang segala yang telah engkau lakukan ). " Q.S Al-Israa’ : 14

Maka barangsiapa yang beriman dan melakukan kebaikan ia akan mengambil kitab itu dengan tangan kanannya sambil bergembira dan masuk syurga, dan barangsiapa yang menentang Allah dan RasulNya ia akan mengambil kitab itu dengan tangan kirinya atau dari belakang punggungnya dan akan masuk neraka jahannam, sebagaimana firman Allah;
" Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya; Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan dia akan pergi kepada keluarganya ( yang beriman ) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya ( dengan tangan kiri ), dari sebelah belakangnya, Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang. " Q.S Al-Insyiqaaq : 7 - 12

Sungguh, sangat jauh perbezaan antara iman dan kufur, antara ketaatan dan kemaksiatan, antara penghuni syurga dan penghuni neraka, firman Allah menyebutkan;
" ( Jika demikian halnya ) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama ( dalam menerima balasan ). Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. "Q.S As-Sajdah : 18 - 20

Allah telah menerangkan bahawa orang-orang mukmin adalah para pemenang dan orang-orang kafir adalah golongan yang dalam kerugian, sebagaimana firman Allah;
" Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " Q.S Al-‘Asr : 1 - 3

Ya Allah berilah kami rezeki berupa syurga, selamatkanlah kami dari siksa neraka, dan kasihanilah kami dengan rahmatMu, Wahai yang Maha Penyayang. Wallahu’alam Bisshawab.

Wujud, banyak dicari orang kerna indahnya bentuk
Padahal ia tidak memiliki makna.
Hati, tempat bersemayam antara kebaikan & keburukan
Zikir bisa membersihkannya dari segala keburukan & kemaksiatan
Ku bersujud pada Illahi Rabbi hanya untuk mendapat Cinta & RedhaMu

*Penawar penat oleh Rasullullah*

Subject: *Penawar penat oleh Rasullullah*
> > >Penawar di kala kepenatan
> > >Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama adadi
> > >rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
> > >oleh Rasulullah s. a. w. kepada puteri kesayangannya Saidatina
> > >Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu
> > >kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada
> > >tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
> > >Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan
> > >perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk
> > >membantumu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
> > >hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya
> > >di rumah.
> > >
> > >Bagaimanapun Rasulullah s. a. w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
> > >kesayangannya itu. Lalu Baginda s. a. w. pergi menemui puterinya
> > >serta menantu itu. Baginda s. a. w. berkata : "Apakah kamu berdua
> > >mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta
> > >daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah
> > >(Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33
> >kali
> > >dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
> > >berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.
> > >a. w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan
> > >dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang
> > >kalimah-kalimah Rasulullah s. a. w.
> > >ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
> > >diajarkan
> > >kepadaku."
> > >Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
>yang
> > >merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
>mengamalkan
> > >membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
> >dan'Allahuakbar'
> > >(33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah
> > >dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk
> > >Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.
> > >Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Siapakah orang itu?

Siapakah Orang Itu?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal- amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana
mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Friday, June 10, 2005

Nasihat Untuk Sri Kandi Islam_pt3

ISLAM DAN WANITA.

Banyak batasan yang dikemukakan untuk mendefinisikan apa makna keadilan. Tetapi satu hal pasti tidak akan ditolak - keadilan bagi manusia akan terwujud pada saat hak-hak manusia dapat dipenuhi. Yang kemudian berbeza adalah siapakah yang menentukan hak manusia dan apakah cara yang harus ditempuh untuk memenuhi hak-hak tersebut.

SIAPA YANG MENENTUKAN HAK MANUSIA?

Masyarakat kapitalis-sekular yang menentukan sendiri aturan hidupnya di dunia, pada hakikatnya menentukan sendiri hak manusia yang didakwa memiliki empat kebebasan pokok yang akan melahirkan hak-hak manusia sebagai individu dalam masyarakat dan negara. Mereka sepakat bahawa manusia memiliki kebebasan beraqidah, kebebasan berpendapat, kebebasan hak milik, dan kebebasan bertingkah laku. Cuma mereka tidak sepakat mengenai seberapa jauhkah kebebasan-kebebasan itu wajar dimiliki manusia.

Masyarakat Islam walaubagaimanapun, tidak menentukan sendiri hak-hak manusia. Mereka mengetahui hak-hak mereka melalui petunjuk Allah didalam Al-Qur'an dan Hadis. Mereka yakin bahawa hak dari Allahlah yang paling tepat, yang akan mendatangkan kebaikan bagi individu dan masyarakat dalam kehidupan dunia. Mereka meyakini hal tersebut kerana mereka menerima kebenaran firman Allah :

"(Dan) mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (TMQ Al Baqarah : 216)

Penentuan hak manusia didalam Islam diserahkan sepenuhnya kepada Penciptanya, bukan kepada ahli tafsir lelaki (kerana ada dakwaan kononya ada bias gender dalam tafsir bersifat kelelakian), sehingga dalam masyarakat Islam tidak ada perbezaan pendapat samada seorang pembunuh mempunyai hak untuk hidup atau tidak. Melalui pensyariatan qisas (Al-Quran. 2:178), mereka memahami bahawa pembunuh tidak memiliki hak hidup untuk hidup. Ini adalah kerana Allah telah memberi hak kepada keluarga orang yang terbunuh untuk memutuskan apakah mereka ingin menuntut pembunuh untuk dijatuhi hukuman mati, ataukah mereka memaafkan pembunuh dan ia harus membayar diyat (denda) kepada keluarga orang yang terbunuh. Pada saat keluarga orang terbunuh menuntut hukuman mati keatas pembunuh atau hakim menjatuhkan hukuman mati padanya, itu tidak berarti keputusan tersebut melanggar hak hidupnya. Pada hakikatnya, sipembunuh sudah tidak lagi diberi hak untuk hidup oleh Allah. Sekiranya keluarga orang terbunuh memaafkan, berarti keluarga itu berbaik hati memberikan haknya kepada pembunuh, sama seperti kebaikan orang yang memberikan harta yang menjadi haknya kepada orang lain. Berbeza dengan masyarakat kapitalis, mereka akan berbeza pendapat mengenai hak hidup bagi seorang pembunuh. Perbezaan inilah yang akhirnya 'menentukan' apakah mereka merasa mendapat keadilan atau tidak. Perbezaan seperti ini akan menyebabkan wujud kelompok-kelompok didalam masyarakat kapitalis yang akan terus memperdebatkan hakikat keadilan didalam penghukuman dan perdebatan ini tidak akan pernah selesai.

BAGAIMANA MEWUJUDKAN KEADILAN?

Perbezaan yang terjadi dikalangan masyarakat kapitalis mengenai batas-batas kebebasan manusia untuk menetapkan aturan hidup yang akan menguntungkan dirinya atau kelompoknya, menimbulkan kesulitan pada saat mereka harus menentukan peraturan apa yang harus diterapkan ditengah masyarakat. Aturan yang dianggap adil oleh seseorang mungkin dipandang tidak adil oleh orang lain. Untuk mengurangkan ketidakadilan ditengah masyarakat inilah mereka memerlukan mekanisme pengambilan keputusan oleh majoriti rakyat. Inilah yang melahirkan konsep pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, yang menjalankan peraturan hidup yang dibuat sendiri oleh majoriti rakyat.

Masyarakat kapitalis memang memerlukan demokrasi, kerana mereka menyerahkan penentuan aturan hidupnya kepada manusia. Sedangkan, pada hakikatnya mereka sepatutnya sedar bahawa hasil dari sistem demokrasi bukanlah suatu keadilan bahkan lebih sering menghasilkan ketidakadilan, termasuk ketidakadilan atas sebab penyalahgunaan sistem ini. Walaubagaimanapun, permasalahan ini mereka justifikasikan kerana sistem kapitalis memang amat memerlukan demokrasi. Hal tersebut tidak terjadi kepada masyarakat Islam. Masyarakat Islam tidak memerlukan demokrasi untuk mewujudkan keadilan bagi seluruh manusia, baik muslim mahupun non muslim, baik lelaki ataupun wanita. Ini adalah kerana masyarakat Iaslam memahami bahwa hak manusia ditentukan oleh Allah dan Allah telah menetapkan cara pemenuhan hak-hak tersebut. Penentuan hak dan kewajiban ini dapat difahami manusia dari hukum-hukum syara' Islam yang digali dari Al-Qur'an dan Hadis. Pelaksanaan syariat Islam ditengah-tengah kehidupan masyarakatlah yang akan menjamin terwujudnya keadilan.

Masyarakat Islam memahami bahawa kunci terwujudnya keadilan di tengah-tengah masyarakat adalah dengan terlaksananya syariat Islam sebagai aturan hidup masyarakat. Hal inilah yang membuat masyarakat Islam dapat menerima kepemimpinan tunggal didalam masyarakat, selama mana pemimpin ini menerapkan hukum Allah, bukan menetapkan aturan yang bersumber dari hawa nafsu manusia. Oleh itu, yang harus dilakukan untuk memastikan keadilan dapat dikecapi dengan sebenar-benarnya adalah berpegang kepada hukum Allah, bukannya meletakkan sumber hukum keatas tangan rakyat.

ISLAM MENJAMIN HAK-HAK WANITA

Kaum wanita yang menghadapi banyak permasalahan kehidupan dan merasa bahawa masalah tersebut berakar pada perlakuan tidak adil terhadap wanita seharusnya dapat melihat bahwa Islamlah penjamin keadilan yang hakiki. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, berikut dikemukakan beberapa contoh pemecahan masalah-masalah wanita yang menjadi sorotan dunia saat ini menurut syariat Islam:

1) Masalah kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan tindakan buruk terhadap wanita.

Dalam pandangan Islam, masalah-masalah ini timbul kerana tiadanya penerapan hukum-hukum yang berhubungan dengan jaminan keperluan asas bagi rakyat. Keperluan asas rakyat meliputi: a) Keperluan asas yang dipenuhi secara individu untuk setiap individu rakyat dan b) keperluan asas masyarakat. Contoh keperluan asas yang pertama adalah makanan dan pakaian. Sedangkan yang kedua meliputi keperluan masyarakat akan keamanan, kesihatan dan pendidikan.

Kemiskinan menurut Islam terjadi pada saat seseorang individu tidak mampu memenuhi keperluan pokoknya (keperluan individu). Kemiskinan pada wanita terjadi pada saat si suami atau walinya (yang berkewajiban memberi nafkah keperluan asas kepada wanita itu) juga miskin. Jalan keluar untuk mengatasi masalah ini sudah tentu bukannya dengan cara memberi modal kepada wanita agar ia dapat meningkatkan keadaan ekonominya kerana hal itu justeru akan menambah bebanan kepada si isteri yang juga mempunyai tanggungjawab di rumah. Penyelesaian yang akan ditempuh adalah dengan menyediakan pekerjaan atau modal kerja kepada si suami atau wali dari wanita itu, agar ia dapat bekerja atau meningkatkan penghasilannya sehingga ia dapat menafkahi isteri dan anak-anaknya atau saudara wanitanya yang menjadi tanggungannya dalam batasan nafkah yang selayaknya.

Demikian pula apabila negara melaksanakan kewajibannya menjamin pendidikan, kesihatan dan keamanan rakyatnya, seperti yang diperintahkan Allah, masalah-masalah buta huruf, buruknya keadaan kesihatan kaum wanita dan masalah gangguan dan keganasan keatas wanita akan pasti berkurang dengan drastiknya.

Didalam Islam, menuntut ilmu adalah kewajiban bagi kedua-dua lelaki dan wanita, dan pendidikan adalah hak setiap warganegara, termasuk didalamnya para wanita. Negara mengelola dan memberi pendidikan secara percuma kepada setiap warganegara. Pendidikan yang diberikan secara percuma ini bertujuan untuk membentuk pola berfikir dan pola sikap (syakhshiyah) Islam kepada anak didik, serta membekal mereka dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kehidupan. Melalui pendidikan ini, seseorang muslim dibentuk menjadi peribadi yang berilmu (intelektual) agar menyingkapi sikap seorang ahli ibadah yang mulia. Dengan kurikulum pendidikan berteraskan aqidah ini akan muncul para saintis, jurutera, doktor dan lainnya yang beriman dan bertaqwa. Wanita tidak sekali-kali akan dihalang untuk mengikuti bidang-bidang pendidikan yang berbentuk profesional ini. Mereka sendirilah yang akan digalakkan untuk memilih pendidikan profesional yang ingin mereka ingini, disesuaikan dengan kewajiban utama mereka sebagai ibu dan pengurus rumah tangga serta menjaga iffah atau kehormatan mereka sebagai wanita.

Mengenai jaminan terhadap keamanan, negara akan memenuhinya dengan membina aqidah umat sehingga mereka menjadi orang-orang yang bertaqwa dan takut akan adzab Allah yang pedih apabila mereka melakukan kejahatan. Sebagai contoh golongan lelaki diwajibkan Allah untuk menundukkan pandangan mereka ketika berhadapan dengan wanita dan wanita pula diwajibkan menutup aurat dengan cara yang betul ketika keluar dari rumah. Selain itu, negara juga menerapkan hukum yang tegas, yang bersumber dari wahyu, untuk bertindak keatas kejahatan-kejahatan yang berlaku tanpa adanya diskriminasi. Selain itu, harus disedari, salah satu dari punca utama berlakunya kejahatan iaitu tidak terpenuhinya keperluan asas manusia, sudahpun diselesaikan oleh negara sejak awal lagi.

2) Masalah penglibatan wanita sebagai pembuat polisi dan keputusan

Tidak seperti masyarakat kapitalis, masyarakat Islam tidak melihat masalah ini sebagai suatu ketidakadilan terhadap wanita. Didalam Islam, pembuat keputusan memanglah hanya dipertanggungjawabkan kepada seorang individu, iaitu pemimpin. Didalam keluarga pemimpinnya adalah suami, ditingkat wilayah, pemimpin masyarakat adalah wali, dan ditingkat negara pemimpinnya adalah Khalifah. Dalam isu-isu seperti ini, lelaki telah diberi hak oleh Allah untuk memikulnya. Semua kedudukan ini memanglah bukan hak untuk wanita menurut hukum syara'. Ketidakadilan hanya berlaku apabila hukum Allah mengenai hak wanita dilanggar. Sebagai contoh, apabila wanita tidak diperkenankan utnuk memberikan sebarang pendapat atau masukan didalam pembuatan keputusan, atau apabila wanita tidak diperkenankan untuk menasihati pemimpin jika pemimpin tersebut menyalahi syariat Allah. Meletakkan label 'zalim' apabila wanita tidak dibenarkan menduduki kerusi-kerusi yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai hak keatas lelaki merupakan satu label yang hanya memanifestasikan kejahilan dan penolakan urusan Allah didalam penetapan ini. Wanita tetap bebas menduduki kerusi-kerusi 'kepimpinan' yang lainnya selama ia tidak bertentangan dengan hukum Allah sebagai contoh sebagai ketua di jabatan-jabatan negara yang tidak berkaitan dengan aspek pemerintahan.

Demikianlah contoh penyelesaian permasalahan wanita menurut pandangan Islam. Penyelesaian permasalahan wanita dengan penerapan syariat Islam dalam kehidupan tidak hanya menjamin keadilan bagi wanita, tetapi juga menjamin keadilan bagi seluruh anggota masyarakat. Itulah penjaminan keadilan yang hakiki.

SATU PERSOALAN KEPADA KITA.

Hipokrasi barat dalam 'memperjuangkan' hak wanita adalah merupakan suatu kejelasan yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Kenapakah Barat tidak melabelkan Yvonne Ridley, muslimah yang memeluk Islam setelah beliau ditangkap di Afghanistan dan mengatakan bahawa kekeluargaan Islam adalah yang terbaik, sebagai "a good Muslim"? Ramai lagi wanita barat yang memeluk agama Islam dan memperjuangkan Islam di negara barat - ada yang begitu lantang memperjuangkan nasib mereka yang memakai tudung di sekolah-sekolah di Perancis - namun, apa yang mereka katakan sebagai "a good muslim" adalah seorang wanita dari Malaysia yang tidak menutup aurat dan berjuang selari dengan mereka yang ingin menjatuhkan Islam!

Wahai kaum muslimin, selama kita memperjuangkan Islam, kita tidak memerlukan ideologi selain darinya sebagai neraca kehidupan, untuk kesejahteraan lelaki dan wanitanya. Apa yang diperlukan adalah pemahaman dan penerapan hukum Allah yang mulia melalui Daulah Khilafah 'ala Minhaj Nubuwwah yang wajib kita perjuangkan – yang telah sejak begitu lama memperjuangkan hak wanita dan telahpun terbukti, ketika ia masih berdiri, berjaya meletakkan wanita sesuai dengan kedudukannya sebagai muslimah yang dimuliakan Allah. Bukanlah sekadar perjuangan murahan yang mengemis kepada idea barat dengan berlabelkan Islam dan ingatlah sistem kapitalis barat sendiri telah gagal untuk memartabatkan wanita, yang sehingga hari ini terus dijualbeli – apakah layak pemikiran seperti ini diambil sebagai sandaran untuk mengembalikan hak-hak wanita???

Wallahua'lam

Nasihat Untuk Sri Kandi Islam_pt2

KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN BETUL - SISTEM PERUNDANGAN BARAT MENJAGA HAK WANITA?

Barat sering menjadikan isu Islam yang kononnya menindas wanita sebagai sumber utama serangan mereka keatas Islam. Isu Amina sengaja digunakan oleh wartawan barat untuk menghina hukuman rejam kepada penzina. Kapitalisme pada hakikatnya tidak memandang isu seks sebagai suatu masalah yang besar. Penzinaan merupakan satu cara hidup di negara-negara barat. Mungkin keganasan seks masih dianggap sebagai jenayah disana, namun frekuensi kejadiannya memberikan gambaran bahawa ia seolah-olah sudah menjadi 'trend' didalam masyarakat mereka. Marilah kita perhatikan sedikit sebanyak dari contoh yang memanifestasikan hakikat sebenar pandangan barat keatas wanita.

Dalam tahun 2003 sahaja AS menyaksikan 93,233 kes rogol - 63 orang wanita dalam 100,000 telah menjadi mangsa rogol. Pada setiap satu atau dua minit akan ada seorang wanita AS yang diganggu secara seksual dan dalam masa setiap 6 minit 1 kejadian rogol akan berlaku (FBI). Bilangan wanita didera dan dirawat di 'First Aid Centers' melebihi satu juta orang. Dan lebih dari 1,500 wanita dibunuh oleh suami, kekasih dan teman sebilik (The Milenio, Mexico, Sept 26, 2004). Hampir 78% wanita di barat secara fizikal menjadi mangsa gangguan seks sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka. Tambahan pula, 79% dari wanita barat didera secara seksual sekurang-kurangnya sekali. Kajian yang dilakukan oleh US National Institute of Justice menunjukkan bahawa semasa menghabiskan masa 4 tahun pembelajaran di kolej, 88% wanita menjadi mangsa serangan fizikal atau mangsa seks dan 64% daripada mereka ini pernah mengalami kedua-dua kes. Dekad sebelumnya, kes yang dikendalikan oleh US Equal Employment Opportunity Commission melawan gangguan seksual meningkat 22% (The Sun, July 16, 2004).

Di bumi Uncle Sam sendiri diskriminasi terhadap wanita dalam bidang perkerjaan tidak kurang hebatnya; menurut akhbar The Sun (Julai 16, 2004), kes yang dikendalikan oleh US Equal Employment Opportunity Commission tentang diskriminasi jantina didalam bidang tenaga kerja meningkat 12% dalam masa 10 tahun. Pada tahun 2004, terdapat 2 kes yang menarik perhatian. Ianya berkaitan dengan kes "gender bias" yang melibatkan 1.6 juta pekerja wanita di Wal Mart dan kes yang lain melibatkan 340 staf wanita Morgan Stanley (New York Times, Julai 13, 2004). Wanita yang bidang tugasnya tidak berbeza dengan pekerja lelaki tidak dibayar kadar gaji yang sama - statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh AS menunjukkan bahawa wanita mendapat median gaji 81.1% gaji lelaki.

Penjagaan kesihatan terhadap wanita di AS adalah antara yang paling teruk di dunia; ini diceritakan sendiri oleh Dr. Jody Heyman, dari Harvard School of Public Health. Dari 168 buah negara yang dikaji penulis ini, beliau berkomentar tentang AS sebagai "...far behind the rest ot the World.." (...jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain di dunia) (AP Boston, Jun 17, 2004) .

Kanak-kanak juga sering menjadi mangsa jenayah seks di AS. Setiap tahun terdapat kira-kira 400,000 kanak-kanak di AS yang dipaksa untuk terlibat dalam aktiviti pelacuran atau lain-lain urusan yang berkaitan dengan seks jalanan. National Center for Missing & Exploited Children melaporkan bahawa kes kanak-kanak yang digunakan untuk tujuan eksploitasi seks meningkat secara mengejutkan dari 4,573 kes dalam tahun 1998 kepada 81,987 kes 2003 (The USA Today, Feb 27, 2004).

SIAPAKAH BARAT DAN SIKAP SIS

Dalam mengkaji bagaimana barat berusaha untuk menyerang Islam, kita boleh mengambil beberapa contoh yang disarankan penggunaannya oleh Cheryl Bernard dalam tulisannya (Civil Democratic Islam: Partners, Resources and Strategies, RAND Corporation). Diantaranya adalah isu-isu yang biasa mencetuskan perbincangan hangat dikalangan umat Islam, iaitu demokrasi, Hak Asasi Manusia (HAM), poligami, hukuman hudud, isu minoriti, isu pakaian wanita dan isu suami boleh memukul isteri. Dengan isu-isu inilah keraguan akan dimunculkan dikalangan umat Islam terhadap Fiqh Islam itu sendiri. Sekiranya kita melayari laman web Sisters in Islam (SIS) kita akan dapati isu yang sering diperbincangkan berputar disekitar isu yang sama seperti yang digunakan oleh barat untuk menyerang Islam. Lihatlah sahaja penerbitan mereka - semuanya berputar disekitar isu poligami, rogol isteri, isu meringan-ringankan penutupan aurat, isu suami boleh memukul isteri dan hukum hudud. Kita tidak perlu mengkaji dengan mendalam perjuangan SIS untuk melihat kesamaan perjuangan mereka dengan keinginan barat untuk merendahkan Islam, seperti yang dapat kita baca antara lain didalam tulisan Cheryl Bernard. Mereka yang 'berjuang' seperti ini tidak lain tidak bukan merupakan agen, secara sedar atau tidak, kepada ideologi barat dalam usahanya untuk menghancurkan Islam. SIS pada hakikatnya adalah merupakan pejuang ideologi barat yang menempelkan beberapa ayat Al-Quran sebagai dalih penggunaan Islam.

Barat, dalam melaungkan 'hak wanita' sebenarnya telah memanifestasikan sikap hipokrit mereka. Dari statistik yang diuatarakan diatas, jelas menunjukkan bahawa negara yang menjadi kiblat 'pejuang kebebasan' ini adalah tidak lebih dari ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul. Sikap hipokrit barat dalam melaung-laungkan slogan membela wanita pada hakikatnya adalah "full of sounds and fury but singnifying nothing".

Kemunafikan Barat tentang Islam dan isu wanita ini sendiri terlalu banyak, contoh klasik yang boleh dikaji antara lain adalah kisah Lord Cromer ketika beliau bertugas sebagai General Konsul British di Mesir (1883-1907). Cromer amat yakin dengan pandangannya bahawa Islam dan masyarakatnya adalah kolot dan terkebelakang. Beliau begitu keras kritikannya terutama didalam isu wanita dan bagaimana Islam menangani masalah wanita. Bagi beliau, kekerasan Islam dalam memastikan wanitanya menutup aurat dan tidak bergaul secara bebas dengan kaum lelaki merupakan halangan yang paling besar dalam membangkitkan pemikiran orang-orang Mesir. Beliau yakin hanya dengan penerapan nilai-nilai barat; dengan membuka 'hijab' wanita, barulah kebangkitan orang-orang Mesir dapat dicapai. Dan apakah yang dilakukan oleh Cromer apabila ia pulang ke Britain? Beliaulah orang yang paling keras menentang hak-hak wanita. Beliau mengetuai Men's League for Opposing Women's Suffrage yang menentang wanita dalam mendapatkan hak mereka untuk mengundi!!! (Leila Ahmed, Women and Gender in Islam: Historical Roots of a Modern Debate)

Contoh yang lebih kontemporari boleh dilihat didalam kata-kata dan perlakuan Presiden Uncle SAM, George W Bush. Diantara justifikasi beliau dalam menyerang Afghanistan dan Iraq adalah 'pembebebasan wanita'. Beliau pernah berucap di UN pada September 2002 dengan mengatakan "Respect for women... can triumph in the Middle East and beyond!" (penghormatan keatas wanita...boleh didapatkan di Timur Tengah dan tempat-tempat lain). Beliau menyerang Afghanistan dengan menggunakan ini sebagai salah satu justifikasi, kemudian Iraq ... kita tunggulah samada AS akan menyerang China, kerana polisi satu anaknya yang anti wanita, India kerana kemarahan keatas pembakaran janda dan Britain kerana kadar penghukumannya yang rendah keatas kes-kes rogol....semua atas alasan yang sama – untuk 'membebaskan wanita'!?

Nasihat Untuk Sri Kandi Islam

WAHAI SRI KANDI ISLAM BERWASPADALAH DENGAN HIPOKRASI BARAT

Isu wanita sering dijadikan isu murahan oleh Barat untuk menyerang ideologi Islam. Sejak dari dahulu, mereka secara terang terangan menyerang Islam yang kononnya selalu mengongkong wanita didalam banyak aspek kehidupan. Mereka berusaha mengubah persepsi umat dengan memperlihatkan seolah-olah mereka memperjuangkan hak wanita, sedangkan hakikatnya merekalah yang paling banyak memperleceh dan merendahkan martabat wanita yang mulia. Mereka sering menonjolkan 'tokoh wanita' idaman mereka sendiri sebagai wadah untuk menyerang ajaran Islam. Taslima Nasreen, sebagai contoh tiba-tiba mendapat pencalonan Hadiah Noble Tahun 2005 kerana tulisannya banyak menyerang dan 'memperbetul' ajaran Islam yang berkaitan dengan wanita. Jadi tidak hairanlah sekiranya akhbar Guardian, dalam laporannya mengenai pergerakan Sisters in Islam begitu ghairah memuji Zainah Anwar dari SIS - "Zainah Anwar is a good Muslim. She is also an outspoken campaigner for women's rights. To many Muslim men in Malaysia and beyond, these two factors are barely compatible" ('Sisters take on scholars in battle for Islam', Simon Tisdall, Guardian Unlimited 1.06.2005). Hakikatnya, isu wanita ini memang sengaja ditonjolkan oleh Barat sebagai api dalam sekam – didalam usaha mereka untuk melahirkan revolusi dalaman pemikiran Islam bagi merealisasikan objektif mereka 'mencairkan' ideologi Islam, agar Islam dapat di 'liberal'kan.

SERANGAN BARAT KE ATAS ISLAM : ISU WANITA

Barat yang amat benci kepada Islam sejak dahulu lagi, telah gagal untuk mengalahkan kekuatan Islam secara fizikal. Sejak dari kesedaran ini, mereka mula mengkaji kekuatan Islam dimana akhirnya mereka mendapati bahawa perlu dilakukan serangan keatas umat Islam dari aspek ajaran Islam itu sendiri. Antaranya, tiga aspek utama yang sering dijadikan 'lubuk' serangan oleh para orientalis barat untuk mengelirukan umat Islam adalah isu jihad, poligami dan emansipasi wanita. Sebagai penaung ideologi kapitalis yang pragmatik dalam perjuangannya, kita perhatikan pula hari ini, Amerika, dalam serangan-serangan ideologinya keatas Islam, sering menggunakan tiga sendi utama - demokrasi, isu wanita dan akauntabiliti pemerintah umat Islam.

Dalam serangan-serangan ini, isu wanitalah yang paling banyak memberi kesan keatas umat Islam sehinggakan kaum wanita yang terpengaruh dengan pemikiran barat ini secara sedar atau tidak telah menjadi proksi barat didalam 'perjuangan' mereka. Dalam sebuah penulisan yang bertajuk 'Afghanistan's Joan of Arc: Dies on the Crucifix of Islam' (Jim Woods, 'Capitalisme Magazine',May 7, 2005) penulis artikel ini telah mengulas penghukuman rejam seorang wanita yang bernama Amina sebagai penzina muhsan (yang telah berkahwin) dengan memuji sistem Barat dan merendahkan Islam. Sikap seperti ini menunjukkan kejahilan dan kebencian barat yang amat sangat keatas sistem Islam. Meskipun bidang kuasa (authority) dan prosidur dalam menjalankan hukuman hudud keatas Amina tidak diperhatikan dengan betul, namun apa yang dijadikan isu bukanlah bidang kuasa atau prosidur tersebut, tetapi hukuman hudud itu sendiri. Penulis, dalam mengakhiri tulisannya mengatakan, "Unlike the legal system in the West which protects the rights of women, Amina's life was subordinated to the needs of the community" (Tidak seperti sistem perundangan di barat yang melindungi hak asasi wanita, nyawa Amina terletak dibawah kehendak masyarakatnya). Dan 'kehendak masyarakat' ini membawa maksud keinginan masyarakat untuk berhukum dengan Islam.

Itulah sikap Barat terhadap Islam - mereka menilai bahawa ideologi merekalah yang terbaik, tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak ubah seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan dengan betul. Sautun Nahdhah minggu ini ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk sama-sama mengkaji isu ini dengan teliti, berdasarkan rasional dan hukum Allah swt yang suci. Untuk memulakan perbincangan kita, marilah kita melontarkan pandangan kita kepada negara kapitalis barat yang begitu bangga dengan idea kebebasan dan penjagaan hak wanita, yang dijadikan kiblat oleh pejuang 'kebebasan'. Marilah kita merenung...adakah mereka dan sistem mereka layak digunakan untuk menjaga akal, harta, nyawa, keturunan, keamanan, agama dan semua yang dipandang tinggi oleh manusia...atau sebaliknya?

ULAMA SUK (ULAMA DUNIA)

ULAMA SUK (ULAMA DUNIA)

Ulamak suk ertinya ulamak jahat (suk itu istilah Arab yang bererti jahat). Kita pun tidak sangka adanya ulamak2 yang jahat. Kalau bukan Rasululah yang sendiri memberitahu dalam sabdanya.

Selain dari Dajal , ada yang paling ku takuti menimpa kamu. Maka ditanya oleh sahabatnya, siapakah ia wahai Rasululah, Jawab baginda: iaitu Ulamak suk.

Sabdanya lagi,

Bila tergelincir ulama, maka tergelincirlah alam dengan sebab tergelincirnya itu.

Sehubungan dengan ini saya saya teringat kata2 dalam sebuah kitab,

Kalau Ulamak cinta dunia tentang yang harus, orang awam akan buat yang makruh. Bila ulamak buat perkara yang makruh,orang awam akan buat yang haram. Kalau ulamak buat dosakecil, orang awam akan buat dosa besar. Dan kalau ulamak buat dosa besar, orang awam akan jatuh pada kekafiran.

Logiknya hal2 yang demikian berkait2 ialah kerana orang yang disegani ilmunya,diyakini dan diikuti orang. Cakapnya dan sikapnya boleh mempengaruhi masyarakat. Orang ramai ingat semuanya betul, mereka tak pandai menolaknya. Maka kiranya baik caranya, baiklah jadinya masyarakat. Tetapi andai sebaliknya, yakni ulamak sudah jahat maka jahanamlah masyarakat!

Satu lagi factor terjadi demikian ialah kerana bila orang alim tidak mengajar, berdakwah dan mendidik, maka terbiarlah orang awam dalam kejahilan dan maksiat. Oleh kerana itu Rasululah sudah berpesan agar ditakuti ulamak suk dari takutkan singa. Hendaklah lari jauh2 dari mereka. Kita perlu ambik perhatian serius tentang hal ini kerana berdasrkan hadis, ulamak suk ini ramai terdapat pada akhir zaman iaitu zaman dimana kita berada.

Sabda Rasululah, akan berlaku pada akhir zaman, ahli ibadahnya jahil2 dan alim ulamaknya fasiq-fasiq.

Mari kita kaji ciri2 Ulamak Suk ini.

1.Mereka keluar dari sekolah dan jurusan tinggi pengajian Islam, yakni tempat keluarnya ulamak. Lalu mereka pun dipanggil ulamak.Pada hal mereka sebenarnya tidak layak pun dipanggil ulamak kerana ilmunya (kalau pun dia lulus) terlalu sempit dan sedikit. Ilmu yang dipelajari dalam Pengajian Islam hatta dalam Phd sekali pun agak terbatas dan disukat2.

2. Ibadah mereka tiada bezanya dengan ibadah orang awam . Yakni setakat mempertahankan rukun Islam yang lima sahaja dan sedikit buat tentang perkara2 yang sunat. Itu pun tidak dihiasi dengan roh ibadah. Cuma dijaga rukun dan syarat2 lahir sahaja. Ilmu hati, persoalan kejiwaan, sifat mahmudah dan mujahadah dengan nafsu tidak dipedulikan. Bahkan dianggap menyusahkan dan membuang masa. Begitu juga dengan wirid, zikir sudah tidak dibuat lagi. Pada hal dalam Islam sangat dianjurkan malahan disunatkan mengamalkannya.

3. Pakaiannya, carahidupnya dalam hal rumahtangga, pergaulan,ekonomi,pendidikan dan lain2 tidak dijalankan mengikut cara hidup Islam. Tetapi yang peliknya budaya kuning, pendidikan sekular,ekonomi riba dilaksanakan dalam hidupnya tanpa perasaan segan atau malu. Pendek kata dalam semua hal mereka tidak memiliki sifat ulamak. Mereka sendiri pun malu nak menonjolkan identiti ulamak. Kalau orang lain tak ceritakan, kita pun tidak tahu yang mereka tu ulamak!!!

4. Kalau bercakap cara hidup Islam dengannya, dia menolak dengan alasan, “orang akan lari dari kita, Belum masanya “ atau katanya Itu semua hal remeh temeh, kita mahu perkara yang besar2 !!! Walhal sebenarnya mereka ini tidak cinta dengan perjuangan Islam kerana cinta dunianya sangat tebal. Hingga kerana kepentingan dunia, mereka akan korbankan urusan agama terutamanya urusan2 yang merugiukan kepentingan mereka!

5. Dunia yang sangat diburu ialah harta, pangkat, pengaruh,nama, kuasa dan lain2 lagi. Ilmu agamanya dialatkan untuk dapatkan ini semua. Jadi kita akan lihat kehidupan mereka yang mewah dan membazir, sibuk mencari publisiti dimana yang ada peluang. Tekan menekan untuk kenaikan pangkat dan gaji. Setiap langkahnya diminta dibayar dengan elaun,mileage, lodging dan lain2 lagi. Program keagamaan yabg dianjurkan bertawar-menawar harganya. Perjuangan untuk dinaikkan gaji adalah usaha2 popular ulamak ini.

Dan untuk tuntut wang mileage, mereka yang sendiri menulis butir2nya dalam borang supaya jangan setiausahanya atau keraninya yang tersilap nombor atau tahu rahsia! Begitulah cintanya dunia. Pengorbanan untuk akhirat tidak termasuk dalam senarai mereka. Walau pun duit banyak, tetapi mereka tidak akan berkorban untuk agama Allah!

6. Untuk dapatkan apa yang dicintainya itu, mereka tidak fakir halal haram lagi! Mereka tidak fakir riba, dedah aurat, bergaul bebas, berbohong, menipu, berhutang, mungkir janji, rasuah, menganiaya, menzalimi dan lain2 kemaksiatan lagi. Kalau program mengajar agama, berjuang dan menasihati secara langsung atau tidak, yang boleh merugikan dunia mereka, maka akan ditingalkan semua itu. Mereka semacam tidak mahi berjuang lagi. Kalau berjuang pun, dicari yang ada keuntungan duniawi. Tidak kira apa2 isme pun. Merekalah yang kuat menentang purdah, tutup aurat, pemakaian jubah serban, banyak bersembahyang, berzikir dan ketegasan agama.

7. Kalau ada kuasa, kerana takut hilang kuasa, mereka sanggup memfitnah, menghasut, menuduh dan menganiayai. Ramai ulamak sufi terpaksa merengkok dalam penjara akibat perbuatan mereka. Dalam sejarah pemerintahan Bani Umaiyah, semasa Hajaj bin Yusuf (seorang ulamak) jadi gabenor di Baghdad, ramai ulamak dikalangan sahabat dan tabiin yang tegas dengan hokum Allah dipenggal kepalanya. Ramai juga yang dipenjarakan. Syeikh Abu Yazid Al Bustami pernah dihalau keluar dari Baghdad selama 7 tahun kerana fitnah yang dilemparkan kepadanya oleh ulamak rasmi.



8. Mereka dekat dengan raja dan pemerintah . Demi menjaga kepentingan dan menyorok kelemahannya, telah dibesar2kan kelemahan rakyat jelata, dengan menuduh bid’ah dan sesat. Hinggakan raja dan rakyat menjadi keliru dan akhirnya turut menekan rakyat yang tidak berdosa. Tetapi kalau orang besar buat maksiat, Ditolong sorok dan ditutup maksiatnya . Bahkan diiyakan pula kemaksiatan orang besar !

9. Pada zaman penjajah, mereka tidak segan silu membantu dan menyokong penjajah. Maka mereka turut terlibat menentang ulamak yang melawan penjajah. Itu dianggap ‘jihad’ mereka. Amar makruf wal nahi mungkar tidak mereka buat lagi.

10. Anak2 mereka biasanya tidak dihantar kesekolah agama. Mereka tidak mahu zuriatnya masuk kebidang yang susah nak cari makan keduniaannya. Mereka seolah2 menyesal sikap mak dan ayah mereka yang menghantar mereka ke sekolah agama. Kalau ada anak2 mereka yang dihanatr kesekolah agama. Itu kerana tidak ada pilihan lain.

11.Ulamak2 suk ini walau pun mereka berbual2 sesama mereka sendiri, adalah tentang kenaikan gaji,kenaikan pangkat jawatan, cerita tentang mileage, dan 1001 macam hal dunia. Mereka jarang menyebut bab akhirat. Apatah lagi bab perjuangan Islam, bab fil sabillillah , kerosakn umah dan lain2 lagi.

12. Kerana sikap mereka ini, membolehkan pemerintah zalim berkuasa lebih lama lagi. Disamping rakyat pun turut rosak. Maka mereka ini akan masuk nereka lebih dahulu dari orang kafir. Dalam setengah kitab diberitakan ualam suk masuk kenereka ‘500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala.’

Hadis2 tentang ulamak suk.

1. Sejahat-jahat manusia ialah Ulamak Suk

2. Kecelakaan pada umatku adalah kerana Ulamak Suk (hadis diriwayat Al-Hakimi)

3. Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamk suk dan yang sebaik2nya ialah kerana kebaikan ulama(akhirat) ( Hadis diriwayatkan oleh Adarimi)

4. Ulama yang jahat ialah mereka yang datang menyembah (bekerja dengan ) pemerintah. Dan pemerintah yang baik pula ialah yang dating merujuk kepada ulama(akhirat)

Dipetik dari kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Sejarah Hitam yg tercatat di Bumi Makkah dan Madinah

Sejarah Hitam yg tercatat di Bumi Makkah dan Madinah

Kalangan pemimpin dan pasukan tentera Bani Saud yang menyerang Makkah dan Madinah serta wilayah Hijaz yang lain yang berfahaman Wahabi tulen yang telah menyerang kota Makkah dan Madinah sekitar tahun 1924 dan 1925 Masihi dahulu, dan seterusnya menakluk kedua-dua buah kota suci umat Islam itu, melepaskannya dari kekuasaan Bani Osmani Turki, dan merampas kekuasaan autonominya daripada Syarif-syarif yang sebelumnya berkuasa penuh ke atas kedua- dua kota suci itu.

Pemimpinnya ketika penyerangan itu adalah Sultan Abdul Aziz bin Abdul Rahman El-Faisal Aali Saud, yang selepas penawanan kedua-dua kota: suci itu memakai gelaran Al-Malik, dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini.

Yang mereka serang adalah Syarif Husain,keturunan dari Rasululah. Datuk Raja Jordan sekarang, pendiri Kerajaan Hasyimiah yang berpusat di kota Makkah. Berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.Mereka merampas beberapa benda berharga di kedua-dua buah kota suci itu, yang antaranya adalah milik peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda lalu dibawa ke Riyadh, ibu kota dan pusat pemerintahan Bani Saud itu. Mereka juga memusnahkan makam-makam Sahabat RA termasuk yang mati syahid, lalu meratakannya dengan tanah. Rumah keputeraan Rasulullah SAW juga turut dimusnahkan, dijadikan kandang binatang. Hanya akhir-akhir ini sahaja tempat itu dijadikan sebuah perpustakaan untuk bacaan umum. Pasukan ini juga berjaya menakluk seluruh Hijaz dan meletakkannya di bawah kekuasaan mutlak raja baru di seluruh Hijaz iaitu Bani Saud.

Sebagai catatan sejarah

Saturday, May 28, 2005

PERSAHABATAN

Nasihat Imam Syafiee dalam mencari sahabat...


PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang
benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti
persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku
mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga
nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam
keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk be! rkenalan kerana aku akan
berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.



Mencari sahabat pada waktu susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam
duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika
suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila
giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.



Pasang surut persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda
zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku
sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku
berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri
daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.



Sukarnya mencari sahabat sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti
seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya.
Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh
kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini
sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang
mulia kerana kebaikannya sedikit.



Sahabat sejati pada waktu susah

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh
daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong
ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati
hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak
satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.



Rosaknya keperibadian seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang
dapat membakar duri itu.



Menghormati orang lain

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu
juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu
juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang
dahsyat.



Menghadapi musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega,
jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada
orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang
kucintai.



Tipu daya manusia

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia
ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang
tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi
petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia
walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.



Tempat menggantungkan harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah
orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan
selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.



Menjaga nama baik

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan
terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan
kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya
bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya
usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu
kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta
yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan
cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan
hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka
dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..

Al-Hadith : 441

Diberitakan oleh Abu Hurairah ra bahawa ramai orang bertanya kepada
Rasulullah saw, tanya mereka, "Dapatkan kami melihat Tuhan kita nanti
di hari kiamat?"

Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama
pada malam empat belas yang tak berawan."

Jawab mereka, "Tidak ! Ya Rasulullah !"

Tanya Rasulullah, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari
di tengah hari yang tidak berawan?"

Jawab mereka, "Tidak!"

Sabda Nabi saw, "Sesunguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti
itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah
berfirman, 'Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka ia
hendaklah mengikut sembahannya itu.'

Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut
bulan, ada yang mengikut bermacam-macam thagut (berhala). Maka
tinggalah umat Islam, termasuk orang-orang munafik.

Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, 'Aku adalah Tuhanmu!'

Jawab mereka, 'Kami akan tetap di sini sampai tuhan kami datang.
Apabila tuhan kami datang, kami akan mengenalNya.'

Maka datanglah Allah kepada mereka lalu berfirman, 'Aku tuhanmu !'

Jawab mereka, 'Ya, Engkaulah tuhan kami.'

Allah akan memanggil mereka dan sebuah jambatan akan dibentangkan
merentasi neraka jahanam. Aku (Muhammad) adalah orang pertama di
antara para rasul beserta umatnya yang mula-mula melintasinya. Tidak
seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para rasul. Doa
mereka ketika itu adalah 'Ya Allah ! Selamatkan ! Selamatkan !'
(Allahuma salim salim )"

"Di dalam mereka jahanam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu
Sa'dan. Tahukah anda duri Sa'dan itu?"

Jawab orang ramai, "Tahu !"

Sabda Nabi saw, "Rupanya seperti duri kayu Sa'dan tetapi besarnya
hanya Allah saw sahaja yang tahu. Manusia akan terkait kerana amalnya.
Di antaranya ada yang jatuh terkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada
pula yang terkait sedikit saja, kemudian terlepas."

"Apabila Allah swt, menghendaki akan rahmat kepada penduduk neraka,
maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah
menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing
didahinya dengan tanda-tanda sujud. Allah swt mengharamkan api memakan
tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh
anak adam akan dimakan api kecuali bekas sujud."

"Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus.
Lalu menyiram mereka dengan air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka
seperti tumbuhnya benih di tanah bekas banjir."

"Setelah Allah swt mengadili mereka masih ada ketinggalan seorang
antara surga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang
akan masuk ke dalam syurga."

"Dikala mukanya menghadap ke neraka dia mendoa, 'Wahai tuhanku !
Palingkanlah mukaku dari neraka ini. Baunya sungguh menyakitkan aku,
dan panasnya membakarku.'

Allah bertanyanya, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau
hendak meminta lagi yang lain.'

Jawabnya, 'Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi.'

Maka diperkenakan oleh Allah permintaan tersebut dengan perjanjian
tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka.

Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke syurga dan dilihatnya keindahan
syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia berdoa'a pula, 'Ya Tuhanku,
bawalah aku ke dekat pintu syurga.'

Allah bertanya, 'Bukankah engkau telah berjanji denganKu, yang engkau
tidak akan membuat permintaan lagi?'

Jawab orang itu, 'Wahai, tuhanku ! Jangan jadikan aku makhluk yang
paling malang.'

Jawab Allah, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau
hendak meminta lagi yang lain.'

Jawabnya, 'Tidak ! Demi kebesaranMu, aku tidak akan meminta yang lain lagi."

Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia
dibawa ke pintu syurga.

Setelah sampai di pintu syurga, dia terlihat keindahan syurga,
kegemilangan dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam
pula seketika.

Kemudian dia bermohon pula, 'Wahai, Tuhanku ! Masukkanlah aku ke dalam syurga !'

Kata Allah, 'Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu !
Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi setelah kamu
peroleh.'

Jawabnya, 'Ya tuhan ! Janganlah kiranya aku dijadikan maklhluk yang
paling malang.'

Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengar ucapannya itu. Kemudian Dia
mengizinkannya masuk ke syurga.

Berkata Allah, 'Mintalah segala yang kamu inginkan.' Lalu dia memohon
segala yang diinginkannya sehingga puas. Kemudian Allah berfirman,
'Mintalah tambahan ini dan itu.'

Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginnya sampai dia puas.

Firman Allah pula, 'Semua ini untukmu dan ada lagi tambahannya
sebanyak itu pula.'"



S. Bukhari I :: Azan.

Wednesday, May 18, 2005

FW: PENUBUHAN IFC - ini adalah titik penghancuran agama islam dan undang2 islam di malaysia

 

 

Subject: PENUBUHAN IFC

 


                        PENUBUHAN IFC

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. 2

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC? 6

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. 7

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

* Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
* Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
* Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
* Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
* Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
* Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.

Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

7. Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.
Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya menyebarkan risalah ini

                       
                                   
                                    Mazlan Bin Hassan
                          Applications Operation
                              Celcom (M) Bhd
                           Level 3, Wisma Celcom,
                    Lot74, Jalan Kemajuan, Sec 13,
                           46200 Petaling Jaya,
                           Selangor Darul Ehsan

                           Tel : 03-7202 7507
                         Fax no : 03-7202 7085
               Email add : Mazlan_h@celcom.com.my

Monday, May 16, 2005

Fwd: [melayucyber] Mastika Hadith - Jilid 1 - Bab 4 - Hadith 31 & 32.

Assalamu`alaikum,
http://alkhatab2.tripod.com/
Mastika Hadith

Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

Hadith 31
Dari `Amar bin Yasir ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya ada
bagi Allah satu malaikat yang diberikan kepadanya kuasa mendengar
ucapan hamba-hamba Allah semuanya, maka tidak ada seseorang pun yang
mengucap sesuatu selawat kepada ku melainkan malaikat itu
menyampaikannya kepadaku." (Bukhari dalam kitab torikhnya dan
Thabarani)

Hadith 32
Dari Abdillah bin Mas`ud ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya
ada bagi Allah beberapa malaikat yang berjalan di merata-rata bumi
untuk menyampaikan salam kepada ku dari sesiapa di antara umatku yang
memberi salam kepadaku, sekalipun jauh negeri orang itu dan tempat
tinggalnya." (Imam Ahmad dan an-Nasa`i)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Kedua-dua hadith ini dibawa
oleh dua orang sahabat Nabi yang cukup rapat dengannya. 1st mai kita
tengok `biodata Amar bin Yasir dulu. Ayah `Amar yang bernama Yasir
adalah seorang yang berasal dari Yaman dan ibunya Sumaiyah adalah
seorang Negro berbangsa Afrika. Hebatnya `Amar bin Yasir ialah sebab
daripadanyalah satu hukum yang dinamakan "rukhsah" boleh kita gunakan
ketika dalam keadaan darurat. Ini salah satu kelebihan kepada kita,
umat akhir zaman. Cerita tentang apa yang berlaku kepada keluarga
Yasir ketika awal Islam memang cukup masyhur. Ayahnya Yasir, ibunya
Sumaiyah dan abangnya Abdullah, kesemuanya gugur sebagai syuhada`
kerana angkara Abu Jahal. `Amar juga tidak terlepas dari seksaan Abu
Jahal sehingga dia digertak supaya meninggalkan ugama Muhammad saw.
Dalam keadaan tidak tertanggung lagi seksaan yang diterima, akhirnya
dilafazkannya bahwa dia meninggalkan ugama Muhammad. Lalu bila dia
dibebaskan, bergegas dia pergi berjumpa dengan Nabi saw untuk bertanya
hukum tentang dirinya. Nabi saw tanya satu saja, "Bagaimana dengan
hati kamu ketika kamu sebut tinggalkan ugama Muhammad?"…`Amar
menjawab, "Hatiku tetap bersama Allah. Hanya mulutku yang menyebut
begitu sebab tak tahan dengan seksaan."…Bila Nabi dengar begitu,
berkatalah baginda, "Wahai `Amar! Sesungguhnya engkau tidak terkeluar
daripada Islam kerana engkau masih beriman kepada Allah."…Maka dari
peristiwa inilah diistinbatkan hukum bahwa sekiranya diancam nyawa
kita supaya meninggalkan Islam, maka kita boleh melafazkannya dalam
keadaan hati tidak redha. Ketika itu, kita tidak murtad. Dikira masih
beriman kepada Allah swt. Inilah pengajaran besar yang boleh diambil
dari `Amar bin Yasir. Cumanya Nabi kata lagi, "Wahai `Amar, kalau kamu
mati syahid, itu terlebih baik."…Maknanya kalau kita stand bertahan
dengan ugutan itu, lalu kita dibunuh kerananya, maka itu adalah
terlebih baik kerana mati dalam keadaan syahid.

Yang keduanya, kita tengok pula sahabat Nabi yang bernama Abdullah ibn
Mas`ud. Beliau ini adalah seorang yang terkenal dengan bacaan Qurannya
yang cukup fasih. Beliau ialah huffaz, penghafal al-Quran. Dan
bacaannya adalah yang paling sedap dikalangan para sahabah
radiallahuanhum ajmain. Dan Ibn Mas`ud ini juga adalah manusia yang
telah dipilih oleh Allah swt di dalam Peperangan Badar untuk
menceraikan leher Abu Jahal laknatullahi alaik. Lalu beliau membawa
kepala yang telah dipancung itu di hadapan Nabi sambil bergembira.
Bila Rasulullah melihat kepala Abu Jahal, maka terus Nabi bersabda,
"Inilah dia firaun bagi umat ini!"…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya
watak firaun akan tetap ada sepanjang zaman. Dalam lain perkataan;
dulu, kini dan selamanya akan tetap ada orang perangai macam firaun.

Okay tuan-tuan kedua-dua hadith yang dibawa oleh `Amar dan juga Ibn
Mas`ud ini menceritakan tentang fadhilat apabila mengucapkan selawat
dan salam ke atas Nabi saw. Para ulama telah membahaskan untuk apa
perlu kita ucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah?…Ulama seperti
Azzarul Rahman menyatakan bahwa hanya ada satu sebab sahaja iaitulah
ianya sebagai satu bentuk penghargaan kepada Rasulullah saw kerana
dengan hasil usaha dia lah, hari ini kita kenal risalah Allah,
sehingga kita boleh bezakan antara haq dan bathil.

Kita sebagai orang Islam beruntung kerana boleh pahala bila selawat ke
atas Nabi saw. Sedangkan orang-orang yang bukan Islam, walaupun mereka
boleh memberi puji-pujian kepada Nabi dalam bentuk tulisan atau
ucapan, tetapi mereka tidak dapat apa-apa daripada pujian mereka itu
sebab mereka belum mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya boleh
menulis di atas tinta-tinta sejarah yang masih kekal sehingga ke hari
ini. Sebagai pengetahuan, mari kita tengok beberapa kenyataan dari
orientalis-orientalis barat yang memuji Nabi saw.

i) Kata Stanley Lanepool ketika dia menghuraikan
Fathul Mekah, katanya, "Tidak ada sejarah dalam dunia apabila seorang
lelaki yang pernah dihalau dari kampung halamannya dengan dicaci maki,
yang pernah dilempar najis unta di atas kepalanya, yang pernah dipulau
ekonomi selama tiga tahun sehingga terpaksa menggigit daun-daun kayu
kerana menahan kelaparan; tetapi lihatlah apabila insan yang berjiwa
agama ini mendapat peluang dengan kuasa yang ada memasuki kota Mekah.
Sepatutnya beliau boleh buat sesuka hati terhadap mereka yang pernah
meludahnya, yang pernah menuduh beliau sebagai orang gila, yang
menuduh beliau pemecah-belah dan macam-macam lagi. Tetapi beliau tidak
mengambil kesempatan. Sebaliknya beliau masuk dengan penuh syukur
kepada Allah dan hanya memecahkan berhala-berhala yang ada di
sekeliling Ka`bah. Itu sahaja. Manakala seluruh manusia yang ada di
kota Mekah, dimaafkannya. Inilah dia tidak ada insan lain seperti ini
dalam sejarah kecualilah seorang insan sahaja yang bernama Muhammad
bin Abdullah.

ii) Kata seorang lagi sarjana Inggeris bernama Arthur
Gillman ketika mengulas tentang Fathul Mekah, "Kemenangan Muhammad
adalah kemenangan agama yang benar kerana beliau menolak semua
penghormatan peribadi. Bahkan beliau adalah seorang insan yang cukup
merendah diri."

iii) Kata pula Thomas Kylie, "Beliau adalah seorang
yang sentiasa menepati janji, seorang yang ikhlas dan amat bijaksana.
Apabila beliau berkata-kata, sentiasalah ucapan beliau memberi suatu
sinar terhadap apa yang diperkatakannya. Dalam kehidupan sehariannya,
beliau menampal jubahnya sendiri dan menjahit kasutnya."…Bila cerita
seperti ini dihilite, teringat ana kepada Allahyarham Fadzil Noor.
Pernah diceritakan oleh keluarga beliau, sewaktu hidupnya tak pernah
dia suruh isterinya kak Jah basuh baju maupun iron baju dia. Dia
sendiri akan buat, termasuklah pakaian anak-anak menantu dia bila depa
balik kampung. Pernah sekali tu, sahabat dari celcom cerita, "Sheikh,
ada dua tiga geng kami dah isi borang sebab depa tengok ust Fadzil
sendiri beratur bayaq bil kat kaunter celcom."…Tu dia tuan-tuan. Mana
nak cari pemimpin macam ni?…Seorang Presiden sebuah parti gerakan yang
disegani di dunia boleh queue pegang bil pi bayaq sendiri. Diberitahu,
jadi kelam-kabut staff-staff celcom tengok ust Fadzil beratur. Tapi
bagi diri dia, it`s nothing takdak apa-apa sebab dia kira dia manusia
biasa. Jadi, macamana orang tak sayang kat dia?…Sehingga ada orang
masih ingat lagi kat dia walaupun dah tiga tahun beliau meninggalkan
kita.

iv) Kata George Bernand Shaw, "Beliau adalah
penyelamat bagi umat manusia."

v) Kata John Austin, "Muhammad adalah sumber
inspirasi yang sebenarnya sebagai pemerintah negara Madinah yang
menggoncang dunia."

Ini dia tuan-tuan puji-pujian yang dihamburkan oleh beberapa orang
sarjana barat walaupun mereka tidak mampu untuk berselawat. Kalau depa
selawat pun tak dapat apa sebab depa belum mengucap dua kalimah
syahadah. Amalan mereka seperti debu-debu yang berterbangan, tidak
dinilai di sisi Allah selagi mereka tidak masuk Islam. Mereka hanya
boleh express dalam bentuk tulisan/ucapan. Jadi, alangkah untungnya
kita umat Islam, bukan sekadar boleh mencernakan kepujian kepada Nabi
saw dalam bentuk tulisan, malah boleh pahala bila berselawat ke atas
Nabi saw.

Okay sekarang kita tengok perbahasan ust Halim Nasir seterusnya dalam
merangkumkan kedua-dua hadith yang dibahas ini berdasarkan ayat 56
Suratul Ahzab. Ayat ini cukup popular. Selalu kita dengar especially
khatib baca time khutbah Jumaat, maksudnya, "Sesungguhnya Allah dan
malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman!
Mengucap selawat dan salamlah kamu kepada Nabi dengan salam yang
paling baik."…Para ulama membahaskan, apa maksud Allah berselawat ke
atas Nabi?…Ini adalah persoalan antara Allah dan Nabi, ulama kata ada
4 maksud. Maksud yang pertama ialah Allah amat kasihkan Nabi saw.
Buktinya ialah Nabi Muhammad digelar habibullah (kekasih Allah).
Sehingga Allah letak syarat, kalau kita nak kasihkan Allah, kita kena
kasihkan Nabi saw dulu. Mana dalil?…Dalilnya cuba tengok Surah `Ali
Imran:31. "Katalah wahai Muhammad! Barangsiapa yang ingin dikasihi
oleh Allah, maka ikutlah aku (Nabi saw), nescaya kamu akan dikasihi
oleh Allah swt…"

Maksud yang kedua, ialah Allah merahmati segala usaha Rasulullah,
start dari turunnya ayat Quran hat 1st sekali ie ayat 1 – 5 Surah
al-`Alaq sehinggalah ayat 281 Suratul Baqarah (ayat terakhir turun).
Segala penat lelah Nabi selama mana dia membawa ayat-ayat Allah ini
kepada umum, semuanya dirahmati Allah. Dan itulah yang akan Allah buat
kepada mereka yang menuruti jejak Rasulullah saw. Manakala makna
ketiga 'Allah berselawat ke atas Nabi' ialah Allah menaikkan darjat
Rasulullah saw. Dah dapat pangkat 'rasul' tu kira mulia dah sebab
Allah yang lantik, tiba-tiba dinaikkan statusnya lagi menjadi
'saiyyidin mursalin' (Penghulu segala rasul)…masyaAllah. Dan makna
yang keempat 'Allah berselawat ke atas Nabi' ialah Allah melindungi
Rasulullah saw dari perbuatan jahat manusia dan syaitan. Bila sebut
Allah sentiasa melindungi Nabi, ada sahabat tanya, "Tu yang Nabi
cedera teruk dalam Perang Uhud tu apa, awat Allah tak lindung?"…Inilah
Allah nak ajar, itulah contoh bila berjuang. Kena maki, kena fitnah,
dimainkan berbagai isu. Dalam tv, tiap-tiap hari Pas kena. Dah kalau
dulu bagitau bila Pas kalah dalam PR, bermakna rakyat tolak Pas, tapi
pasai apa tiap-tiap hari dok hentam Pas lagi?…Ini bermakna, Pas masih
menjadi ancaman kepada pihak tertentu. Sekarang ana sebut 'pihak
tertentu' sebab dilihat sekarang Pas dah ada ramai musuh. Bukan saja
umno, malah geng-geng hat bawa kitab ke hulu ke hilir pun sedang
mendendami Pas. Kita pun tak tau motif depa. Mungkin dah dekat nak
muktamar kot. Tapi inilah reality hari ini. Takpa nanti kita cerita
bab ni di lain masa.

Okay sekarang mari kita tengok pula apa makna 'malaikat berselawat ke
atas Nabi'?…Para ulama kata ada dua saja makna. Makna pertama ialah
malaikat pandang Rasulullah dengan penuh rasa hormat. Dan yang kedua
ialah malaikat mencintainya.

Dan akhir sekali kita tengok pula, apa makna kita selawat ke atas
Nabi?…Kata ulama, maknanya hanya satu sahaja iaitu untuk berdoa dan
memberi pujian. Doanya ialah yang seperti selalu kita ucap selepas
azan ie "minta kedudukan Rasulullah diletakkan di makam yang terpuji."
Dan pujian kepada Nabi pula ialah kerana jasa baginda lah yang telah
menunjukkan kita kepada Islam. Cuba tuan-tuan bayangkan macamana Nabi
boleh settle pertelingkahan antara kaum Aus dan Khazraj yang memakan
masa selama 120 tahun sebelum bangkitnya dalam masa begitu singkat
sahaja?…Famous tak famous isu antara dua puak ini sehingga Allah rakam
dalam al-Quran, kata Allah, "Kamu dahulu adalah di tepi jurang api
neraka, lalu dengan kedatangan Muhammad, Allah menyelamatkan
kamu."…Ini dia yang kata penyelamat tu tuan-tuan.

Kesimpulan yang boleh kita petik ialah Allah melantik malaikat untuk
menyampaikan salam dari kita kepada Rasul saw. Dan kita dah tengok
tadi dari ayat 56 Suratul Ahzab, bagaimana dibahaskan pengertian
"selawat ke atas Nabi", iaitu 4 makna untuk Allah, 2 makna untuk
malaikat dan satu untuk kita. Sekarang yang perlu kita buat ialah
beramal. Jangan setakat sebut dalam semayang saja, jangan setakat
sebut dalam rukun khutbah sahaja; tetapi hendaklah berterusan
berselawat ke atas Nabi saw. Dengar saja orang sebut nama Nabi, on the
spot lidah kita berselawat.

Wallahu `alam.

>>end

________________________________

Fwd: Ibadah haji kemuncak pengabdian, pengorbanan

--- In cyberdigest@yahoogroups.com, "IslahGateway" <islahgateway@h...>
wrote:

Ibadah haji kemuncak pengabdian, pengorbanan

Oleh Prof Madya Maznah Daud


BULAN haji Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

DEMIKIAN sebahagian lirik lagu Panggilan Haji. Mendengarnya hati
bergetar, jiwa terusik dan kaki terasa bagai ditarik untuk melangkah
ke Tanah Suci menyahut panggilan Baitullah.

Sesungguhnya peluang untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci, menjadi
tetamu Allah Yang Maha Esa adalah satu kesempatan yang tidak mungkin
dilupakan oleh setiap insan beriman yang pernah mengalaminya.

Setiap Muslim beriman percaya bahawa Islam yang dipegangnya tidak akan
berdiri tegak tanpa tiang. Dan satu daripada tiang itu adalah
menunaikan haji. Lantaran itu hasrat untuk menunaikan haji adalah
cita-cita murni yang sentiasa tersemat dalam hati.

Selepas selesai menunaikan haji, jemaah akan berangkat pulang dengan
hati penuh kesayuan. Segala kepayahan dan kesulitan sepanjang berada
di Tanah Suci, terpahat sebagai kenangan paling manis. Ia menjadikan
kita terus berazam dan bertekad untuk kembali lagi ke sana.

Demikianlah hebatnya rukun Islam yang kelima ini. Ia adalah puncak
pengabdian, pengorbanan dan kecintaan hamba yang kerdil terhadap
penciptanya Yang Esa.

Setiap hari sepanjang tahun, umat Islam di serata pelusuk alam ini
mengerjakan Rukun Islam kedua iaitu solat lima waktu sehari semalam.
Rukun dalam solat semuanya terserlah serta dapat dirasakan
kemanisannya sewaktu mengerjakan haji.

Ketika solat kita mengadap ke arah kiblat. Apabila kita menunaikan
haji, kiblat benar-benar tersergam di depan mata. Ia berdiri megah, di
kelilingi jutaan manusia dalam keadaan berjalan dan berlari bukan
kerana dikejar musuh atau mengejar emas permata yang menjadi
kebanggaan di dunia. Sebaliknya, tiada lain yang dikejar, melainkan
satu saja iaitu keredaan Ilahi.

Selepas wajah di hadapkan ke arah kiblat kita mengangkat tangan
melafaz takbir, mengaku akan kebesaran-Nya yang tiada tanding. Di
sini, kita menyaksikan secara nyata betapa Maha Besar Kuasanya. Tiada
seorang pun dari kalangan jutaan makhluk yang datang dari seluruh
pelusuk dunia boleh mendakwa dia lebih besar dan lebih mulia daripada
manusia lain. Semuanya tunduk terpaku menghadap-Nya memohon ampun di
atas segala dosa, membawa sejuta harapan agar ibadat diterima dan
dianugerahkan syurga.

Selesai bertakbir, kita lakukan rukun qauli yang kedua iaitu membaca
surah al-Fatihah. Dalam ayat kedua surah al-Fatihah, kita memuji
Allah, Pencipta dan Penguasa semesta Alam (Alhamdulillahi
Rabbil-'alamin).

Di sini, kita saksikan jutaan manusia pelbagai bangsa dan budaya
berkumpul di bawah naungan Kaabah yang mulia. Semuanya mengaku dan
berikrar dengan penuh khusyuk dan tawaduk bahawa tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah. Alunan talbiah bergema dalam satu bahasa dan
satu nada: Labbaikallahumma labaik... (maksudnya "Kami menyahut
seruan-Mu ya Allah. Tiada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala puji
hanya untuk-Mu dan segala nikmat hanya daripada-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu)

Seterusnya apabila membaca 'Maliki Yaumiddin', mengingatkan kita akan
hari kebangkitan pada akhirat nanti. Di sana nanti, semua manusia akan
dihitung segala amalan dan diberi ganjaran atau balasan
seadil-adilnya. Dalam perjalanan ke Padang Arafah untuk menyempurnakan
rukun haji yang paling utama, seterusnya berangkat ke Mina melalui
Muzdalifah benar-benar menjadi iktibar bagi hari kebangkitan yang
agung di Padang Mahsyar nanti. Perjalanan yang sama jaraknya tidak
menjamin ketibaan dalam jangka waktu yang sama. Ada jemaah yang
berjaya tiba dalam masa singkat, ada yang berjam-jam, malah ada yang
tersesat dan tidak tiba langsung. Semuanya berlaku dengan kehendak dan
izin-Nya semata-mata. Tidak ada siapa yang dapat mengatasinya.

Selepas itu kita berikrar di hadapan-Nya bahawa hanya Dia satu-satunya
yang kita sembah dan hanya Dia satu-satunya tempat kita memohon
pertolongan (IyyaKa na'budu wa iyyaKa nasta'ein). Sesungguhnya mukmin
yang berangkat untuk menunaikan haji, berpisah dengan keluarga untuk
waktu lama, membelanjakan wang banyak, menanggung kesusahan perjalanan
yang jauh serta menggadaikan kesenangan dan keselesaan. Semua itu
adalah penzahiran kepada pengakuan tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah. Itulah matlamat hidup kita dan segala apa yang ada pada kita
adalah nikmat yang diberikan-Nya untuk digunakan demi mencari
keredaan-Nya.

Bacaan seterusnya adalah memohon agar ditunjukkan jalan yang lurus,
jalan mereka yang diberikan nikmat sebelum kita. Bukan jalan mereka
yang dimurkai dan bukan juga jalan mereka yang sesat.

Menjejaki bumi Makkah dan Madinah pastinya menggamit kenangan pada
orang yang telah berjuang dengan harta dan jiwa mereka untuk
menegakkan jalan lurus. Di sini, lahirnya Rasulullah saw. Di sinilah
tempat Baginda mula menerima wahyu, berdakwah dan berjihad bersama
sahabat yang ikhlas dan amanah.

Tanpa perjuangan suci mereka, kita tidak akan kenal jalan yang lurus
ini. Malah, tidak kenal siapa Tuhan kita dan apa matlamat hidup di
dunia ini.

Sebelum mengakhiri solat, kita membaca selawat Ibrahimiyah. Dengan
mengerjakan haji baru terasa hikmah di sebalik bacaan selawat itu.

Sesungguhnya hampir keseluruhan rukun, wajib dan sunat haji yang
dilakukan seperti tawaf, saie, melontar dan korban adalah jejak
pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarganya dalam menegakkan agama tauhid
di bumi ini. Malah, kerinduan untuk mengunjungi Tanah Suci berulang
kali dalam jiwa Muslimin juga hasil doa baginda beberapa abad lalu,
ketika meninggalkan putera kesayangannya, Nabi Ismail di bumi Makkah
yang tandus, bersama ibunya, Siti Hajar yang imannya lebih kukuh
daripada binaan Kaabah.

Hayati dan renungilah firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat
keturunanku di sebuah lembah yang tidak ada tanaman padanya, di sisi
rumah-Mu yang diharamkan pencerobohannya. Wahai Tuhan kami, (mereka
ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat. Oleh itu,
jadikanlah hati sebahagian manusia tertarik gemar kepada mereka,
(supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakan rezeki kepada
mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga
mereka bersyukur." (Surah Ibrahim, ayat 37).

PENULIS ialah pensyarah Universiti Teknologi Mara dan boleh dihubungi
pada wanitajim0@y... dan jawapan kepada persoalan boleh dilayari di
www.wanitajimceria.blogspot.com
--- End forwarded message ---

FW: [melayucyber] Al-Hadith : 1505

-----Original Message-----
From: melayucyber@yahoogroups.com [mailto:melayucyber@yahoogroups.com] On
Behalf Of Azrul Alwi
Sent: Thursday, May 12, 2005 8:32 AM
To: aalwi@mymasjid.com.my
Subject: [melayucyber] Al-Hadith : 1505

Dari Hudzaifah ra, katanya, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Ketika Dajjal itu keluar, dia membawa air dan api. Adapun yang
dilihat orang itu seperti api, sebenarnya ialah air yang dingin.
Adapun yang dilihat orang itu seperti air dingin, sebenarnya api yang
membakar. Siapa yang berjumpanya di antara kamu hendaklah dia masuk ke
dalam apa yang dilihatnya berupa api, kerana sebenarnya itu adalah air
yang dingin."

Kata Hudzaifah, dan lagi saya mendengar beliau bersabda, "Ada seorang
lelaki sebelum kamu yang didatangi Malaikat untuk mengambil ruhnya.
Dikatakan kepadanya, 'Adakah kamu mengerja kebaikkan?.' Jawabnya,
'Saya tidak tahu'. Kata malaikat, 'Cuba perhatikan (ingat) !'
Jawabnya, 'Yang saya ketahui hanyalah saya berjual beli dengan manusia
di dunia dan saya pun mengambil dan memberikan dari dan kepada mereka,
saya beri janji orang yang berkecukupan dan saya bebaskan orang
berkesempitan'. Tuhan memasukkan orang itu ke dalam syurga."

Sahih Bukhari, Kitab Nabi Khidr.

--
~~ www.myjodoh.net ~~
Segalanya bermula di sini

http://groups.yahoo.com/group/panoramaku

http://groups.yahoo.com/group/cyberdigest

melayucyber blog : http://www.angelfire.com/tx5/melayucyber/mcg/

LAMAN JODOH : http://www.angelfire.com/tx5/melayucyber/jodoh/

HALAMAN KERJA KOSONG

: http://www.angelfire.com/tx5/melayucyber/kerja
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/melayucyber/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
melayucyber-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Saturday, May 14, 2005

Rangkaian Persendirian

Rangkaian Persendirian

Bagaimanakah hendak berkongsi talian internet dengan komputer lain.
Apabila kita hendak membina rangkaian persendirian di rumah atau di pejabat terdapat dua perkara yang penting yang pertama adalah kabel yang kedua adalah perisian
kedua-duanya penting kerana walaupun kita mempunyai perkakasan yang betul tanpa perisian yang sesuai komputer kita tidak dapat berkomunikasi didalam rangkaian yang ada
dan jika ini berlaku kita memang tidak akan dapat berkongsi talian internet

Pilihan kabel

Kabel Parallel
Parallel Kabel hanya boleh berkongsi 2 komputer sahaja
kerana semua komputer hanya datang dengan satu parallel port
parallel port adalah port yang digunakan untuk menyambungkan komputer ke printer kelajuan dalam 4 Mbps

Kabel USB
Kebanyakaan komputer yang terkini semuanya mempunyai port USB - Universal Serial Bus 6Mbps dan kebanyakannya lebih dari satu dengan cara ini kita tidak perlu mencabut kabel untuk menggunakan alat pencetak kabel USB juga lebih kecil dan ringan daripada Kabel Parallel


Kabel Cat-5
Untuk menggunakan Kabel jenis ini komputer perlu mempunyai Ethernet Port
terdapat 2 jenis kabel yang perlu ditentukan didalam pembinaan rangkaian
jika kita hanya ingin menyambungkan 2 komputer kita perlukan kabel yang dipanggil Crosscable
Jika kita ingin menyambungkan lebih dari dua komputer, kita perlukan Kabel jenis biasa tetapi perlukan HUB Cat-5 boleh membawa data hingga 100Mbps bergantung kepada Network Kad dan juga Hub

Topoloogy
Hub
Hub diperlukan untuk menyambungkan lebih dari dua komputer hub atau router? Jika kita pergi kekedai sekarang kita ada dua pilihan hendak membeli hub atau router

Router
Router yang biasanya berbentuk hub adalah lebih mahal sedikit dari HUB router yang berbentuk seperti Hub mempunyai kelebihan daripada hub apabila sesuatu komputer yang menggunakan HUB ingin berkomunikasi dengan sebuah computer didalam rangkaian yang sama ia akan menghantar maklumat kepada semua komputer yang terdapat pada rangkaian tersebu manakala router mempunyai kelebihan yang dipanggil IP Filtering, ini bermaksud maklumat hanya disalurkan kepada komputer yang ingin kita berinteraksi sahaja.Ini mengakibatkan perhubungan didalam rangkain kita akan lebih laju tetapi jika kita merujuk kepada router berjenama seperti Cisco atau Huwawei ianya bukan berfungsi seperti HUB ianya adalah untuk menyambungkan rangkaian kita kepada Internet melalui leased line atau litar sua.Jika kita tidak menggunakan leased line atau litar sua kita tidak perlukan jenis ini Kita tidak mungkin silap membeli kerana router yang berfungsi sebagai hub berharga lebihkurang RM170 dan router untuk litar sua berharga lebihkurang RM 5,000


Azli Paat