ULAMA SUK (ULAMA DUNIA)
Ulamak suk ertinya ulamak jahat (suk itu istilah Arab yang bererti jahat). Kita pun tidak sangka adanya ulamak2 yang jahat. Kalau bukan Rasululah yang sendiri memberitahu dalam sabdanya.
Selain dari Dajal , ada yang paling ku takuti menimpa kamu. Maka ditanya oleh sahabatnya, siapakah ia wahai Rasululah, Jawab baginda: iaitu Ulamak suk.
Sabdanya lagi,
Bila tergelincir ulama, maka tergelincirlah alam dengan sebab tergelincirnya itu.
Sehubungan dengan ini saya saya teringat kata2 dalam sebuah kitab,
Kalau Ulamak cinta dunia tentang yang harus, orang awam akan buat yang makruh. Bila ulamak buat perkara yang makruh,orang awam akan buat yang haram. Kalau ulamak buat dosakecil, orang awam akan buat dosa besar. Dan kalau ulamak buat dosa besar, orang awam akan jatuh pada kekafiran.
Logiknya hal2 yang demikian berkait2 ialah kerana orang yang disegani ilmunya,diyakini dan diikuti orang. Cakapnya dan sikapnya boleh mempengaruhi masyarakat. Orang ramai ingat semuanya betul, mereka tak pandai menolaknya. Maka kiranya baik caranya, baiklah jadinya masyarakat. Tetapi andai sebaliknya, yakni ulamak sudah jahat maka jahanamlah masyarakat!
Satu lagi factor terjadi demikian ialah kerana bila orang alim tidak mengajar, berdakwah dan mendidik, maka terbiarlah orang awam dalam kejahilan dan maksiat. Oleh kerana itu Rasululah sudah berpesan agar ditakuti ulamak suk dari takutkan singa. Hendaklah lari jauh2 dari mereka. Kita perlu ambik perhatian serius tentang hal ini kerana berdasrkan hadis, ulamak suk ini ramai terdapat pada akhir zaman iaitu zaman dimana kita berada.
Sabda Rasululah, akan berlaku pada akhir zaman, ahli ibadahnya jahil2 dan alim ulamaknya fasiq-fasiq.
Mari kita kaji ciri2 Ulamak Suk ini.
1.Mereka keluar dari sekolah dan jurusan tinggi pengajian Islam, yakni tempat keluarnya ulamak. Lalu mereka pun dipanggil ulamak.Pada hal mereka sebenarnya tidak layak pun dipanggil ulamak kerana ilmunya (kalau pun dia lulus) terlalu sempit dan sedikit. Ilmu yang dipelajari dalam Pengajian Islam hatta dalam Phd sekali pun agak terbatas dan disukat2.
2. Ibadah mereka tiada bezanya dengan ibadah orang awam . Yakni setakat mempertahankan rukun Islam yang lima sahaja dan sedikit buat tentang perkara2 yang sunat. Itu pun tidak dihiasi dengan roh ibadah. Cuma dijaga rukun dan syarat2 lahir sahaja. Ilmu hati, persoalan kejiwaan, sifat mahmudah dan mujahadah dengan nafsu tidak dipedulikan. Bahkan dianggap menyusahkan dan membuang masa. Begitu juga dengan wirid, zikir sudah tidak dibuat lagi. Pada hal dalam Islam sangat dianjurkan malahan disunatkan mengamalkannya.
3. Pakaiannya, carahidupnya dalam hal rumahtangga, pergaulan,ekonomi,pendidikan dan lain2 tidak dijalankan mengikut cara hidup Islam. Tetapi yang peliknya budaya kuning, pendidikan sekular,ekonomi riba dilaksanakan dalam hidupnya tanpa perasaan segan atau malu. Pendek kata dalam semua hal mereka tidak memiliki sifat ulamak. Mereka sendiri pun malu nak menonjolkan identiti ulamak. Kalau orang lain tak ceritakan, kita pun tidak tahu yang mereka tu ulamak!!!
4. Kalau bercakap cara hidup Islam dengannya, dia menolak dengan alasan, “orang akan lari dari kita, Belum masanya “ atau katanya Itu semua hal remeh temeh, kita mahu perkara yang besar2 !!! Walhal sebenarnya mereka ini tidak cinta dengan perjuangan Islam kerana cinta dunianya sangat tebal. Hingga kerana kepentingan dunia, mereka akan korbankan urusan agama terutamanya urusan2 yang merugiukan kepentingan mereka!
5. Dunia yang sangat diburu ialah harta, pangkat, pengaruh,nama, kuasa dan lain2 lagi. Ilmu agamanya dialatkan untuk dapatkan ini semua. Jadi kita akan lihat kehidupan mereka yang mewah dan membazir, sibuk mencari publisiti dimana yang ada peluang. Tekan menekan untuk kenaikan pangkat dan gaji. Setiap langkahnya diminta dibayar dengan elaun,mileage, lodging dan lain2 lagi. Program keagamaan yabg dianjurkan bertawar-menawar harganya. Perjuangan untuk dinaikkan gaji adalah usaha2 popular ulamak ini.
Dan untuk tuntut wang mileage, mereka yang sendiri menulis butir2nya dalam borang supaya jangan setiausahanya atau keraninya yang tersilap nombor atau tahu rahsia! Begitulah cintanya dunia. Pengorbanan untuk akhirat tidak termasuk dalam senarai mereka. Walau pun duit banyak, tetapi mereka tidak akan berkorban untuk agama Allah!
6. Untuk dapatkan apa yang dicintainya itu, mereka tidak fakir halal haram lagi! Mereka tidak fakir riba, dedah aurat, bergaul bebas, berbohong, menipu, berhutang, mungkir janji, rasuah, menganiaya, menzalimi dan lain2 kemaksiatan lagi. Kalau program mengajar agama, berjuang dan menasihati secara langsung atau tidak, yang boleh merugikan dunia mereka, maka akan ditingalkan semua itu. Mereka semacam tidak mahi berjuang lagi. Kalau berjuang pun, dicari yang ada keuntungan duniawi. Tidak kira apa2 isme pun. Merekalah yang kuat menentang purdah, tutup aurat, pemakaian jubah serban, banyak bersembahyang, berzikir dan ketegasan agama.
7. Kalau ada kuasa, kerana takut hilang kuasa, mereka sanggup memfitnah, menghasut, menuduh dan menganiayai. Ramai ulamak sufi terpaksa merengkok dalam penjara akibat perbuatan mereka. Dalam sejarah pemerintahan Bani Umaiyah, semasa Hajaj bin Yusuf (seorang ulamak) jadi gabenor di Baghdad, ramai ulamak dikalangan sahabat dan tabiin yang tegas dengan hokum Allah dipenggal kepalanya. Ramai juga yang dipenjarakan. Syeikh Abu Yazid Al Bustami pernah dihalau keluar dari Baghdad selama 7 tahun kerana fitnah yang dilemparkan kepadanya oleh ulamak rasmi.
8. Mereka dekat dengan raja dan pemerintah . Demi menjaga kepentingan dan menyorok kelemahannya, telah dibesar2kan kelemahan rakyat jelata, dengan menuduh bid’ah dan sesat. Hinggakan raja dan rakyat menjadi keliru dan akhirnya turut menekan rakyat yang tidak berdosa. Tetapi kalau orang besar buat maksiat, Ditolong sorok dan ditutup maksiatnya . Bahkan diiyakan pula kemaksiatan orang besar !
9. Pada zaman penjajah, mereka tidak segan silu membantu dan menyokong penjajah. Maka mereka turut terlibat menentang ulamak yang melawan penjajah. Itu dianggap ‘jihad’ mereka. Amar makruf wal nahi mungkar tidak mereka buat lagi.
10. Anak2 mereka biasanya tidak dihantar kesekolah agama. Mereka tidak mahu zuriatnya masuk kebidang yang susah nak cari makan keduniaannya. Mereka seolah2 menyesal sikap mak dan ayah mereka yang menghantar mereka ke sekolah agama. Kalau ada anak2 mereka yang dihanatr kesekolah agama. Itu kerana tidak ada pilihan lain.
11.Ulamak2 suk ini walau pun mereka berbual2 sesama mereka sendiri, adalah tentang kenaikan gaji,kenaikan pangkat jawatan, cerita tentang mileage, dan 1001 macam hal dunia. Mereka jarang menyebut bab akhirat. Apatah lagi bab perjuangan Islam, bab fil sabillillah , kerosakn umah dan lain2 lagi.
12. Kerana sikap mereka ini, membolehkan pemerintah zalim berkuasa lebih lama lagi. Disamping rakyat pun turut rosak. Maka mereka ini akan masuk nereka lebih dahulu dari orang kafir. Dalam setengah kitab diberitakan ualam suk masuk kenereka ‘500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala.’
Hadis2 tentang ulamak suk.
1. Sejahat-jahat manusia ialah Ulamak Suk
2. Kecelakaan pada umatku adalah kerana Ulamak Suk (hadis diriwayat Al-Hakimi)
3. Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamk suk dan yang sebaik2nya ialah kerana kebaikan ulama(akhirat) ( Hadis diriwayatkan oleh Adarimi)
4. Ulama yang jahat ialah mereka yang datang menyembah (bekerja dengan ) pemerintah. Dan pemerintah yang baik pula ialah yang dating merujuk kepada ulama(akhirat)
Dipetik dari kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah
No comments:
Post a Comment