Friday, June 02, 2006

Ajaran jimat cermat dalam islam

Ajaran jimat cermat dalam islam

(1)

kewajipannya

dalam risalah yang kedua dahulu berkenaan dengan "kewajipan kita kepada diri sendiri" telah ada disebut sedikit dari hal keewajipan berjimat cermat. Tetapi disitu masalah ini telah disentuh sambil lalu sahaja, tiada diluaskan dengan kadar yang mencukupi. Maka disini biarlah kita perkasa keteranganya dengan lebih luas dan memuaskan lagi.

Oleh zaaba

Firman tuhan dalam surah al-isra' (………………………………………………………………(surah al-isra' ayat 26-27)

Ertinya janganlah kamu membuang-buang belanja membazirkan harta benda dengan sia-sia, bahawa orang yang membazir pada belanjanya dan harta benda itu ialah adik beradik dengan (kenyang) syaitan, pada hal adalah syaitan itu tiada mengenang budi kepada tuhannya."

Kemudian firmannya pula dalam surah itu juga: (………………………………………………………………...(surah al-isra' 29)

Ertinya: "dan jangan engakau letakkan tangan engkau teranti kepada leher engkau – yakni kedekut bakhil tak mahu menghulur memberi-beri – dan jangan pula engkau bukakan tangan engkau itu berlebih-lebihan terbuka dengan sehabis-habisnya. Kerana jika engkau kehabisan harta nescaya engkau terpaksa duduk dikeji orang dan melaung dalam kepa-paan."

Pada lain tempat firmanya pula:

(……………………………………………………………….surah al-furqan 69)

ertinya: "dan (mereka yang dekatkan penyembah tuhan yang maha penyayang itu diantaranya ialah) segala mereka yang apabila mereka membelanjakan wang tidaklah dengan habur dan boros, dan tidak pula dengan kedekut, lokek, terlampau berdikit-dikit hingga tak mencukupi khendak-khendak yang mustahak; tetapi adalah mereka mengambil tempat ditengah-tengah dengan sama timbangan diantara dua itu."….pendeknya ialah mereka yang tahu menimbang belanja atas ukuran yang patut dan sederhana.

Maka dalam ayat yang akhir ini perangi jimat cermat itu tuhan kirakan sebagai satu daripada sifat-sifat mulia bagi beberapa kumpulan orang baik-baik seperti yang disebutkan satu persatunya dalam ayat 63 hingga 74 surah itu; dan kesudahanya dinyatakan balasanya yang serupa bagi sekalianya mereka itu dalam akhirat, iaitu disebutkan dalam ayat 75 dan 76:

(…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………)

yakni: mereka itu sekalian akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) oleh sebab sabar dan celaka hati mereka (menyempurnakan sifat-sifat yang mulia itu(: disana mereka akan disambut dengan ucapan hormatdan selamat, dan akan duduk kekal didalamnya – sangat indah tempatnya untuk diam tetap dan bersenag-senang."

Demikian lagi ada firmanya yang lain melarang daripada berbuat boros: tuhan benarkan kita makan minum dan memakai dengan sederhana dan atas kadar yang patut, tetapi dilarangnya jangan membuang-buang dan habur, atau membuat berlebih-lebihan dengan percuma. Misalnya firman tuhan:

(……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………surah al-an'am 141)

ertinya:………."Makanlah oleh kamu daripada buah-buah (yang tersebut) itu apabila musim ia berbuah, dan bayarlah hak yang diwajibkan pada hari menuai atau mengumpul buahnya kelak; tetapi jangan kamu membuang-buang dengan membuat apa-apa berlebihan-lebihan:bahawasanya tuhan tidak gemar akan orang-orang yang membuang-buang dan berbuat sesuatu lebih daripada patut." Dan firmanya lagi:

(……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..surah al-a'raf 31)

ertinya: "hey segala anak cucu keturunan adam, yakni manusia! Pakailah segala pakaian dan perhiasan kamu yang elok-elok pada segala masa dan tempat sembahyang. Dan makan minumlah kamu: tetapi jangan berlebih-lebihan dan membuang-buang: bahawasanya tuhan tidak suka akan orang yang berlebih-lebihan dan membuang-buang."

Adapun hadis nabi kita SAW yang menyuruh berperangai jimat cermat itu memuji akan dia banyak ada; Insyallah akan disebutkan pada tempatnya yang munasabah kemudian kelak. Demikian pula perkataan sahabat-sahabt nabi, perkataan ulama' dan hukama' yang kebilangan pada zaman dahulu, dan lain-lainnya.

Maka yang dikatakan "jimat cermat" itu ada dua macam maknanya dipakai dan dipahamkan orang – satu ialah dengan maksud iaitu suatu cawangan alam pengajian yang luas, lebih biasa disebut diantara orang-orang yang berpelajaran barat sekarang dengan nama economics dan dalam bahas arab "ilmil iqtisod" maka iaitu pengajian mentadbirkan harta dan jalan-jalan mendapat kekayaan negeri daripada hasil mahsul dan sebagainya, dan peri menjalankanya dan cara-cara menggunakannya yang berbagai-bagai supaya ia bertambah banyak dan tumbuh semakin luas bagi faedah negeri dan orang ramai. Maka ialah diantara ilmu-ilmu yang terlibat masyur dan terbesar sekali mintanya dalam kemajuan dunia zaman ini, dan ia juga diantara ilmu-ilmu yang terlibat sekali dipentingkan oleh ahli-ahli penyiasat yang mengkali keadaan masyarakat dan hal ehwal pergaulan manusia; demikian juga oleh ahli-ahli pemerintah negeri. Pendeknya ialah suatu ilmu yang dikira terlalu penting diantara ilmu-ilmu kemodenan dan kemajuan kaum bangsa dan zaman sekarang. Dalam agama islam perkara iqtisad atau jimat cermat yang luas demikian ini adalah dikirakan dalam peraturan zakat, iaitu satu daripada rukun islam yang lima, dan peraturan zakat fitrah; serta diluaskan oleh fukaha' dalam peraturan juziyah, khoroj, baitul mal dan au kof, selain daripada ajaran menggalakkan bersedekah dan berkhairat daripada orang-orang kaya-kaya. Maka dengan fahaman ini tidaklah termasuk ia dalam maksud kita disini.

Kedua ialah jimat cermat dengan maknanya suatu daripada sifat kelebihan yang mulia dalam tabiat keperangaian manusia. Maka dengan fahaman ini adalah ertinya iaitu kelakuan beringat mengasingkan sedikit daripada wang dan harta dan meyimpanya bagi digunakan apabila tiba masa sesak dan kesukaran ketika kita berkhendak kepadanya setelah kehabisan wang yang lain. Samada habis dengan sebab dibuat belanja atau sebab apa-apa kemalangan seperti rumah terbakar dan sebagainya. Jadi apabila terlibat hal yang semacam itu tidaklah terkejar-kejar minta tolong kepada orang ke sana ke mari, atau tidaklah keputusan langsung. Maka inilah satu daripada perkara-perkara yang dikata oleh bidalan malayu "menyediakan paying sebelum hujan"; jika tiada hujan tak mengapalah. Tetapi paying ada sedia sekiranya turun hujan. Selain daripada itu biasa juga difahamkan perkataan "jimat" itu sahaja dengan makna cukup jika pada harta benda, dijaga dengan cermat tiada diberi rosak atau hilang; dan jika pada berbelanja dijaga dengan cermat tiada mahu membuang-buang serta pandai berdikit-dikit supaya jangan kehabisan atau supaya ada yang tersimpan untuk pergunaan yang lebih besar, lebih mustahak atau lebih berfaedah, pada masa yang kehadapan. Maka jimat cermat atau "iqtisod" dengan fahaman yang kedua inilay yang kita maksdukan sekarang.

Perkataan "iqtisod" itu asalnya daripada "qasad" iaitu satu daripada maknanya yang asal dalam bahasa arab ialah "mengambil jalan pertengahan pada berbelanja, berkira dengan adil, dan patuh apabila membelanjakan wang, dan menimbang dengan timbanagn sederhana diantara dua tepi yang berlebihan" – satu terlampau habur dan boros dan satu pula terlampau lokekdan bersekat sangat. Maka hendaklah dielakkan kedua-dua "tepi yang berlebihan" itu, diambil perdirian ditengah-tengah. Kebetulan pula inilah makna "jimat cermat" yang biasa difahamakan dalam bahasa melayu.

Bahawa dengan berbuat jimat cermat demikian ini tidaklah seseorang itu mencuba hendak menyayang atau menyemai orang yang terlebih kaya dan terlebih banyak. Wang daripadanya apabila berbelanja. Jika orang kaya-kaya itu berbelanja besar tidaklah ia meniru hendak berbelanja besar seperti itu pula. Kerana jika perbuatanya demikian tentulah ia kan terpaksa jatuh ke dalam cengkaman hutang, terpaksa meminjam, berhutang dan bergadai; dan hasilnya apabila tiada upaya membayar hutang itu ia akn menjadi papa dan bankrap, tidak ada mempunyai wang dan harta sendiri; dan tiada pula kemerdekaan diri, kerana orang-orang tempat is berhutang itu tentulah tiada berhenti menuntut piutang kepadanya, dan ia pun sentiasa terpaksamelarikan diri dan bersembunyi supaya dapat mengelakkan atau melecehkan daripada membayar hutang itu!! Maka pada ketika itu jatuhlah mood tuan pada pandangan segala orang yang melihat dia, dan orang-orang yang tahu akan halnya itupun tiadalah menyukai dia lagi atau memandang hormat kepadanya seperti dahulu. Pendeknya inilah yang dikata oleh pepatah melayu: "gajah berak besar kancil pun nak berak besar, akhirnya kebabangan atau keluar isi perut!"

Demikian lagi dengan jalan berjimat cermat yang patut dan adil seperti itu tidaklah seseorang itu jadi lokek dan kedekut berbelanja pada barang apa perkara yang sebenarnya mustahak bagi dirinya dan anak ahlinya; dan tidak pula ia tamak dan bakhil daripada bermurah hati menghulurkan pertolongan kepada orang yang kesusahan dan yang sebetulanya berkhendak pertolongan. Kerana jika ia lokek tak mahu menolong-nolong, nescaya dirinya sendiri dan kaum bangsanya akan terdedah kepada bahaya kerosakan dengan sebab rosak pergaulan hidup mereka, dihinggapi oleh ahli-ahli buruk dan kejadian-kejadian jahat yang terbit daripada keadaan bangsat mereka itu. Maka pada ketika itu ia akan berhidup dengan kelakuan tiada kasihan belas, tiada ketenangan dan tiada ketenteraman.

Jadinya, dengan sebab pandai mengira-ngira dan menimbang belanja atas jalan jimat cermat yang demikian, seseorang itu dapat hidup dalam sederhana pada perbelanjaan dan segala cara-cara ia menggunakan wang dan hartanya. Ia berjimat dengan seberapa dengan bolehnya yang patut untuk menentang apa-apa jua timpaan susah yang dibawakan oleh peredaran masa dan apa-apa kemalangan yang terjadi atauyang harus akan terjadi. Oleh itu jika kecil pendapatan kecilah belanja dan kecil pula yang diketepikan untuk disimpan tidak dihabiskan semuanya; jika besar pendapatn besarlah pula simpanan itu.

Bahawasanya seseorang itu tidaklah dapat menentukan apakah hal yang akan terjadi pada masa kehadapan , apa perkaranya yang masih tersembunyi dalam perut masa; dan tidak pula ia dapat menetukan yang ia tetap sahaja akan terselamat daripada kejadian-kejadian perubahan hari. Demikian lagi tidaklah boleh tahu. Adakah kesenangan dan kemewahan yang ada kepadanya sekarang itu akan berkekalan, dan adakah pintu rezekinya akan sentiasa terbuka sahaja, atau ada masanya akan tertutup? Oleh sebab itu sepatutnya, bahkan sewajibnya benarlah, ia berikhtiar membuat persediaan bagi kedatangan hari susah itu sebelum sampainya jika ia sampai, dan menyiapkan untuk masa kesempitan itu sebelum dirinya termasuk kedalamnya jika termasuk.jalanya bersedia dan membuat kesiapan itu ialah dengan mengumpul dan meyimpan sedikit-sedikit wang dan harta pada masa ia dalam kemudahan rezeki, untuk menentang kesempitan itu jika tiba kelak. Maka yang demikian itu hanyalah boleh diperbuat dengan berjimat cermat pada perbelanjaan dan pada cara-cara penghidupan, seperti yang diajar kepada kita dalam ayat-ayat Quran yang telah disebutkan ini.

Makna dan maksud berjimat cermat seperti yang telah diterangkan ini ada didapati dalam hadis-hadis yang mulia; satu daripadanya sabda nabi SAW:

(……………………………………………………………………………………………)

ertinya: "Allah taala rahmati akan seseorang yang berusaha bagi mendapatkan rezeki yang baik, dan berbelanja dengan sederhana, dan mengasingkan lebih dahulu sedikit baki disimpan untuk hari kalau tiba sesak sukar dan terpaksa berhajat kepadanya"

"berusaha mendapatkan rezeki yang baik" (…………………) yakni rezeki yang halal dan bersih; "berbelanja dengan sederhana" (…………………) yakni atas atau ukuran yang patut dan pertengahan, tidak terlampau diceking dan tidak pula habur dan boros; "mengasingkan lebih dahulu sedikit baki" (………….) yakni "baki" atau bahagian yang tertinggal lebih-lebih daripada wang belanja – atau sebahagian kecil yang sengaja diketepikan siang-siang sebelum berbelanja itu – diasingkan dan disimpan untuk bekal masa kedatangan sempit dan sesak sukar jika terjadi demikian itu; atau untuk bakal masa telah tua dan lemah kelak, kerana masa tua itu biasanya disertai oleh keadaan fakir, lemah, uzur, tiada cukup berdaya, dan tiada berduit, dan tiada cukup berdaya, dan tiada berduit,. Kata arif "kalau tua eloklah ada duit" yakni jika tua tiada mempunyai wang atau harta nescaya tiadalah siapa yang akan mengambil tahu atau mengambil berat pun akan susah payah dan sakit pening kita, kerana tiada apa yang diharapkan akan dapat.

Maka alangkah eloklah pengajaran jimat cermat yang disyarakkan dalam agama islam ini? Orang-orang yang tiada tahu berjimat-cermat tentu sentiasa berhajat kepada pengajaran ini dan mesti mengikut dan memakainya walau apa pun agama mereka, dan apa pun tingkat lapisan hidup mereka, bahkan walau apa pun peredaran hal ehwal mereka dan darjat kemajuan mereka.

Jimat cermat atas rupa yang ditunjukkan ini, yang telah dibawakan ajaranya kepada kita oleh pembawa syariat islam yaitu junjungan kita nabi Muhammad SAW yang bijaksana itu, ialah satu daripada kewajipan kita kepada diri sendiri masing-masing. Maka si kayalah diraikan ajaran ini oleh tiap-tiap orang apabila menjalankan kewajipan mencari kehidupan, berusaha, berniaga, bercucuk tanam, bertukang-tukang, membuat barang-barang, makan gaji, dan sebagainya. Jika diikuti pendoman ini nescaya selamatlah ia apabila mendapat wang dan harta daripada barang apa-apa usahanya itu. Ia tidak akan membebaskan tanganya berbuat diatas wangnyaitu mengikut, suka-suka nafsunya sahaja, hingga wang itu habis, menjadi abu dan angin dengan tiada berketahuan, punah dan binasa kerana menjamu kecenderungan nafsu. Kerana jika diperbuatnya demikian nescaya rugilah ia dan terlucut daripada tanganya perkakas dan peluang yang sepatutnya boleh menyampaikan dia kebajikan dengan berbuat perbuatan-perbuatan yang mulia, atau boleh menghasilkan dapat sebanyak sedikit akan cita-cita keinginannya yang tinggi-tinggi.

Maka apabila telah terjadi demikian itu adalah perolehan yang didapatinya hanya kecewa dan kepa-paan jua: kata bidal melayu "ikut hati mati, ikut rasa binasa". Hadis yang tersebut tadi itu pada satu pihaknya lagi pula adalah menyuruh kita jangan tamak dan kikir, yakni jangan suka semata-mata mengumpul wang dan kekayaan, dan kemudian meyimpanya seperti berhala tok pekong tiada mahu mebelanjakan dan menggunakan pada perkara yang patut dan kebajikan, hanya sepanjang masa ingin akan kekayaan itu biar bertambah banyak sahaja lagi!! Hadis itu menyebut (…………………..) ertinya "ia membelanjakan wangnya itu dengan sederhana dalam sempadan yang patut dan adil, bukan disimpan dan dipuja sahaja seperti berhala bukan kikir dan kedekut bukan semata-mata gila hendakkan wang dan harta itu bertambah semakin banyak sahaja, tiada lain lagi, kerana jika demikian bukanlah jimat cermat namanya, melainkan ialah kikir, bakhil, lokek dan kedekut. Terkadang orang yang demikian bukan kedekut kepada orang lain dan fakir miskin dan kerja-kerja kebajikan umum sahaja, tetapi kedekut kepada dirinya sendiri juga, kepada anak ahlinya dan orang-orang dalam tanggungannya pun: hingga perkara-perkara yang tak boleh tidak bagi kehidupan sendiri dan kehidupan anak ahlinya itu pun disekatnya, tiada diberinya! Maka kesukaanya sehari-hari hanyalah mengira dan membilang-bilang wangnya dan hartanya itu sahaja, dilihat jangan ada yang hilang atau luak (berkurangan), dan berapa banyak bertambahnya!!

Maka inilah jenis orangnya yang dikondem (condemn) oleh tuhan dalam ayat: ……………………*……………………….*………………….. : (surah al-humazah 2-4) ertinya : "orang yang menghimpunkan harta dan membilang-bilangnya*disangkaan kekayaan itu akan mengalakkan dia hidup selama-lamanya*tidak! Sekali-kali tidak! Ia tentu sekali akan dihumbankan ke dalam api neraka yang memecah belahkanya."…….demikian pula inilah juga jenis orangnya yang ditemplak oleh tuhan dengan firmanya: (………………………………………………) (surah al-takathur ayat 1) ertinya: "kamu telah dilalikan oleh perasaan gila hendak menambah-nambah banyaknya harta sahaja hingga sampai kamu melawat ke tanah perkuburan kelak"!...akhirnya kata tuhan lagi : (………………………….*………………………*………………………..*) : surah al-takathur 6) ertinya : "tidak!tidak! kalau kirannya kamu tahu dengan pengetahuan yang yakin betul* tentulah kamu akan nampak api neraka jahanam* kemudian kamu akan nampak melihatnya dengan pandangan mata yang tiada syak sekali-kali."

Dalam kehidupan di dunia ini orang yang mengumpul harta dan kekayaan dengan lokek demikian itu tetaplah akan jadi seolah-olah dirinya itu fakir dan papa kerama pada hakikatnya yang sebenar, walaupun ia kaya dan "millionair" pada nama dan pada rupanya. Maka tiadalah kekayaan yang dikumpul dan disayangnya demikian itu bermakna apa-apa atau memberi faedah apa-apa jua pun, walau kepada dirinya atau kepada orang lain. Pendeknya tiadalah berguna harta itu tinggal didalam tanganya. Sepatutnya harta yang dimilikinya itu jadi khadam kepadanya; tetapi dengan sebab lokek dan kikirnya seperti yang tersebut itu maka dirinya pula yang menjadi khadam dan hamba kepada hartanya itu dan harta itu menjadi tuan atau "tuhan" kepadanya!! Ia takut jadi miskin kalau banyak berbelanja, tetapi kikirnya itu sebenar-benarnya menjadikan dia miskin juga pada hakikatnya. Maka itulah di kata oleh ahli syair:

(…………………………………………….)

(……………………………………………..)

ertinya "barang siapa memakai beberapa banyak masa pada mengumpulkan hartanya sahaja, yakni tidak membelanjakanya*kerana takut akan ditimpa kemiskinan satu hari kelak, maka orang itu ialah memelihara dan menyuburkan kefakiran bagi dirinnya jua."

Adapun jika ia berkhendak mencapai kebajikan maka hendaklah ia membelanjakan wang dan harta yang disayanginya itu pada kerja-kerja yang menghasilkan kebajikan, terutama kebajikan umum, bukan bagi kebajikan diri sendiri sahaja.

Firman tuhan : (………………………………………………….) (surah al-imran 92)

Ertinya :"kamu tidak akan dapat mencapai kebajikan sehingga kamuberbelanja (membuat khairat) daripada apa harta yang kamu sayangi." Maka "berbelanja" itu termasuklan didalam maknannya "berkhairat" dan "bersedekah" juga.

Lain daripada hadis yang telah diberi tadi banyak ada hadis-hadis lagi yang menunjukkan nabi kita Muhammad SAW sentiasa sangat mementingkan perkara jimat cermat yang patut dan pertengahan ini. Tetapi kita tangguhkan dahulu menyebutkannya kemudian kelak dalam salah satu bahagian bahas ini yang akan datang. Sementara itu memadailah dikata dahulu disini bahawa kelakuan jimat cermat seperti yang diajar oleh agama kita ini sangat-sangat fardhu bagi kemajuan dan kejayaan dunia tiap-tiap orang dan tiap-tiap bangsa pun – selain daripada mesti ada pelajaran dan alam pengetahuan dan budi perangai yang mulia – baik bangsa islam atau bangsa yang bukan islam.

Friday, March 31, 2006

HUTANG DALAM ISLAM

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

MEMBERI hutang adalah amalan yang mulia jika tujuannya untuk
meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup.
Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada
orang-orang yang berhutang.
Jika dilihat kepada konsep kemasyarakatan, memberi hutang sangat
digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang
istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala. Sabda Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang
mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan
menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara
kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan
kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya
kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan
Tirmidzi).
Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan orang yang melepaskan
kesusahan orang lain termasuk memberi hutang. Berbeza halnya dengan
orang yang berhutang. Berhutang adalah amalan yang tidak digalakkan
oleh Islam kerana hutang itu merupakan kesusahan di malam hari dan
penghinaan di siang hari. Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu
menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika
ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia
meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka
yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikannya kepada
waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan
membayar hutang.
Dari itu hutang perlu dijelaskan dengan segera. Jangan suka atau
sengaja tidak menghiraukan hutang sehingga menyebabkan hutang tersebut
tertangguh begitu lama sekali dengan berbagai-bagai alasan yang
diberikan mengenainya sehingga kadang-kadang menyebabkan kesusahan
kepada orang yang memberi hutang. Dalam keadaan-keadaan lain, hubungan
kedua belah pihak menjadi tidak mesra, bahkan seperti bermusuhan.
Kadang-kadang penangguhan itu bukan kerana tidak mampu membayar hutang,
tetapi sengaja dilengah-lengahkan. Menurut rasulullah sallallahu Alaihi
Wasallam orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan
pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan
segera adalah melakukan kezaliman. Demikian ditegaskan oleh Rasullullah
Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya yang maksudnya:
"Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah
suatu kezaliman." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam besabda yang maksudnya:
"Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta
(untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan
menghalalkan hukumannya."
Daripada maksud hadis di atas, Ibnu Hajar Al-Haitsami berpendapat
bahawa orang-orang yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang
sedangkan dia berkeupayaan untuk melunaskannya menyebabkan
kehormatannya boleh dicemari dengan menceritakan hal tersebut kepada
orang lain. Walau bagaimanapun hal yang boleh diceritakan itu hanyalah
mengenai buruk perangainya kerana melengah-lengahkan hutang itu sahaja.
Adapun menceriatkan keburukannya yang lain adalah haram hukumnya kerana
orang yang dizalimi itu hanya dibenarkan menceritakan kezaliman dalam
perkara menangguhkan hutang sahaja. dalam perkara menghalalkan hukuman
ke atasnya bererti dia boleh dihukum kerana perbautan sengaja
melengah-lengahkan hutang. Hukuman itu sama ada dipenjara, dirotan atau
seumpamanya. (Az-Zawajir hln 414).
Menurut Ibnu Hajar lagi, sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang
dalam keadaan berkemampuan itu adalah melakukan dosa besar.
Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab
membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada
diri si penghutang jika hutang tidak dibayar. Antaranya disebutkan
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah,
sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada
tempat yang mulia) dengan sebab hutanngnya sehinggalah hutangnya itu
dilunaskan."
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu "umar Radiallahuanhu
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau
satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana
di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis riwayat Ibnu
Majah).
Di antara risikonya lagi, suatu perisitiwa pernah terjadi di mana
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam enggan menyembahyangkan jenazah
apabila Baginda mengetahui orang yang meninggal itu masih mempunyai
tanggungan hutang.
Tindakan Baginda itu jelas menunukkan tentang ketidaksukaan Baginda
terhadap orang-orang yang berhutang. Tindakan sedemikian memberi
pengajaran kepada orang lain tentang akibat berhutang.
JIka si pehutang benar-benar tidak berkeupayaan untuk membayar
hutangnya dalam jangka atau tempoh yang dijanjikan atau dientukan,
berterus-teranglah kepada pemiutang dan berundinglah bagaimana cara
yang patut dan munasabah untuk membayar hutangnya.
Dari itu kikislah sifat dan tabiat suka berhutang kecuali dalam
perkara-perkara yang benar-benar perlu dan mendesak. Bebaskanlah diri
daripada hutang-hutang agar hidup dalam keadaan riang gembira dan
selesa di dunia dan di akhirat kelak.

Tuesday, March 28, 2006

Mengenang Akhlak Nabi Suci Kita

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Mengenang Akhlak Nabi Suci Kita :

Muhammad SAW Setelah Nabi wafat, seketika itu pula kota Madinah
hingar bingar dengan tangisan ummat Islam; antara percaya dan tidak,
Rasul yang mulia telah meninggalkan para sahabat. Beberapa waktu kemudian,
seorang arab badui menemui Umar dan dia meminta, “Ceritakan padaku
akhlak Muhammad.” Umar menangis mendengar permintaan itu. Ia tak sanggup
berkata apa-apa. Ia menyuruh Arab badui tersebut menemui Bilal. Setelah
ditemui dan diajukan permintaan yang sama, Bilal pun menangis, ia tak
sanggup menceritakan apapun. Bilal hanya dapat menyuruh orang tersebut
menjumpai Ali bin Abi Thalib.
Orang Badui ini mulai heran. Bukankah Umar merupakan seorang sahabat
senior Nabi, begitu pula Bilal, bukankah ia merupakan sahabat setia
Nabi. Mengapa mereka tak sanggup menceritakan akhlak Muhammad. Dengan
berharap-harap cemas, Badui ini menemui Ali. Ali dengan linangan air mata
berkata : “ Ceritakan padaku keindahan dunia ini!” Badui ini menjawab,
“Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan segala keindahan dunia
ini...” Ali menjawab, “ Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia ini,
padahal Allah telah berfirman bahwa sungguh dunia ini kecil dan
hanyalah senda gurau belaka, lalu bagaimana aku dapat melukiskan akhlak
Muhammad, sedangkan Allah telah berfirman bahwa sungguh Muhammad memiliki
budi pekerti yang agung! (QS. Al-Qalam 68: 4).”
Badui ini lalu menemui Siti Aisyah r.a. Isteri Nabi yang sering
disapa Khumairah oleh Nabi. Aisyah menjawab,”Khuluquhu al-Quran (Akhlaknya
Muhammad itu Al-Quran).” Seakan-akan Aisyah ingin mengatakan bahwa Nabi
itu bagaikan Al-Quran berjalan. Badui ini tidak puas, bagaimana bisa ia
segera menangkap akhlak Nabi kalau ia harus melihat seluruh kandungan
Quran. Aisyah akhirnya menyarankan Badui ini untuk membaca dan menyimak
QS Al-Muminun (23: 1-11).
Bagi para sahabat, masing-masing memiliki kesan tersendiri dari
pergaulannya dengan Nabi. Kalau mereka diminta menjelaskan seluruh akhlak
Nabi, linangan air mata-lah jawabannya, karena mereka terkenang akan
junjungan mereka. Mereka hanya mampu menceritakan satu fragmen yang paling
indah dan berkesan dalam interaksi mereka dengan Nabi Penutup ini.
Kembali ke Aisyah. Ketika ditanya bagaimana perilaku Nabi, Aisyah
menjawab “Semua perilakunya indah.” Ketika didesak lagi, Aisyah baru
bercerita tentang saat terindah baginya sebagai seorang isteri, “ Ketika aku
sudah berada di tempat tidur dan kami sudah masuk dalam selimut, dan
kulit kami sudah bersentuhan, suamiku berkata, ‘Ya Aisyah, izinkan aku
untuk menghadap Tuhanku terlebih dahulu.’ “ Apalagi yang lebih
membahagiakan seorang isteri, karena dalam episode tersebut terkumpul kasih
sayang, kebersamaan, perhatian dan rasa hormat dari seorang suami, yang
juga seorang utusan Allah.
Nabi Muhammad jugalah yang membuat khawatir hati Aisyah ketika
menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya. Aisyah keluar
membuka pintu rumah. terkejut ia bukan kepalang, melihat suaminya tidur
di depan pintu. Aisyah berkata, mengapa engkau tidur di sini. Nabi
Muhammmad menjawab,” Aku pulang larut malam, aku khawatir mengganggu
tidurmu sehingga aku tidak mengetuk pintu. itulah sebabnya aku tidur di depan
pintu.” Mari berkaca di diri kita masing-masing. Bagaimana perilaku
kita terhadap isteri kita? Nabi mengingatkan, berhati-hatilah kamu
terhadap isterimu, karena sungguh kamu akan ditanya di hari akhir tentangnya.
Para sahabat pada masa Nabi memperlakukan isteri mereka dengan hormat,
mereka takut kalau wahyu turun dan mengecam mereka.
Buat sahabat yang lain, fragmen yang paling indah ketika sahabat
tersebut terlambat datang ke Majlis Nabi. Tempat sudah penuh sesak. Ia
minta izin untuk mendapat tempat, namun sahabat yang lain tak ada yang mau
memberinya tempat. Di tengah kebingungannya, Rasul memanggilnya. Rasul
memintanya duduk di dekatnya. Tidak cukup dengan itu, Rasul pun melipat
serbannya lalu diberikan pada sahabat tersebut untuk dijadikan alas
tempat duduk. Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima
serban tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi mencium
serban Nabi.
Senangkah kita kalau orang yang kita hormati, pemimpin yang kita
junjung tiba-tiba melayani kita bahkan memberikan sorbannya untuk tempat
alas duduk kita. Hanya menerima kartu lebaran dari seorang pejabat saja
kita sangat bersuka cita. Begitulah akhlak Nabi, sebagai pemimpin ia
ingin menyenangkan dan melayani bawahannya.
Nabi Muhammad juga terkenal suka memuji sahabatnya. Kalau kita baca
kitab-kitab hadis, kita akan kebingungan menentukan siapa sahabat yang
paling utama. Terhadap Abu Bakar, Rasul selalu memujinya. Abu Bakar-lah
yang menemani Rasul ketika hijrah. Abu Bakarlah yang diminta menjadi
Imam ketika Rasul sakit. Tentang Umar, Rasul pernah berkata, syaitan saja
takut dengan Umar, bila Umar lewat jalan yang satu, maka syaitan lewat
jalan yang lain. Dalam riwayat lain disebutkan, Nabi bermimpi meminum
susu. Belum habis satu gelas, Nabi memberikannya pada Umar yang
meminumnya sampai habis. Para sahabat bertanya, “Ya Rasul apa maksud (tawil)
mimpimu itu?” Rasul menjawab ilmu pengetahuan.
Tentang Utsman, Rasul sangat menghargai Ustman karena itu Utsman
menikahi dua putri Nabi, hingga Utsman dijuluki dzu an-Nurain (pemilik dua
cahaya). Mengenai Ali, Rasul bukan saja menjadikannya ia menantu,
tetapi banyak sekali riwayat yang menyebutkan keutamaan Ali. “Aku ini kota
ilmu, dan Ali adalah pintunya. Barang siapa membenci Ali, maka ia
merupakan orang munafik.”
Lihatlah diri kita sekarang. jika ada seorang rekan yang punya
sembilan kelebihan dan satu kekurangan, maka kita jauh lebih tertarik
berjam-jam untuk membicarakan yang satu itu dan melupakan yang sembilan.
Ternyata kita belum suka memuji; kita masih suka mencela. Ternyata kita
belum mengikuti sunnah Nabi.
Saya pernah mendengar bahwa Allah pun sangat menghormati Nabi
Muhammad. Buktinya, dalam Al-Quran Allah memanggil para Nabi dengan sebutan
nama: Musa, Ayyub, Zakaria, dll. tetapi ketika memanggil Nabi Muhammad,
Allah menyapanya dengan Wahai Nabi. Ternyata Allah saja sangat
menghormati beliau.
Para sahabatpun ditegur oleh Allah ketika mereka berlaku tak sopan
pada Nabi. Alkisah, rombongan Bani Tamim menghadap rasul. Mereka ingin
Rasul menunjuk pemimpin buat mereka. Sebelum Nabi memutuskan, Abu Bakar
berkata: “ Angkat Al-Qaqa bin Mabad sebagai pemimpin.” Kata Umar ;”
Tidak, angkatlah Al-Aqra bin Habis.” Abu Bakar berkata ke Umar, “Kamu
hanya ingin membantah aku saja.” Umar menjawab “ Aku tidak bermaksud
membantahmu.” Keduanya berbantahan sehingga suara mereka terdengar makin
keras. Waktu itu turunlah ayat: Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya. Takutlah kamu kepada Allah.
Sesungguhnya Allah maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu menaikkan suaramu di atas suara Nabi. janganlah
kamu mengeraskan suara kamu dalam percakapan dengan dia seperti
mengeraskan suara kamu ketika bercakap terhadap sesamamu. Agar tidak terhapus
amal-amalmu sedangkan kamu tidak menyadarinya (al-hujurat 1-2)
Setelah mendengar teguran itu Abu Bakar berkata :”Ya Rasul Allah,
demi Allah, sejak sekarang aku tidak akan berbicara denganmu kecuali
seperti seorang saudara yang membisikkan rahasia. “ Umar juga berbicara
kepada Nabi dengan suara yang lembut. Bahkan konon kabarnya setelah
peristiwa itu Umar banyak sekali bersedekah, karena takut amal yang lalu telah
terhapus. Para sahabat Nabi takut akan terhapus amal mereka karena
melanggar adab saat berada dalam hadirat Nabi.
Dalam satu kesempatan lain, ketika di Mekkah, Nabi didatangi utusan
pembesar Quraisy, Utbah bin Rabiah. Ia berkata pada Nabi,” Wahai
kemenakanku, kau datang membawa agama baru, apa yang sebetulnya kau kehendaki.
Jika kau kehendaki harta, akan kami kumpulkan kekayaan kami, Jika Kau
inginkan kemuliaan akan kami muliakan engkau. Jika ada sesuatu penyakit
yang dideritamu, akan kami carikan ubat. Jika kau inginkan kekuasaan,
biar kami jadikan engkau penguasa kami.”
Nabi mendengar dengan sabar uraian tokoh musyrik ini. Tidak sekalipun
beliau membantah atau memotong pembicaraannya. Ketika Utbah berhenti,
Nabi bertanya, “ Sudah selesaikah, Ya Abal Walid?” - “Sudah,” jawab
Utbah. Nabi membalas ucapan Utbah dengan membaca surat Fushilat. Ketika
sampai pada ayat sajdah, Nabi bersujud. Sementara itu Utbah duduk
mendengarkan Nabi sampai menyelesaikan bacaannya.
Peristiwa ini sudah lewat ratusan tahun lalu. Kita tidak hairan
bagaimana Nabi dengan sabar mendengarkan pendapat dan usul Utbah, tokoh
musyrik. Kita mengenal akhlak nabi dalam menghormati pendapat orang lain.
Inilah akhlak Nabi dalam majelis ilmu. Yang menakjubkan adalah perilaku
kita sekarang. Bahkan oleh si Utbbah, si musyrik, kita kalah. Utbah mau
mendengarkan Nabi dan menyuruh kaumnya membiarkan Nabi berbicara.
Jangankan mendengarkan pendapat orang kafir, kita bahkan tidak mau
mendengarkan pendapat saudara kita sesama muslim. Dalam pengajian, suara
penceramah kadang-kadang tertutup oleh suara kita.
Ketika Nabi tiba di Madinah dalam episod hijrah, ada utusan kafir
Mekkah yang meminta janji bahwa Nabi akan mengembalikan siapapun yang
pergi ke Madinah sepeninggal Nabi. Selang beberapa waktu, seorang sahabat
rupanya tertinggal di belakang Nabi. Sahabat ini meninggalkan
isterinya, anaknya dan hartanya. Dengan terengah-engah menembus padang pasir,
akhirnya ia sampai di Madinah. Dengan perasaan haru ia segera menemui
Nabi dan melaporkan kedatangannya. Apa jawab Nabi? “ Kembalilah engkau ke
Mekkah. Sungguh aku telah terikat perjanjian. Semoga Allah
melindungimu.” Sahabat ini menangis keras. Bagi Nabi janji adalah suatu yang sangat agung. Meskipun Nabi merasakan bagaimana besarnya pengorbanan sahabat
ini untuk berhijrah, bagi Nabi janji adalah janji; bahkan meskipun janji
itu diucapkan kepada orang kafir. Bagaimana kita memandang harga suatu
janji, merupakan salah satu bentuk jawaban bagaimana perilaku Nabi
telah menyerap di sanubari kita atau tidak.
Dalam suatu kesempatan menjelang akhir hayatnya, Nabi berkata pada
para sahabat, “ Mungkin sebentar lagi Allah akan memanggilku, aku tak
ingin di padang mahsyar nanti ada diantara kalian yang ingin menuntut
balas karena perbuatanku pada kalian. Bila ada yang keberatan dengan
perbuatanku pada kalian, ucapkanlah! “ Sahabat yang lain terdiam, namun ada
seorang sahabat yang tiba-tiba bangkit dan berkata, “ Dahulu ketika
engkau memeriksa barisan di saat akan pergi perang, engkau meluruskan
kedudukanku dengan tongkatmu. Aku tak tahu apakah engkau sengaja atau tidak,
tapi aku ingin menuntut qishash hari ini.” Para sahabat lain terpana,
tidak menyangka ada yang berani berkata seperti itu. Kabarnya Umar
langsung berdiri dan siap membereskan orang itu. Nabi melarangnya. Nabi pun
menyuruh Bilal mengambil tongkat ke rumah Nabi. Siti Aisyah yang berada
di rumah Nabi keheranan ketika Nabi meminta tongkat. Setelah Bilal
menjelaskan peristiwa yang terjadi, Aisyah pun semakin hairan, mengapa ada
sahabat yang berani berbuat senekad itu setelah semua yang Rasul
berikan pada mereka.
Rasul memberikan tongkat tersebut pada sahabat itu seraya
menyingkapkan bajunya, sehingga terlihatlah perut Nabi. Nabi berkata,
“Lakukanlah!” Detik-detik berikutnya menjadi sangat menegangkan. Tetapi terjadi
suatu keanehan. Sahabat tersebut malah menciumi perut Nabi dan memeluk
Nabi seraya menangis, “Sungguh maksud tujuanku hanyalah untuk memelukmu
dan merasakan kulitku bersentuhan dengan tubuhmu! Aku ikhlas atas semua
perilakumu wahai Rasulullah.” Seketika itu juga terdengar ucapan -
Allahu Akbar - berkali-kali. sahabat tersebut tahu, bahwa permintaan Nabi
itu tidak mungkin diucapkan kalau Nabi tidak merasa bahwa ajalnya
semakin dekat. Sahabat itu tahu bahwa saat perpisahan semakin dekat, ia ingin
memeluk Nabi sebelum Allah memanggil Nabi.
Suatu pelajaran lagi buat kita. Menyakiti orang lain baik hati maupun
badannya merupakan perbuatan yang amat tercela. Allah tidak akan
memaafkan sebelum yang kita sakiti memaafkan kita. Rasul pun sangat hati-hati
karena khawatir ada orang yang beliau sakiti. Khawatirkah kita bila ada
orang yang kita sakiti menuntut balas nanti di padang Mahsyar di depan
Hakim Yang Maha Agung ditengah miliaran umat manusia. Jangan-jangan
kita menjadi orang yang muflis. Naudzu billah.....
Nabi Muhammad ketika saat haji Wada, di padang Arafah yang terik,
dalam keadaan sakit, masih menyempatkan diri berpidato. Di akhir pidatonya
itu Nabi dengan dibalut sorban dan tubuh yang menggigil berkata, “
Nanti di hari pembalasan, kalian akan ditanya oleh Allah apa yang telah
aku, sebagai Nabi, perbuat pada kalian. Jika kalian ditanya nanti, apa
jawaban kalian? “ Para sahabat terdiam dan mulai banyak yang meneteskan
air mata. Nabi melanjutkan, “ Bukankah telah kujalani hari-hari bersama
kalian dengan lapar, bukankah telah kutaruh beberapa batu diperutku
karena menahan lapar bersama kalian, bukankah aku telah bersabar
menghadapi kejahilan kalian, bukankah telah ku sampaikan pada kalian wahyu dari
Allah.....? “ Untuk semua pertanyaan itu, para sahabat menjawab, “
Benar ya Rasul! “
Rasul pun mendongakkan kepalanya ke atas, dan berkata, “Ya Allah
saksikanlah...Ya Allah saksikanlah...Ya Allah saksikanlah!.” Nabi meminta
kesaksian Allah bahwa Nabi telah menjalankan tugasnya. Di pengajian ini
saya pun meminta Allah menyaksikan bahwa kita mencintai Rasulullah.

Ya Allah saksikanlah betapa kami mencintai Rasul-Mu,
betapa kami sangat ingin bertemu dengan kekasih-Mu,
betapa kami sangat ingin meniru semua perilakunya yang indah;
semua budi pekertinya yang agung,
betapa kami sangat ingin dibangkitkan nanti di padang Mahsyar bersama
Nabiyullah Muhammad,
betapa kami sangat ingin ditempatkan di dalam surga yang sama dengan
surganya Nabi kami.
Ya Allah saksikanlah...Ya Allah saksikanlah…Ya Allah saksikanlah
Ambillah iktibar dan pengajaran dan sebarkanlah message ini sekurang-kurangnya sebagai tanda kasih dan sayang pada Baginda.

Monday, March 27, 2006

Kerana sehelai bulu mata

Kerana sehelai bulu mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
"
Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Friday, March 24, 2006

Istimewanya Wanita


Dgn NamaMu Ya Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam ke Atas Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullah


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W
akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki
yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yangtakutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang
siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuanatau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsandalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, "Suaminya.""Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit,maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakanya 70 oranghamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Puisi utk Ayah dan Ibu

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan
padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka
memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang
tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa
kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat
orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris
hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan di dunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
putrajaya mosque

Posted by Picasa

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI 2 NAFAS 2 PILIHAN 2 TEMPAT

Hidup - 3 hari 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian ALlah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan ALlah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat ALlah s.w.t.

Adab Rasul



1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan
solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi
hikmah
yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat
beliau
mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan
berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar
dan
bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai
kekenyangan)"(Muttafaq
Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara,
sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada
satu
tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk
menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi
rumah
sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,
pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting
untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini
menunjukkan
hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah
belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan
jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk
maka berbaring
- Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan- Segeralah berwudhuk
- Solat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan
hati

6 OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi
kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras,
serta
tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka
menjauhi
iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah
diriku dengan sifat sifat mahmudah...::


Kalau rajin... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim
Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia

wallahu'alam....

KISAH LIMA PERKARA ANEH

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-

Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;

Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;

Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;

Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;

Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan. Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini. "Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa: Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuatghibah."Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Thursday, March 23, 2006

Tazkirah hati

Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarrakatuh.
Sempena malam Jumaat yang mulia ini mari kita banyak-banyak mengingati Allah Subhanahuwa Ta'ala dan mempelajari hukum-hukumNya untuk selamat pada Hari Pembalasan kelak sebelum terlambat dan maut menjelma. Apabila merenungi tentang hal-ehwal agama kita di negara kita yang tercinta ini dan praktik amalan kita ni, ternyata ada beberapa hal penting yang kita perlu mengingati :-
1. Selalulah jangan melambatkan sembahyang kerana kerja. Cuba tangkapkan sembahyang jemaah utama sejurus masuk waktu. Inilah yang paling afdhal sekali. Kebanyakan anak-anak muda kita yang baru bekerja (dan yang tua juga) suka melambat-lambatkan sembahyang sehingga sembahyang Zuhur pukul 3:00 ptg dan sembahyang Asar pukul 6:00 ptg. Ambillah air sembahyang dengan sempurna terutamanya apabila membasuh kaki.
2. Tutupkan talipon bimbit tu dalam masjid. Jangan mengangkat atau menjawab talipon bimbit dalam masjid sebab hadith Rasulullah SAW melarang membincangkan hal dunia di dalam masjid. Bukankah nombor talipon pemanggil tertera dalam memory talipon bimbit tu ? Jadi kita bolehlah talipon apabila tamat sembahyang dan sudahpun memakai kasut keluar dari masjid.
3. Jangan melangkah orang sedang sembahyang dalam masjid. Hendaklah berjaga terutamanya apabila dalam keadaan sesak penuh orang (seperti sembahyang Jumaat). Lebih baik tunggu. Hukumnya dari hadith Nabi SAW adalah 40.
4. Jangan berborak-borak dengan kawan dalam masjid (seperti di atas, jangan bercakap hal dunia di dalam masjid - ini daripada peringatan hadith Nabi SAW). Bukankah suasana di luar masjid cantik indah untuk berjalan-jalan dan berbual-bual seperti adanya taman dan tempat duduk. Jadi berbual-bual di luar masjid sahaja lah.
5. Jangan bercakap apabila azan atau bang. Hendaklah berhenti bercakap dan diam serta merta. Hukumnya diazab dalam kubur nanti.
6. Siapa-siapa yang kencing hendaklah membasuh alat zakarnya dengan air (curahkan). Jangan ditutup seluar begitu sahaja. Juga hendaklah dicurahkan kawasan kencing dengan air dan bancuhkan (flush the toilet). Hukum tidak membasuh alat zakar dan mengotori tandas ialah azab kubur yang keras (seperti hadith Nabi SAW).
7. Jangan cabut lari sejurus lepas tamatkan sembahyang fardhu walaupun agak terdesak hendak masuk ke pejabat. Cuba wirid dan habiskan doa dan zikir dengan Imam. Sekurang-kurangnya kita doa pendek sebelum meninggalkan kawasan sembahyang kita.
Sekian buat kali ini. Yang terbaik daripada Allah Subhanahuwa Ta'ala. Yang buruk, salah dan silap daripada saya.
Wabillahi taufiq. Walhidayah. Wassaamu'alaikum warrahmatullahi wabarrakatuh.

Wednesday, March 22, 2006

Rahsia Surah Al-Kautsar


*/Bismillahhirohmanir'roh himm/*

*//**/"Innaa'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'ka
huwal abtar"./*

**//****Subject: RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR**

*
_Surah Al-Kautsar

_Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih
daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2
orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita
amalkan:-*

1**) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t. makbulkan doa kita.***

**2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok
di leher, Insya'allah hilang dahaga.**

**3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,
sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada
mata.**

**4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya
sihir itu.**

**5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.**

**6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan
khusyuk ketika menunaikan solat.**

**7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak
bersalah tetapi dizalimi.**

**Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.**

**Wassallam***

Monday, March 13, 2006

Gambaran manusia yg berdosa di Padang Masyar

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia


BERWAJAH KHINZIR (babi)

Suka memberi & menerima rasuah


BUTA KEDUA BELAH MATA

Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman


PEKAK DAN BISU

Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang
lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA
BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS

Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran


BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT

Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan


BERJALAN SEPERTI MABUK

Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid


RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR

Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti


TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI

Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling


WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR

Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT

Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap
perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI

Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi


TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT

Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah


BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR
DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina


MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API

Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya


GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR
KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti
dadah dan lln.

HATI YANG LEMBUT DAN PENYANTUN


Rasulullah menginformasikan kepada kita bahwa di dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu maka baik pula manusia tersebut. Sebaliknya jika buruk daging itu, maka buruk pula kualitas orang tersebut. Daging itu adalah Hati.



Di kali lain, Rasulullah juga mengajarkan kepada kita bahwa setiap amaliah bergantung kepada niatnya. Jika niatnya jelek, maka jelek pula amaliahnya. Dan jika niatnya baik, maka baik pula amaliahnya. Kedua pelajaran ini sebetulnya mengajarkan hal yang sama, bahwa kualitas keagamaan kita sebagai muslim bisa dilihat dari niat hati kita pada saat melakukan perbuatan itu.



Hati adalah 'cermin' dari segala perbuatan kita. Setiap kita melakukan perbuatan, maka hati kita akan mencerminkan niat yang sesungguhnya dari perbuatan itu. Katakanlah, kita memberi uang kepada seorang miskin. Kelihatannya itu adalah perbuatan mulia. Tetapi jika niatan kita untuk menyombongkan diri kepada orang lain bukan karena belas kasihan kepada si miskin maka perbuatan itu sebenarnya tidak mulia lagi. Jadi, hati lebih menggambarkan kualitas yang sesungguhnya dari perbuatan kita. Sedangkan amaliah, lebih sulit untuk dinilai kualitasnya.



Karena itu, agama Islam lebih condong 'menggarap' hati daripada perbuatan. Kalau hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik. Sebaliknya meski perbuatannya kelihatan 'baik', belum tentu hatinya baik. Bisa saja ada niat jelek yang tersembunyi.



Seluruh jenis peribadatan yang diajarkan Rasulullah kepada kita sebenarnya dimaksudkan untuk menggarap hati kita agar menjadi baik. Sebutlah puasa. Puasa ini tujuan akhirnya adalah kemampuan mengendalikan diri. Atau disebut Takwa dalam terminologi Islam. Takwa adalah kualitas hati. Orang yang bertakwa memiliki keteguhan hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang jelek.



Demikian juga shalat. Tujuan utama shalat adalah membuka kepekaan hati. Orang yang shalatnya baik, memiliki kepekaan hati untuk membedakan mana yang baik, mana yang buruk Mana yang bermanfaat, mana yang membawa mudharat. Karena itu, shalat yang baik bisa menyebabkan kita jauh dari hal hal yang keji dan munkar.



Juga zakat. Tujuan utama zakat adalah melatih hati kita untuk peduli kepada orang-orang yang lemah dan tidak berdaya. Hidup harus saling menolong, supaya tidak terjadi ketimpangan yang menyebabkan terjadinya kejahatan. Itu secara sosial. Tetapi secara pribadi, kebiasaan menolong orang lain dengan zakat akan menyebabkan hati kita menjadi lembut dan penyantun.



Demikianlah, seluruh aktifitas ibadah kita termasuk haji yang menjadi bahasan utama kita kali ini, semuanya menuju kepada pelembutan hati kita. Kenapa hati yang lembut ini perlu?



Karena hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika hidup di akhirat nanti. Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan tanggap terhadap sekitarnya. Sedangkan hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup terhadap sekitarnya. Allah berfirman dalam firman Alah berikut ini.

QS. Al Israa (17) : 72

"Dan barangsiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akbirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya."



Ayat tersebut di atas memberikan gambaran yang sangat jelas kepada kita bahwa hati menjadi sasaran utama peribadatan kita. Karena itu Al Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Tidak kurang dari 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang oleh Allah di dalam Al Quran.



Ada beberapa tingkatan kualitas hati yang diinformasikan Allah di dalam Quran. Hati yang jelek dikategorikan dalam 5 tingkatan. Yang pertama adalah hati yang berpenyakit. Orang-orang yang di hatinya ada rasa iri, benci, dendam, pembohong, munafik, kasar, pemarah dan lain sebagainya, disebut memiliki hati yang berpenyakit, sebagaimana disebutkan dalam banyak ayat diantaranya,

QS. Al Baqarah (2) : 10

"Di dalam hati mereka ada Penyakit, lala ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta"



QS Al Hajj (22) : 53

"Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleb setan itu, sebagai cobaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar batinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar benar dalam permusuhan yang sangat."



Tingkatan kedua hati yang jelek adalah hati yang mengeras. Hati yang berpenyakit, jika tidak segera diobati akan menjadi mengeras. Mereka yang terbiasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap kejelekan perbuatannya. Mereka menganggap bahwa apa yang mereka kerjakan adalah benar adanya.



QS. Al An'aam (6) : 43

"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan setan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.



Tingkatan ketiga, adalah hati yang membatu. Hati yang keras kalau tidak segera disadari akan meningkat kualitas keburukannya. Al Quran menyebutnya sebagai hati yang membatu alias semakin mengeras dari sebelumnya.

QS. Al Baqarah (2) : 74

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan."



Tingkatan keempat, adalah hati yang tertutup. Pada bagian berikutnya akan kita bahas, bahwa hati kita itu bagaikan sebuah tabung resonansi. Jika tertutup, maka hati kita tidak bisa lagi menerima getaran petunjuk dari luar. Allah mengatakan hal itu di dalam firmanNya.

QS Al Muthaffiffin : 14

"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka."



Dan yang kelima, adalah hati yang dikunci mati. Jika hati sudah tertutup, maka tingkatan berikutnya adalah hati yang terkunci mati. Sama saja bagi mereka diberi petunjuk atau tidak. Hal ini diungkapkan Allah berikut ini.

Al Baqarah : 6-7

"Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglibatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat."



Sebaliknya hati yang baik adalah hati yang gampang bergetar, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam

QS. Al Hajj (22) : 35

"(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rizkikan kepada mereka."



Hati orang-orang yang demikian itu lembut adanya. Mereka gampang iba melihat penderitaan orang lain. Suka menolong. Tidak suka kekerasan. Penyantun dan penuh kasih sayang kepada siapapun. Itulah nabi Ibrahim yang dijadikan teladan oleh Allah serta menjadi kesayangan Allah. Sebagaimana diinformasikan dalam firman berikut.

At Taubah (9) : 114

"Dan Permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya, tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diirarkannya kepada bapaknya itu. Maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun."


RESONANSI HATI



Hati adalah tempat terjadinya resonansi. Apakah resonansi? Secara sederhana bisa dikatakan bahwa resonansi adalah 'penularan' getaran kepada benda lain. Artinya, jika kita menggetarkan suatu benda, lantas ada benda lain yang ikut bergetar, maka dikatakan benda lain tersebut terkena resonansi alias 'tertular' getaran alias frekuensi.



Ambillah contoh gitar akustik. Ia memiliki tabung resonansi yang lubangnya, menghadap ke arah deretan senarnya. Jika senar tersebut digetarkan dengan cara dipetik, maka udara di dalam ruang resonansinya akan ikut bergetar. Inilah yang menyebabkan suara senar gitar itu terdengar keras dan merdu.



Apa yang terjadi jika lubang gitar tersebut disumpal dengan kain? Maka bisa dipastikan tidak akan terjadi resonansi di dalam gitar itu. Maka, suara gitar pun menjadi terdengar sangat pelan dan tidak merdu.



Hati atau jantung manusia bagaikan sebuah tabung resonansi gitar. Setiap kita berbuat sesuatu, baik itu pada taraf berpikir maupun berbuat, selalu terjadi getaran di hati kita. Getaran tersebut bisa kasar, bisa juga lembut. Bergantung bagaimana getaran itu muncul. Ketika kita gembira, hati kita bergetar. Ketika sedang bersedih, hati kita juga bergetar. Ketika marah, hati kita juga bergetar.



Secara umum getaran tersebut berasal dari 2 sumber, Hawa Nafsu dan Getaran Ilahiah. Hawa Nafsu adalah keinginan untuk melampiaskan segala kebutuhan diri. Getarannya cenderung kasar dan bergejolak-gejolak tidak beraturan. Dalam tinjauan Fisika, getaran semacam ini disebut memiliki frekuensi rendah, dengan amplitudo yang besar yang termasuk dalam getaran hawa nafsu ini diantaranya adalah kemarahan, kebencian, dendam, iri, dengki, berbohong, menipu, kesombongan dan lain sebagainya.



Sedangkan Getaran Ilahiah adalah dorongan untuk mencapai tingkatan kualitas yang lebih tinggi. Getarannya cenderung lembut dan halus, dengan frekuensi getaran yang sangat tinggi dan teratur. Termasuk dalam getaran Ilahiah ini adalah membaca Firman Allah di dalam Al Quran. Berdzikir menyebut Asmaul Husna. Sifat sabar, ikhlas, dan kepasrahan diri dalam beragama.



Sebagai contoh, adalah seseorang yang sedang marah. Ketika marah, seseorang akan mengeluarkan getaran kasar hawa nafsu dari hatinya. Jantung hatinya akan bergejolak dan berdetak-detak tidak beraturan. Mukanya merah, telinganya panas, dan tangannya gemetaran. Frekuensinya rendah dan kasar, dengan amplitudo yang besar. Jika dilihat pada alat pengukur getaran jantung (ECG Electric Cardio Graph), akan terlihat betapa grafik yang dihasilkan sangatlah kasar dan bergejolak.



Getaran yang domikian memiliki efek negatif terhadap, tubuh kita. Sebuah benda yang dikenai getaran kasar terus-menerus akan mengalami kekakuan dan kemudian mengeras. Demikian Pula jantung kita. Orang yang pemarah akan memiliki resiko sakit jantung dan mengerasnya pembuluh-pembuluh darahnya. Dan secara psikologis dikatakan hatinya semakin mengeras dan tidak mudah bergetar oleh kebajikan.



Bukti lain bahwa hati semakin keras jika dipengaruhi hawa nafsu terus adalah orang yang suka berbohong dan menipu. Pada awalnya, orang yang berbohong selalu bergetar hatinya. Akan tetapi, kalau ia sering berbohong, maka hatinya tidak bergetar lagi saat ia membohongi orang lain. Ini menunjukkan betapa hatinya semakin keras dan sulit bergetar.



Karena itu, apa yang diungkapkan oleh Allah di dalam. Quran tentang lima tingkatan hati, sebenarnya bisa dijelaskan secara ilmiah, bahwa hati memang akan menuju kualitas yang semakin jelek jika digunakan untuk kejahatan terus-menerus.



Jika hati kita berpenyakit, dan kemudian sering mengeluarkan getaran-getaran yang kasar, maka getaran itu akan menyebabkan hati kita mengeras. Kekerasan hati kita itu akan terus meningkat, hingga dikatakan Allah seperti batu atau lebih keras lagi. Hati yang keras adalah hati yang sulit bergetar. Semakin lama semakin tidak bisa bergetar.



Jika ini diteruskan maka hati kita tidak mampu lagi beresonansi. Hati yang demikian adalah hati yang tidak peka tehadap lingkungannya. Maka, pada tingkatan ini hati kita seperti tertutup karena tidak mampu lagi beresonansi alias bergetar. Bagaikan lubang gitar yang tersumpal oleh kain atau benda-benda lain. Tidak bisa menghasilkan getaran dan suara yang merdu. Dan akhirnya, kata Allah, hati yang seperti itu dikunci mati. Na'udzubillahi min dzaalik.



Sebaliknya, hati yang baik adalah hati yang lembut. Hati yang gampang bergetar. Bagaikan buluh perindu yang menghasilkan suara merdu ketika ditiup. Kenapa bisa demikian? Karena, hati yang lembut bagaikan sebuah tabung resonansi yang bagus. Getarannya menghasilkan frekuensi yang semakin lama semakin tinggi. Semakin lembut hati seseorang, semakin tinggi pula frekuensinya. Pada frekuensi 10 pangkat 8 akan menghasilkan gelombang radio. Dan jika lebih tinggi lagi, pada frekuensi 10 pangkat 14, akan menghasilkan gelombang cahaya.



Jadi, seseorang yang hatinya lembut akan bisa menghasilkan cahaya di dalam hatinya. Dan jika cahaya ini semakin menguat, maka ia akan 'merembet' keluar menggetarkan seluruh bio elektron di dalam tubuhnya untuk mengikuti frekuensi cahaya tersebut. Hasilnya, tubuhnya akan mengeluarkan cahaya alias aura yang jernih. Dan jika kelembutan itu semakin menguat, maka aura itu akan merembes semakin jauh mempengaruhi lingkungan sekitarnya.



Karena itu, kalau kita berdekatan dengan orang-orang yang ikhlas dan penuh kesabaran, hati kita juga merasa tentram dan damai. Sebab hati kita teresonansi oleh getaran frekuensi tinggi yang bersumber dari hati dan aura tubuhnya. Sebaliknya, kalau kita berdekatan dengan seseorang yang pemarah, maka hati kita akan ikut merasa 'panas' dan gelisah. Semua itu akibat adanya resonansi gelombang elektromagnetik yang memancar dari tubuh seseorang kepada sekitarnya.