Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarrakatuh.
Sempena malam Jumaat yang mulia ini mari kita banyak-banyak mengingati Allah Subhanahuwa Ta'ala dan mempelajari hukum-hukumNya untuk selamat pada Hari Pembalasan kelak sebelum terlambat dan maut menjelma. Apabila merenungi tentang hal-ehwal agama kita di negara kita yang tercinta ini dan praktik amalan kita ni, ternyata ada beberapa hal penting yang kita perlu mengingati :-
1. Selalulah jangan melambatkan sembahyang kerana kerja. Cuba tangkapkan sembahyang jemaah utama sejurus masuk waktu. Inilah yang paling afdhal sekali. Kebanyakan anak-anak muda kita yang baru bekerja (dan yang tua juga) suka melambat-lambatkan sembahyang sehingga sembahyang Zuhur pukul 3:00 ptg dan sembahyang Asar pukul 6:00 ptg. Ambillah air sembahyang dengan sempurna terutamanya apabila membasuh kaki.
2. Tutupkan talipon bimbit tu dalam masjid. Jangan mengangkat atau menjawab talipon bimbit dalam masjid sebab hadith Rasulullah SAW melarang membincangkan hal dunia di dalam masjid. Bukankah nombor talipon pemanggil tertera dalam memory talipon bimbit tu ? Jadi kita bolehlah talipon apabila tamat sembahyang dan sudahpun memakai kasut keluar dari masjid.
3. Jangan melangkah orang sedang sembahyang dalam masjid. Hendaklah berjaga terutamanya apabila dalam keadaan sesak penuh orang (seperti sembahyang Jumaat). Lebih baik tunggu. Hukumnya dari hadith Nabi SAW adalah 40.
4. Jangan berborak-borak dengan kawan dalam masjid (seperti di atas, jangan bercakap hal dunia di dalam masjid - ini daripada peringatan hadith Nabi SAW). Bukankah suasana di luar masjid cantik indah untuk berjalan-jalan dan berbual-bual seperti adanya taman dan tempat duduk. Jadi berbual-bual di luar masjid sahaja lah.
5. Jangan bercakap apabila azan atau bang. Hendaklah berhenti bercakap dan diam serta merta. Hukumnya diazab dalam kubur nanti.
6. Siapa-siapa yang kencing hendaklah membasuh alat zakarnya dengan air (curahkan). Jangan ditutup seluar begitu sahaja. Juga hendaklah dicurahkan kawasan kencing dengan air dan bancuhkan (flush the toilet). Hukum tidak membasuh alat zakar dan mengotori tandas ialah azab kubur yang keras (seperti hadith Nabi SAW).
7. Jangan cabut lari sejurus lepas tamatkan sembahyang fardhu walaupun agak terdesak hendak masuk ke pejabat. Cuba wirid dan habiskan doa dan zikir dengan Imam. Sekurang-kurangnya kita doa pendek sebelum meninggalkan kawasan sembahyang kita.
Sekian buat kali ini. Yang terbaik daripada Allah Subhanahuwa Ta'ala. Yang buruk, salah dan silap daripada saya.
Wabillahi taufiq. Walhidayah. Wassaamu'alaikum warrahmatullahi wabarrakatuh.
1 comment:
assalamualaikum
saya minat dengan blog ini.banyak input yang boleh didapat melalui perkongsian yang di beri
cuma sekadar perkongsian mungkin lepas ni boleh detailkan lagi hadith2 yang di beri contoh hadith riwayat muslim ke riwayat tarmizi ke...bagitahu nama nabi yang diceritakan dalam kisah 5 perkara aneh..saya suka dengan kisah tu cuma tak tahu siapa nabi tu so saya tak dapat nak kongsi kisah menarik itu kepada adek2 saya.
walauapapun maaf sekiranya tersilap bicara sebagai perkongsian dan komen yang positif dari sahabat...
haza faqot minni wallahualam...
Post a Comment