Thursday, August 11, 2005

RIWAYAT IBNU TAIMIYAH

SEJARAH RINGKAS FAHAMAN IBNU TAIMIYAH

Ada seorang ulama bernama IBNU TAIMIYAH.Nama lengkapnya Ahmad Taqiyuddin, Abu Abbas bin Syihabuddin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abil Barakat Abdussalam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim al-Khadar bin Muhammad bin al-Khadhar bin Ali bin Abdillah.

Keluarga ini dinamai Keluarga Ibnu Taimiyah. Sepanjang sejarah bahawa asal perkataan Taimiyah adalah dari neneknya yang bernama Muhammad bin Ali Khadhar. Beliau ketika pergi naik haji ke Makkah melalui jalanTaima'.

Setelah ia kembali dari haji ia dapati isterinya melahirkan seorang anak wanita, yang kemudian diberi nama Taimiyah dan keturunannya dinamai keturunan Ibnu Taimiyah, sebagai peringatan bagi jalan yang dilalui oleh neneknya pada ketika mengerjakan haji tersebut.

Ahrnad Taqiyuddin yang kita perkatakan sekarang ini lahir di desa Heran sebuah desa kecil di Palestin pada tanggal 10 Rabiul Awal tahun 661 H. Daerah Heran ini terkenal sejak dulu sebagai daerah Kristian Shabin dan pula daerah orang pandai-pandai, ahli filsafat yang selalu mempermainkan akal.

Ahrnad Taqiyuddin tinggal di desa Heran sampai usia 7 tahun. Desa ini didiami bukan oleh suku Arab tetapi oleh suku Kurdil, maka kerana itu Ahrnad Taqiyuddin bukanlah dari bangsa Arab tetapi dari kaum Kurdi.

Ketika desanya akan diserang oleh kaum Tatari ia lari bersama-sama bapa dan keluarganya pergi ke Damsyik (Syiria). Dengan susah payah mereka sampai ke kota Darnsyik bersama kitab-kitab yang dipunyai oleh keluarganya. Kerana bapanya adalah seorang ulama Islam dari Mazhab Hambali.

Ahmad Taqiyuddin Ibnu Taimiyah ini tetap tinggal di Damsyik sejak dari berusia 7 tahun sampai meninggal dunia tahun 724H dan hanya satu atau dua kali ke Mesir.

Kalau dilihat tahunnya, iaitu tahun lahirnya 661 H sampai wafatnya tahun 724H. maka beliau ini hidup sezaman dengan Imam Nawawi, seorang ulama fikah terbesar dalam Mazhab Syafi'i, Imam Nawawi lahir disebuah desa namanya Nawa,dekat Darnsyik pada tahun 630H. hanya 31 tahun lebih tua dari Ibnu Taimiyah.

Ibnu Hajar al Haitami seorang ulama besar dalam Mazhab Syafi'i yang terkemudian dari Ibnu Taimiyah, kerana Ibnu Hajar lahir di Mesir pada tahun 883H.iaitu 22 tahun terkemudian dari Itinu Taimiyah.

Kerana itu tidak hairan, kalau Ibnu Hajar al Haitami banyak mengarang kitab-kitab untuk membetulkan kesalahan-kesalahan Ibnu Taimiyah, seperti kitab Assawa'iqul Muhriqah Firraddi alaz Zindiqah (Petir yang membakar untuk menolak kaum Zendiq).

Ibnu Hajar al Haitami-sebagai dikatakan di atas, adalah seorang ulama besar dalam Mazhab Syafi'i, pengarang kitab "Tuhfatul Muhtaj fi Syarhil Minhaj",sebuah kitab fikah besar, l0 jilid yang terkenal di Indonesia.

Ibnu Taimiyah dalam sejarahnya kemudian menjadi orang yang alim besar, banyak pengetahuannya dalam fikah Madzhab Hanbali dan juga dalam ilmu Usuluddin. Beliau biasa mengajar dan bertabligh di Masjid Bani Umayyah di Damsyik dan mempunyai ramai murid.

Akan tetapi sangat disayangkan,bahawa beliau terpengaruh dengan fahaman kaum Musyabbihah dan Mujassimah, yang merupakan Tuhan dengan makhhluk dan juga banyak mengeluarkan fatwa-fatwa dalam fikah yang jauh berbeza dengan fatwa-fatwa dalam Mazhab Hanbali sendiri dan juga dari Madzhab­ madzhab Hanafi, Maliki dan Syafi'i.

Dalam buku-buku karangannya seperti dalam "AI-Munazharah fil Aqidah Al-Wasithiyah" dan "Al-Aqidah al-Hamiwiyah al-Kubra" ia menerangkan bahawa dasar mazhabnya ialah menjelaskan ayat-ayat dan hadis-hadis nabi yang bertalian dengan sifat Tuhan yang menurut erti lafaznya yang lahir, yakni secara harfiyah sahaja.

Bagi Ibnu Taimiyah, Tuhan mempunyai muka, tangan, mata, rusuk„ duduk bersila, datang dan pergi dan cahaya langit dan bumi, kerana hal itu semuanya tersebut dalam al-Quran, katanya.

Tuhan berada di atas langit, boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas, Tuhan mempunyai anak jari, mempunyai tumit kaki, mempunyai tangan kanan,mempunyai nafas, turun naik dan Tuhan itu "masa", kerana semuanya itu tersebut dalam hadis yang sahih-sahih, kata Ibnu Taimiyah.

Jadi fahaman beliau sebenarnya harus dimasukkan dalam bab kaum Mujassimah atau Musyabbihah, kerana ada persamaannya dalam itikad. Tetapi dalam buku ini dibicarakan secara khusus dalam suatu fasal, kerana fahaman Ibvu Taimiyah ini baik dalam usuluddin mahupun dalam fikah sudah agak banyak pula menjalar ke Indonesia ini.

Dalam ucapan-ucapannya dan tulisan-tulisannya Ibnu Taimiyah ini banyak mengeluarkan perkataan-perkataan yang menentang Imam-imam Mujtahid yang berempat. Dikatakannya dengan sombong bahawa ia akan memperbaharui pengajian ulama-ulama yang dulu, akan mengembalikan mereka pada kitab Allah dan sunah Rasul, yang seolah-olah mengatakan bahawa ulama-ulama mazhab yang empat itu tidak berpegang kepada kitab Allah dan sunah Rasul.

Dikatakannya pula, bahawa ia akan memerangi khurafat dan bid'ah yang dikerjakan oleh ulama-ulama dan kaum muslimin yang dulu-dulu, yang seolah­ olah ia mengatakan bahawa ia sahajalah yang berpegang kepada Kitabullah dan sunah Rasul, sedang ulama-ulama yang terdahulu daripadanya dianggapnya penganut khurafat dan bid'ah.

Beliau memaklumkan perlawanan kepada orang-orang Islam yang menganut dan bertaklid dalam furuk syari'at kepada mazhab yang empat dan ia menganjurkan agar setiap orang berjihad sendiri, yang seolah-olah ia lupa bahawa neneknya, bapanya dan ia sendiri adalah pada mulanya penganut Mazhab Hanbali.

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang sesat mengatakan bahawa ia akan memerangi bid'ah dan khurafat, bahawa ia akan mengembalikan orang kepada Kitabillah dan sunnah Rasul, bahawa ia akan mengadakan pembersihan dan lain-lain pembohongan

.Itulah simbol mereka dari dulu sampai sekarang. Pada hal kalau dilihat kenyataannya, mereka sendirilah yang mengerjakan bid'ah-bid'ah, mereka sendirilah yang mengajak orang taklid, sekurang-kurangnya kepada gurunya atau kepadanya sendiri. la melarang orang bertaklid kepada imam yang berempat yang telah diterima dunia Islam, tetapi ia sendiri menarik orang supaya bertaklid kepadanya.

Begitu juga dengan keadaan Ibnu Taimiyah al-Heran ini. Misalnya, pada suatu kali ia berkhutbah di Masjid Damsyik , Ia menerangkan sebuah hadis bahawaTuhan turun ke langit dunia tiap-tiap malam,

Jangan ragu-ragu katanya, Tuhan turun serupa saja turun dari mimbar ini lalu ia turun ke bawah.

Pada tahun 705H, yakni ketika ibnu Taimiyah berusia 44 tahun, ia dipanggil oleh Sultan yang berkuasa di Mesir ketika itu untuk datang ke Mesir. Syria (Damsyik) ketika itu di bawah pemerintahan Mesir.

Setibanya di Mesir ia dimajukan ke muka mahkamah dengan tuduhan bahawa ia memfatwakan di hadapan orang ramai pengajian yang sesat, iaitu Allah benar-benar duduk bersila di atas `Arasy, bahawasanya Tuhan berbicara dengan huruf dan suara, serupa pembicaraan dalam sifat manusia.

Sebagai jaksa penuntut bertindak Syeikh Zainuddin bin Makhluf, seorang ahli hukum dalam mazhab Hanbali.Tetapi Ibnu Taimiyah ketika itu tidak mahu diadili, kerana yang bertindak sebagai hakim adalah musuh-musuhnya, katanya.

Akhirnya ia ditahan saja dan dimasukkan ke dalam penjara selama 18 bulan bersama dua orang saudaranya yang datang ke Mesir ketika itu iaitu Syarafuddin dan Zainuddin.

Sesudah ia keluar dari tahanan dengan bantuan keluarganya ia melanjutkan fatwa-fatwanya di Mesir, iaitu memfatwakan bahawaTuhan duduk di atas'Arasy, bahawa Tuhan bertempat, bahawa Tuhan turun ke langit dunia dan lain-lain fatwa yang tidak sesuai dengan fahaman yang umum dalam Islam, iaitu fahaman Ahlussunnah wal Jama'ah.

Tidak lama sesudah itu Ibnu Taimiyah menghentam pengajian-pengajian tasauf dan mencaci maki guru-guru sufi, yang waktu itu di Mesir sedang banyak. Kemudian ia dimajukan lagi ke mahkamah dengan tuduhan menghina pelajaran tasauf dan ia ditahan dalam sebuah tempat tahanan kelas satu yang diberi pelayan untuk melayaninya. Tidak lama kemudian ia dikeluarkan lagi dari penjara.

Jadi Ibnu Taimiyah bukan saja memfatwakan bahawa Tuhan duduk bersila di atas 'arasy tetapi juga menghentam pengajian-pengajian tasauf, tidak menyukai tarikat-tarikat, yang di Mesir ketika itu dan sampai kini sedang berkembang.

Pada tahun 709 H ia dibuang lagi ke Iskandariah oleh Sultan Muzaffar Klaun dan tinggal di situ selama 7 bulan. Sebabnya tidak lain ialah kerana mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil dalam agama dengan semboyan "kembali kepada Allah dan Rasul". la menganggap bahawa ulama-ulama Islam yang berkumpul dalam 4 mazhab, begitu juga ulama-ulama Usuluddin Ahlussunnah wal Jama'ah semuanya dianggapnya tukang bid'ah.Yang tidak kurang bid'ah hanyalah ia seorang.

Pada tahun 712H ia kembali ke Damsyik. Di Damsyik pada ketika itu ia mengeluarkan bukan saja fatwa-fatwa dalam Usuluddin tetapi juga dalam hukum-hukum fikah yang berlainan dan bahkan yang bertentangan dengan mazhab yang empat, sehingga bolehdikatakan ia sudah keluar dari lingkungan mazhab yang 4 itu, khususnya telah keluar dari Mazhab Hanbali yang ia anutinya sebelumnya.

Pada tahun 718H keluar lagi perintah dari Sultan yang berkuasa di Damsyik ketika itu untuk melarang Ibnu Taimiyah berfatwa, kerana ia mengulangi lagi fatwa-fatwanya yang ganjil-ganjil yang berlainan dari fatwa ulama-ulama Islam yang banyak pada waktu itu.

Tatapi perintah ini dilanggarnya. Dalam pengadilan agama yang terdiri dari ulama-ulama ahli hukum yang bersidang tanggal 22 Rejab tahun 720H ia dimasukkan lagi ke dalam tahanan sampai tahun 721 H.

Tahun 721 H ia dikeluarkan lagi dari tahanan. Akhirnya riwayat Ibnu Taimiyah sangat menyedihkan. Beliau meninggal dalam penjara benteng Damsyik pada tanggal 27 Syawal tahun 728 Hijrah, sesudah mengalami penahanan beberapa tahun.

Ibnu Batuta, seorang pengembara dari Tangger, AI-Jazair pada akhir abad ke VII dan permulaan abad ke VIII H. menerangkan dalam bukunya yang bernama "Rahlah Ibnu Batuta"., pada jilid I, halaman 57 begini.

Adalah di kota Damsyik, Syria seorang ahli fikah yang besar dalam mazhab Hanbali namanya Ahmad Taqiyuddin Ibnu Taimiyah. la banyak membicarakan soal-soal ilmu pengetahuan, tetapi sayang sekali otaknya sedikit goncang".

Penduduk kota Damsyik sangat menghormati orang itu. Pada suatu ia mengajar di atas mimbar masjid Damsyik. Ia mengeluarkan beberapa ucapan atau fatwa yang berlainan dari fatwa ahli-ahli fikah yang lain, sehinggga akhirnya diadukan orang kepada Raja Naser di Kaherah.

Ia dibawa ke Kaherah dan kepadanya dihadapkan beberapa tuduhan dihadapan pengadilan yang memeriksa perkaranya. Ibnu Taimiyah tidak memberi jawapan apa yang ditanyakan oleh para hakim tetapi sekalian pertanyaan dijawabnya dengan La Illaha Illallah. Akhirnya ia dimasukkan ke dalam penjara dan ditahan beberapa tahun.

Di dalam penjara ia mengarang sebuah kitab tafsir yang diberinya nama "Al-Bahrul Muhith". Kemudian ibunya memajukan permohonan kepada Raja Naser untuk membebaskan anaknya. Raja Nasar memperkenankan permohonan ibu ini.

Tetapi kata Ibnu Batuta kemudian terjadi lagi hal yang serupa:

"Saya ketika itu sedang berada di Damsyik. Saya hadir di masjid mendengar dia memberi pelajaran di hadapan umum di mimbar masjid Jami'. Banyak pelajaran diucapkan. Di antara perkataannya: 'Allah turun ke langit dunia serupa turunnya dengan turun saya ini", lalu ia turun satu tingkat dijinjang mimbar. Pada ketika itu seorang ulama ahli fiqh mazhab Maliki bernama Ibnus Zahra' membantah dia dan melawan ucapan-ucapan Ibnu Taimiyah (lihat Rahlah Ibnu Batuta, juzuk I halaman 57, buku cetakan Azhariyah, Kaherah 1928H).

Ibnu Batuta melanjutkan laporannya: Murid-murid Ibnu Taimiyah marah kepada Ibnu Zahra', lalu mereka berpukulan.

Raja ini seorang yang baik, beliau memerintahkan pada Raja Mesir namanya Naser supaya Ibnu Taimiyah dibawa pengadilan tinggi, kerana fatwanya dalam agama banyak yang salah-salah.

Di antaranya fatwa yang salah itu, kata Ibnu Batuta ialah bahawa talak tiga yang dijatuhkan sekaligus dianggap jatuh satu, berpergian ziarah ke makam Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah dianggap maksiat dan lain-lain.

Sesudah diadakan persidangan maka diambillah keputusan bahawa Ibnu Taimiyah ditetapkan telah melakukan kesalahan-kesalahan kerana banyak fatwanya dalam fikah dan dalam usuluddin yang menyeleweng, tidak sesuai dengan ajaran-ajaran yang diajarkan oleh nabi dan sahabat-sahabat nabi dan tidak sesuai pula dengan ajaran-ajaran agama yang biasa diajarkan oleh ulama­ ulama Islam.

Kerana itu ia dihukum penjara di Benteng Damsyik. la ditahan dan mati dalam penjara Benteng Damsyik pada tanggal 27 Syawal tahun 728H.

Demikian keterangan Ibnu Batuta dalam buku "Rahlahnya". Teranglah bahawa IbnuTaimiyah ini boleh dikatakan seorang ulama besar, tetapi otaknya sedikit kacau, sekali ia katakan dan ia fatwakan dengan lancang, bahawa Tuhan duduk serupa saya duduk ini, dan tuhan turun serupa turun saya ini, dan di waktu yang lain ia fatwakan bahawa walaupun Tuhan bertangan dan bermuka, tetapi mukanya tidak serupa dengan muka kita, Tuhan Allah tak serupa dengan makhluk, katanya.

Tersebut dalam kitab "Daf'us Syubah man Tasyabbah wa Tamarrad" (penolak subhat yang membikin subhat dan penyelewengan), karangan Mufti dan Syaikhul Islam Taqiyuddin al Husaini ad Dimsyagi (meninggal di Damsyik tahun 829H), pada halaman 41 begini:

"Mengkhabarkan Abu Hasan 'Ali ad Dimsyagi, ia terima dari bapanya bahawa bapanya menghadiri majlis ibnuTaimiyah di Masjid Damsyik".

Ibnu Taimiyah memberi pelajaran di hadapan umum. Ketika ia sampai kepada pengajian ayat 'Tuhan istawa di atas Arasy" maka ia (Ibnu Taimiyah) mengatakan bahawa Tuhan duduk bersila serupa sila saya ini.

Pada ketika itu pendengar jadi ribut dan marah sehingga ia dilempari dengan sepatu dan sandal, diturunkan dari kerusi duduknya, ditampar dan dipukul beramai-ramai. Perkara ini sampai kepada polisi dan hakim yang kemudian mengadakan persidangan untuk mengadili Ibnu Taimiyah itu. Mendengar jawapan-jawapan Ibnu Taimiyah dalam pengadilan, hakim-hakim menjadi geli melihal kedangkalan ilmu Ibnu Taimiyah itu".

Demikian tersebut dalam buku "Daf'us Syubah man tasyabbah wa tamarrad", karangan Taqiyuddin alHusaini orang Damsyik yang meninggal 9 tahun terkemudian dari lbnu Taimiyah.

Khabar ini didengarnya dari bapanya yang menghadiri majlis Ibnu Taimiyah.

Teranglah dalam kedua keterangan itu, yakni keterangan-keterangan Ibnu Batuta dan Taqiyuddin alHusaini, bahawa Ibnu Taimiyah termasuk golongan orang yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk, golongan Musyabbihah kerana ia mengatakan bahawaTuhan turun dari langit tiap-tiap malam seperti turunnya dari mimbar dan Tuhan duduk bersila di atas'Arasy seperti ia duduk di atas kerusi, walaupun ia banyak kali pula mengatakan bahawa Tuhan tidak serupa dengan makhluk.

Tetapi, ya, sejarah telah berjalan, walaupun fatwanya itu tersesat namun pengikutnya ada saja, sesuai dengan peribahasa Arab: "Likalli saqith laqith (tiap-tiap yang jatuh ada pemungutnya).

Di antara penganut dan penerus fahaman Ibnu Taimiyah adalah murid Ibnu Hadi dan Ibnul Qayim al-Jauzi, pengarang kitab "Zadul Ma'ad" serta Muhamad bin Abdul Wahab, pembangun fahaman Wahabi.

Tulisan : Kiyai Haji Sirajudin Abbas

Dipetik dari http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu

Monday, August 08, 2005

Kisah Malaikat Jibril

Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar
malaikat
> Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi
kegunaan
> Adam
> untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa
banyakkah
> yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik,
"Tahukah
> kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan
> hancur
> lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. "Kalau begitu
separuh
> buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya
> langit
> tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala
tanaman
> akan musnah."
>
> Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui
> jumlah
> yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi."
Pergilah
> Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan
70
> buah
> sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan
di
> atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan
> tinggallah
> hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.
>
> Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di
dunia.
> Nauzubillahiminzalik.

Friday, July 29, 2005

Malaikat jamin lindungi orang berselawat

Malaikat jamin lindungi orang berselawat


APAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allahmengampuni orang itu.”

Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”

Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan:

“Apabila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca selawat kepada Rasulullah. “Saya mendekatinya, lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil, justeru, hanya membaca selawat? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda?”

“Siapakah anda ini,?” tanya orang itu. “Saya Sufyan As Sauri,” jawab saya. "Baiklah akan aku ceritakan," kata lelaki tadi.

"Katanya: "Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian.

"Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain.

"Aku sedih sekali dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah.

"Aku terus bertafakur dan tertidur. "Dalam tidur, aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah, lagi tampan.

"Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya dan aku belum mengenalinya.

"Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya, hingga dia berada di sisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya." "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis.

"Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati."

"Tetapi wajahnya hitam legam. Tolonglah aku," aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan.

"Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya daripada asalnya.

"Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

"Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia pun hendak kembali semula dari arah yang dia datang tadi.

"Melihat dia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?

"Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

"Aku ini Muhammad," jawabnya.

"Muhammad siapa?" aku meminta penerangan lagi.

"Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran," jelasnya.

"Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia.

"Inilah dia Rasulullah," aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apa pun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami hal buruk ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

"Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu.

"Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku dalam mimpi tadi. Wajah ayahku kembali putih bersih dan bercahaya lebih daripada mulanya," kata lelaki itu.

FAKTA: Fadilat berselawat ke atas Nabi.
# Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.
# Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.
# Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.
# Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.
# Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.
# Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.
# Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.

Hanya Allah yang wajib disembah

Hanya Allah yang wajib disembah


APA yang kamu sembah selain daripada Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya-kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya.
Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Dia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia.
Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ( Yusof : 40)

Huraian

Pertanyaan Nabi Yusof a.s. kepada sahabatnya telah memberi gambaran bahawa menyembah tuhan yang lain daripada Allah s.w.t. tidak pernah dibuktikannya. Sembahan selain daripada Allah s.w.t. adalah anutan nenek moyangnya yang terdahulu.
Baginda menerangkan bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah s.w.t. dan tidak ada kuasa lain yang boleh disembah melainkan Allah yang Maha Esa.
Baginda menyeru bahawa perbuatan menggunakan kekuasaan dan kuasa memerintah untuk menyembah selain daripada Allah s.w.t. merupakan perbuatan paksaan atau memperhambakan manusia.
Ia amat jelas bertentangan sama sekali dengan seruan Nabi s.a.w. dan perintah Allah s.w.t. supaya menyembah Allah semata-mata.
Dalam semua dakwahnya juga baginda menjelaskan makna `ibadat' itu ialah tunduk dan patuh kepada setiap perintah Allah s.w.t. dan mengakui keesaan-Nya.
Manakala makna agama yang lurus dan tepat ialah menyembah Allah s.w.t. yang Maha Esa sahaja dan menjunjung segala titah perintah-Nya semata-mata.

Kesimpulan:

Perbuatan mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah yang Maha Berkuasa, adalah suatu kepercayaan yang karut dan boleh membawa kepada syirik, iaitu menyekutukan Allah s.w.t.

Oleh itu Islam menegaskan bahawa perbuatan mensyirikkan Allah s.w.t. merupakan dosa besar dan semua umat Islam diseru untuk menjauhi perbuatan tersebut.

Tsunami dan Kerosakan

Tsunami dan Kerosakan
Maulana Sheikh Hisham Kabbani al Haqqani
Michigan, USA
---------------------------------------------
Patuhilah Allah patuhilah Nabi (s.a.w.) dan mereka
yang memiliki authority di antara kalian. Allah
bersabda,
Dhahar al-fasaada fil-barri wal-bahr bi ma
kasabat aydeen-naas li yudheeqahum ba`da alladhee
`amiloo la`allahum yarji`una"

Korupsi telah tersebar di daratan dan lautan, kerana akibat (perbuatan)
tangan manusia, sehingga Allah memberi kesempatan
mereka merasakan beberapa dari perbuatan mereka, agar
supaya mereka dapat kembali (taubat) (dari kejahatan).
[30:41]

Fasad berarti kerosakan atau Fasad dapat juga bererti
orang-orang yang meninggalkan solat , puasa , zakat
mereka, dan meninggalkan mengingat Allah, tidak
mengingat Nabi (s.a.w.), tidak mengerjakan yang
dikehendaki Allah, mengejar zina, korupsi, mengejar
mabuk-mabukan, mengejar segala hal yang Allah
firmankan agar kita hindari.

Hal itu adalah dari satu segi
dan segi lainnya adalah korupsi di dalam sistem,
korupsi antara pemerintah, korupsi di bidang perusahaan,
korupsi dalam erti mengelabui mata orang lain. Ini semua
berada dalam lingkungan fasad. Juga masuk dalam lingkungan
ini adalah menikam dari belakang, mengumpat tentang
orang lain, mencuba mengedarkan keterangan palsu
tentang orang, mencuba mengada-ada cabang pemikiran
yang tidak Islamik tetapi radikal dalam ideologi
mereka.

"li yudheeqahum ba`da alladhee `amiloo la`allahum
yarji`oona",

Sehingga ((Allah)) memberi kesempatan
mereka merasakan beberapa dari perbuatan mereka, agar
supaya mereka dapat kembali (taubat) (dari kejahatan).
[30:41]. Korupsi telah muncul di darat dan di laut. Di
darat penuh dengan korupsi berbagai macam. Di laut,
penuh dengan korupsi dan penuh dengan fasad. Ini
terjadi kerana apa yang dilakukan oleh mereka terhadap
diri sendiri. "Inilah yang telah kamu perbuat wahai
manusia!" Allah menyebutkan itu untuk setiap generasi
dari awal hingga akhir. Dan Allah bersabda Dia akan
membuat mereka merasakan apa-apa yang telah mereka
perbuat, untuk merasakan masa yang penuh kesukaran.

Dan Allah memiliki banyak jalan dan cara untuk membuat
manusia merasakan kesukaran akibat apa yang telah
mereka lakukan dengan korupsi mereka itu. Namun di
dalam hal itu mungkin akan membuat mereka yang tidak
berdosa akan terseret juga. Ketika hukuman datang, ia
datang secara keseluruhan. Azab itu menerpa yang
melakukannya dan juga mencapai mereka yang tidak
melakukannya.

Mereka yang tidak bersalah akan meninggal sebagai
syahid. Mereka yang tidak bersih, Allah memberikan
mereka kesukaran. Dan Nabi (s.a.w.) berkata, "Ya Aishah
kita adalah ummat yang dikaruniai Allah rahmat
(ummatun marhuma)." Jadi Allah memberi kita kesukaran
di dunia untuk membersihkan diri kita untuk kehidupan
berikutnya. Hal ini karena dunia tidaklah seimbang
bahkan jika dibandingkan dengan sebelah sayap nyamuk
sekalipun. Barangkali sayap nyamuk itupun lebih
memiliki nilai dari pada seluruh dunia ini.

Dan Allah memiliki banyak cara untuk melakukan itu.
Dia tidak menunggu orang lain. Allah mungkin membuat
beberapa orang berkelahi dengan orang lain. Katakan,
"Dia memiliki kekuatan untuk mengirim bencana kepada
mu, dari atas dan dari bawah, atau untuk
melingkupi kamu dalam kebingungan konflik golongan,
membuat kamu merasakan saling dendam, masing-masing
dengan yang lain. Lihatlah betapa Kami menjelaskan
tanda-tanda dengan berbagai simbol; agar supaya mereka
mengerti." [6:65 ]

Dan Allah memiliki banyak jalan dan cara, bukan hanya
banyak, namun tak terhingga. Dan tak seorangpun dapat
berbuat apa-apa untuk menolaknya. Mereka mengatakan
alam murka." Allah tidak suka, Allah lah yang murka
dengan apa yang terjadi. Satu waktu sayidina Musa as
berkata, "Ya Rabbi, bila Engkau mengirimkan hukuman Mu
kepada beberapa orang, mengapa banyak orang tak
berdosa juga akan termasuk."

Sebagai jawaban terhadap pertanyaan ini, Allah swt
bersabda, "Ya Musa, pergilah ke hutan itu dan lihat
sebuah batu karang dan duduklah pada batu karang itu
dan tunggulah jawaban Ku." Dia (Musa a.s.) adalah
"Kalamullah", ia yang dapat bercakap dengan Allah
tanpa perantara. Hingga pergilah Musa as ke batu
karang itu dan menunggu jawaban itu. Kemudian Musa
menemukan batu yg dimaksudkan, ia tak menyedari tempat
dimana ia duduk terdapat sarang semut. Allah
memerintahkan semut untuk merambati kakinya. Dan Musa
a.s. tidak merasakan ketika semut semut itu merambat
naik ke pahanya. Kemudian Allah memerintahkan salah
satu dari ribuan semut itu untuk mengigitnya.

Maka ketika seekor semut mengigit Sayyidina Musa a.s.
dan kerana dia kesakitan dia menekan kakinya dan
memusnahkan semut itu. Allah bersabda, "Ya Musa,
ketika azab hukuman datang, siapapun yang berada di
daerah itu akan terkena." Seperti juga ketika
Sayyidina Musa a.s. sakit digigit hanya seekor semut,
Nabi Musa as menekan kakinya dan menyebabkan semua
semut mati.

Itulah sebabnya mengapa Sayyidina Lut a.s.
diperintahkan membawa anak-anaknya dan pergi keluar
(daerah itu). Sayyidina Nuh as diperintahkan untuk
membawa mereka yang beriman dengannya kerana ketika
azab datang itu semua akan terkena. Kerana ketika saat
azab datang, dia tidak mengecualikan siapapun .

Ketika Sayyidina Muhammad s.a.w. datang, dia memohon
kepada Allah, "Janganlah membuat ummatku seperti umat
sebelumnya yang ketika Engkau mengambil, semua diambil
sekaligus" Allah menerima du`a itu dan bersabda, Aku
tidak akan mengambil mereka sekaligus, namun mereka
akan saling berkelahi antara sesamanya."


Kini Allah
sedang memberi kita sebuah pelajaran dan Dia memiliki
banyak tanda-tanda. Dan segala mahluk didunia patuh
kepada Allah. Segala sesuatu sedang menunggu perintah
Allah. Ketika perintah Allah datang, tak seorangpun
dapat menghentikan peristiwa itu. Dan perintah Allah
ini datang dalam bentuk sebuah inspirasi atau sebuah
bentuk pengertian yang mungkin tidak disedari oleh
manusia namun itu adalah sebuah cara untuk
memerintahkan, yang dengannya perintah langit turun.

Ketika "Iradah Allah" datang, hal itu bergerak dari
Samudera Keinginanan Nya menuju Samudera Ilmu Nya.
Ketika Realiti Sejati Nya, ketika Dzatullah, Yang
Tidak Diketahui, Mutlak Tidak Diketahui, yang bahkan
Sayyidina Muhammad s.a.w. hanya diberitahu, "qul hu
Allah hu ahad. Hu artinya Mutlak Tidak Diketahui.
Ketika kalian mengatakan Allah, itu meliputi 99 Nama
dan Busana AttributNya. Kalian tidak dapat mengetahui
lebih dari Nama dan Atribut itu: Maha Pemberi; Maha
Menutupi; Maha Pengampun.

Ketika Dia menghendaki sesuatu, maka Atribut
al-`Aalim, mengambilnya dan merencanakan nya dan
kemudian Busana al-Qaadir Nya melaksanakannya . Dan
ketika qudrah, melalui nama al-Qaadir, ketika kekuatan
muncul melalui qudrah Nya, itulah energi (kekuatan).
Setiap saat sebuah ciptaan datang menjadi nyata. Bukan
hanya dunia kita ini. Bumi ini bukanlah apa-apa
kecuali sehujung jarum dalam alam semesta ini, itu
bukan apa-apa. Dan jika seseorang mahu saja sedikit
berfikir, mereka mengatakan bahwa bumi bergerak
sejenak dalam putarannya mengelilingi paksinya, kerana
gempa bumi itu, kerana itu adalah sebuah gempa yang
besar. Namun mereka tidak bertanyakan siapa yang
membuat bumi itu berputar mengelilingi paksinya..


Jika terdapat saintis dan para genius hari ini,
dapatkah mereka membalik putaran bumi menjadi searah
putaran jam? Atau dapatkah mereka menghentikan putaran
itu? Siapa yang membuat bumi berputar? Itu adalah
sesuatu yang diluar batas fikiran. Jika orang mahu
berpikir sedikit saja, orang akan berada dalam sujud
siang dan malam, karena tidak terdapat sesaatpun untuk
dibiarkan sia-sia. Jika kamu menyia-nyiakan waktumu
bukan dalam sujudmu, maka kamu menyia-nyiakan waktumu.


Orang kebanyakan tidak berada dalam keadaan itu.
Auliya para Wali Allah berada dalam keadaan itu .
Apakah Izrail datang dengan hukuman atau ampunan.
Itulah sebabnya kalian melihat mereka selalu dalam
keadaan beribadah, kalau tidak dalam shalat atau
menolong orang lain atau mengunjungi orang sakit maka
mereka memberi nasihat atau konsultasi bagi Allah.

Mereka Auliya tidak melakukan lainnya. Auliya sibuk
dengan segala macam kesibukan yang menyebabkan mereka
tidak sempat menyimpang dari kehendak Allah bagi kita.
Wa maa khalaqta al-jinn wal-ins ill-liy`abudoon Aku
hanya menciptakan Jinns dan manusia, agar supaya
mereka mengabdi kepada Ku. [51:56]. Kami tidak
memerlukan benda apapun dari mereka, dan Aku tidak
meminta mereka memberi Ku makan. [51:57]

Barang siapa melakukan ibadah, Allah akan memenuhi
kebutuhan mereka. Itu bukanlah untuk orang biasa
(normal). Namun mereka yang bekerja untuk dunia dan
bekerja keras untuk dunia dan memberi nafkah di jalan
Allah, itu dianggap ibadah bagi mereka. Mereka yang
bekerja untuk dunia dan menolong si miskin akan
seperti jika mereka selalu di jalan Allah, mereka
seperti Auliya, yang selalu dalam keadaan sujud.

Tetapi mereka yang mengejar dunia semata-mata Allah
akan mempunyai keputusan yang lain bagi mereka.
Siapapun yang terkena bencana, khususnya orang-orang
tenggelam, Nabi (s.a.w.) berkata, "Barang siapa
meninggal tenggelam atau meninggal terpanggang api
adalah syuhada (mati shahid)." Kerana Allah
mengirimkan peringatan Nya kepada abdi Nya.

Taqwa

Bismillahir rahmanir rahim

Taqwa adalah punca keselamatan dan kebahagiaan
dunia dan Akhirat.

Tanpa taqwa, kita tidak akan selamat
dan tidak akan bahagia.

Kita tidak akan terpelihara dan
tidak akan dapat berlindung dengan Allah.

Kita akan terdedah kepada pelbagai serangan nafsu
dan syaitan.

Natijahnya, kita tidak akan sampai kepada
Tuhan dan hasilnya sangat rosak dan merosakkan.
Kalau taqwa tidak ada dan nafsu bermaharajalela,
kesannya amat buruk sekali.

CONTOH KESAN TIDAK BERTAQWA KE ATAS MANUSIA

Mari kita lihat beberapa contoh yang melibatkan
beberapa golongan manusia:

1.Ulama

Bila taqwa tidak ada, para ulama akan dihinggapi
oleh sifat-sifat atau penyakit-penyakit berikut:

a. Sombong atau ego
b. Ujub dan riyak
c. Hasad dengki
d. Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
e. Ingin berlawan terutama sesama ulama
f. Mempergunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan
dunia, pangkat dan wang ringgit.
g. Pemarah
h. Ingin dihormati (gila puji)
i. Kalau mampu, suka hidup bermewah-mewah

Kalau hati tidak bertaqwa, maka mustahil akan
kita temui mufti-mufti, tuan-tuan kadhi,
ustaz-ustaz dan tuan-tuan imam yang...

1.merendah diri,
2.merasa diri kurang,
3.mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri,
4.bersedia untuk ditegur walaupun oleh kanak-kanak,
5.tidak suka menunjuk-nunjuk pandai dan kehebatan,
6.menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat,
7.mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain,
8.tidak suka dihormati dan dipuji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah dan
9.zuhud serta warak.

Bila tidak ada ulama yang bersifat begini,
maka umat seolah-olah ketiadaan lampu penyuluh.
Tinggallah mereka dalam gelap gelita.
Tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis,
tidak kenal Allah dan alam Akhirat, tidak pandai
membezakan akhlak baik dan akhlak buruk,
tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh,
juga tidak faham apa yang baik dan apa yang tidak baik.

Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang-kadang ke barat,
kadang kadang ke timur, terlanggar ke sana, terlanggar
ke sini, terjunam ke lembah-lembah, tersungkur di jalanan
dan macam-macam kacau-bilau lagi. Jarang dan mungkin
tidak ada langsung umat yang selamat.

Maka jadilah apa yang sedang terjadi hari ini.
Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut cara
hidup Islam sepenuhnya. Kadang-kadang jadi
macam Yahudi, macam Kristian, macam Hindu,
macam Budha, macam Hippies, macam Punk, macam
Skinhead, ikut rock, ikut metal dan macam-macam lagi.
Budaya dan tamadun Islam tidak ada dan tidak dapat
dibangunkan dan diperjuangkan. Yang ada ialah
budaya kuning, budaya campur aduk dan budaya
kacau bilau.

Ampun maaf

Wednesday, July 27, 2005

Pengertian hadis

Bismillahirahmanirahim.

Telah termaktub dalam sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang bermaksud,

“Ku tinggalkan pada mu Dua perkara, yang barang siapa mengikutinya TIDAK akan SESAT buat selama-lamanya. Iaitu Kitab Allah Dan Sunnah Rasul .”

Jelas dalam Islam telah ada isyarat untuk mengelakkan kesesatan dalam agama. Dengan adanya pedoman ini umat Islam boleh mengenal golongan mana yang sesat dan golongan mana yang bukan sesat.Bukan macam setengah golongan dalam umat Islam pada masa kini yang menuduh Si Anu sesat, Tarekat Si Polan sesat dan bermacam-macam tuduhan lagi. Apatah lagi menyenaraikan sekian-kian golongan tersebut adalah sesat!!!

Seperkara lagi telah termaktub dalam Al-Quran dalam Surah Al-Zariyat, “Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Daku.”.

Jadi kehidupan manusia itu bertunjang kepada 2 perkara. Pertama ialah Habluminallah atau Pengabadian Pada Illahi dan yang kedua ialah Habluminanas atau hubungan sesama manusia.

Jadi kehidupan manusia sebenarnya ialah untuk mecari keredhaan Illahi dan berkasih sayang sesama manusia. Dan bukan untuk kepentingan diri dan apatah lagi untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan nafsu-nafsi , seperti kehidupan haiwan.Yang siang malam memburu makanan, memuaskan nafsu kelamin, tempat tinggal yang penuh dengan kemewahan yang serba serbinya bersandar pada hawa nafsu semata2.

Jadi yang dikatakan pengamal ajaran sesat ialah mereka yang tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah seperti dalam Rukun Islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, bersolat 5 kali sehari semalam,puasa dalam bulan Ramadhan,menunaikan Haji pada yang mampu dan membayar zakat dan meninggalkan segala laranganNya seperti membunuh atau mencederakan makhluk bernyawa yang tidak berdosa atau yang tidak dibenarkan oleh syariat,berzina, minum arak, pergaulan bebas, berpakaian tidak menutup aurat . Yakni dalam kata lain tidak mengamal makruf wal nahi mungkar !

Itu belum lagi dosa2 yang tidak dapat dikesan dengan mata akal seperti iri hati, hasad dengki ,cemburu, kianat , mengamalkan politik wang atau rasuah , mementingkan kroni masing2 dan seribu satu penyakit dalaman iaitu penyakit hati.Juga seperti pada mereka yang hidup dalam dunia yang penuh dengan kebebasan seolah2 Allah itu tidak wujud pada mata mereka.Siang malam berhempas pulas dalam dunia hiburan yang melalaikan. Bab solat, puasa,haji atau berzakat hanya dilakukan apabila disuruh dan bukannya dengan hati yang insaf akan rasa adanya berTuhan.

Juga belum lagi pada mereka yang tidak mahu mengikuti sunnah nabi seperti corak penampilan berpakaian berjubah dan berserban, makan minum serta tidur seperti Rasululah. Solat dan berkehidupan dengan berjemaah.Atau dalam bahasa lain kesemua hidup insan didunia ini mengikuti Sunnah Rasul. Termasuk juga corak pemilihan pemimpin seperti bermuzakarah atau wasiat seperti yang berlaku pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin.

Jelas lah kini apa yang dikatakan pengamal ajaran sesat. Iatu mereka yang melanggar larangan Illahi serta mengikuti hawa nafsu-nafsi dan jejak langkah tipuan syaitan.. Untuk mengenalkan ajaran Islam yang mulia dan untuk mengelakkan kita dari menjadi pengamal ajaran sesat, perlu bermula dari zaman awal Islam bagi mereka yang baru memeluk Islam atau awal zaman kanak2 bagi yang beragama Islam kearah Mengenal Illahi.

Jadi pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah Nabi atau Ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)perlu di pergiatkan jika kita ingat melihat generasi akan datang termasuk masyarakat dewasa pada masa kini tidak digolongkan dalam katagori Pengamal Ajaran Sesat. Buku2 karangan Imam Muktabar seperti Kitab Ehya Ulumudin karangan Imam Ghazali, Kitab Al-Umm Karangan Imam Syafei perlu diketengahkan pada awal pendidikan kanak2. Ini bersesuai dengan tajuk Sajak Perdana Menteri Datuk Abdullah Ahmad Badwi yang Mencari Damai Di Hati yang mencari Imam Ghazali dan Imam Syafei .

CINTAKAN AKHIRAT FORMULA KECEMERLANGAN

CINTAKAN AKHIRAT FORMULA KECEMERLANGAN


Persidangan UMNO baru selesai. Berbagai isu dan resolusi dibentangkan. Saban tahun tidak lari daripada memperkatakan bagaimana memperkasakan bangsa Melayu. Apa lagi suntikan yang perlu untuk mencemerlangkan bangsa ini. Dasar apa pula yang nak di apply kali ini. Selama ini Melayu berterusan di beri ‘tongkat’, tapi sampai bila? Bila pula Melayu belajar bagaimana mendapatkan ‘kunci’nya. Formula apa lagi yang perlu diguna pakai untuk membangunkan bangsa ini bagi memastikan Melayu cemerlang, gemilang dan terbilang? Kita kan Melayu yang mengaku beragama Islam, persidangan UMNO kita mulakan dengan salawat dan marhaban memuja muji Rasul. Beerti kita meletakkan Rasul di hadapan dalam memulakan kepimpinan kita. Tapi apakah peranan Rasul bagi kita hanya untuk di dendang-dendangkan namanya dalam upacara rasmi sahaja. Hanya sebagai satu formality. Kemudian kita letakkan Al Quran di hadapan meja. Kenapa? Apa simboliknya? Apakah peranan Quran dan Rasul begitu terhad, dalam nak selesaikan masalah ummah seolah-olah Tuhan dan Rasul tidak ada formulanya, terpaksa rujuk formula barat atau merujuk aqal semata-mata bukannya menjadikan Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama. Apakah Quran dan Sunnah hanya sebagai salah satu agenda politik atau apa sebenarnya. Kalau Al Quran dan Sunnah kita letakkan di hadapan, peranan dan kemampuan Quran dan Sunnah sebenarnya bukan terhad sekadar satu formality tetapi ia sebenarnya pusaka Rasul yang mempunyai himpunan khazanah formula yang mampu memandu dan membawa kecermelangan ummah seperti yang diimpikan bukan yang di ‘mimpikan’ kita. Dengan syarat kita faham bagaimana menggali khazanah Al Quran dan Sunnah untuk memandu hidup kita. Oleh itu mari kita renung sejenak, apa kata Tuhan dan Rasul dalam hal ini.

Rasulullah saw pernah bercerita bahawa di akhir zaman nanti, orang Islam itu lemah, mundur, tidak membangun, tidak maju, pecah belah, hina dan sebagainya. Kalau nak dihurai lebih kurang begitulah maksudnya. Ada sahabat yang bertanya, ‘apakah kejadian itu disebabkan mereka itu sikit’? Rasulullah menjawab ‘tidak’, ‘masa itu mereka ramai, tapi ramainya macam buih di laut. Sebab di waktu itu umat Islam di timpa dua penyakit iaitu cinta dunia dan takutkan mati’.

Rupanya Rasulullah memberi panduan bahawa umat Islam menjadi lemah bagaikan buih di lautan bukan kerana tidak cukup subsidi, tidak dapat tender, tak dapat projek atau tidak dapat AP tetapi kerana 2 penyakit yang sudah menjadi wabak dan berakar umbi iaitu cinta dunia dan takut mati. Kalau begitu beerti untuk keluar daripada kehinaan , kelemahan, kemunduran umat Islam kena tukar strategy iaitu cinta akhirat dan sukakan kematian. Kita kena ingat bahawa syarat ini ialah untuk umat Islam, kerana Tuhan hendakkan umat Islam membangun dan selamat di dunia dan akhirat dengan menggunakan formula Tuhan. Sedangkan orang cina tidak perlukan Tuhan dan Rasul untuk membangun kerana mereka tidak dijanjikan keselamatan di akhirat. Walau setinggi manapun kemajuan dan kecemerlangan yang mereka perolehi di dunia tetapi ia tidak berkekalan. Di akhirat nanti akan menemui kegagalan abadi selamanya. Apakah kita ingin senasib begitu?

Apa yang dimaksudkan di sini ialah umat Islam hari ini nak kuat, nak maju, nak membangun tamadun, nak cemerlang, gemilang dan terbilang tapi tidak bermula dengan cintakan akhirat, padahal cintakan akhirat itulah yang akan membawa kemajuan. Bererti side effect kepada cintakan akhirat ialah kemajuan. Bagaimana hal ini relevan untuk berlaku? Sebenarnya apabila umat Islam sudah cintakan akhirat, cintakan mati, nak mendapat tempat isimewa di akhirat, tentulah melalui agama. Tapi untuk mendapatkannya mestilah diberi ilmu, di beri minda supaya faham. Kalau tidak, orang yang mendapat kesedaran beragama akan beranggapan untuk cintakan akhirat kena solat banyak, wirid banyak, zikir banyak, baca Quran banyak, umrah banyak, akhirnya umat jadi beku dan jumud pula. Jangan fikir cinta akhirat itu ialah banyak ibadah. Itu hanya habluminallah (hubungan dengan Allah) sedangkan agama ada 2 aspek, iaitu habluminalah (hubungan dengan Tuhan) dan habluminannas (hubungan dengan manusia). Hubungan dengan Tuhan hanyalah satu sedangkan kalau habluminannas (hubungan sesama manusia) itu banyak. Bererti kalau diusahakan banyak hubungan dengan manusia beerti kemajuan dengan sendirinya akan terbangun. Bagaimana ia berlaku? Menegakkan agama melalui hablumminannas beerti menggalakkan manusia berkorban, kerjasama, bersatupadu, berkasih sayang, bertolak ansur dan sebagainya. Kalau berlaku begitu maju atau tidak umat ini? Yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam nak maju termasuk orang Melayu tetapi tidak mahu dikaitkan dengan akhirat. Bila tidak dikaitkan dengan Tuhan, kemajuan itu merangsang tamak, sakit hati, jatuh menjatuhkan. Ini yang silap. Umat Islam nak maju dan membangun tapi tidak dikaitkan dengan Tuhan. Akhirnya orang fikir kemajuan tapi akhirnya membawa ke diri. Kita berslogan mari membangun, mari berkorban tapi untuk diri. Sebab itu kita tidak boleh maju. Kita sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri belum untuk bangsa, negara dan agama. Sebenarnya agama itu kalau di fahami, tidak payah sebut maju, maju itu akan datang sendiri. Hasil daripada cintakan akhirat maka side effectnya ialah kemajuan.

Akibat nakkan kemajuan untuk diri, maka akan timbullah tamak haloba, gila pangkat dan kuasa akhirnya berlakulah jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah, rasuah, politik wang dan sebagainya. Kalau begitu jangan mimpilah nak ajak berkorban, bekerjasama demi untuk membangun dan berkemajuan. Sebenarnya kemajuan itu ialah side effect daripada orang yang beragama. Tetapi sekarang kita nak ajak orang Melayu maju tapi tidak guna agama, akhirnya bila dapat kemajuan pula jadi sombong , mula nak jatuh menjatuhkan satu sama lain pula. Jadi sebenarnya kita tidak payah sebut maju, hakikatnya bila beragama betul-betul maka akan lahirlah kemajuan. Tapi kalau tiap-tiap hari sebut maju cemerlang, gemilang terbilang tapi tidak dikaitkan dengan Tuhan kesan daripada kemajuan itu sangat rosak dan merosakkan. Bila kita dapat projek orang tidak senang, orang dapat kita tidak senang pula. Formula nak maju begini tidak betul, nak maju itu kena cintakan akhirat, kena berkorban, jadi majulah.Tak perlu sebut maju. Bangunkan habluminallah dan habluminannas maka akan lahirlah kemajuan. Macamlah orang yang nak anak tapi dia tidak mahu kahwin boleh ke? Begitulah kemajuan, fahamkan agama dengan betul, bila di amalkan maka anak daripada hasil agama ialah kemajuan.

Hari ini bila pemimpin dah jahil, dah tidak faham, bersidanglah lima hari lima malam pun, hasilnya orang Melayu tak ke mana, nak maju tapi hanya untuk diri. Cara itu hanyalah untuk diri sendiri bukannya untuk bangsa, sebab ia tidak di kaitkan dengan agama. Kalau tidak masakan Rasulullah berkata orang yang paling bijak ialah yang banyak mengingati mati. Kalau begitu marilah kita lancarkan satu resolusi baru, yakni Dasar Cintakan Akhirat. Maka bijaklah umat ini apabila telah kembali ke landasan sebenar menjadikan Tuhan dan Rasul sebagai rujukan utama dalam memperkasakan ummah. Maka side effect daripadanya akan terbangunlah kemajuan yang selamat lagi menyelamatkan.

Tuesday, July 26, 2005

Kelebihan Air ZamZam

Kelebihan Air ZamZam



Air zamzam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Termasuk untuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kreatif dan sebagainya.

Rasulullah bersabda, Maksudnya:

“ Air zamzam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)”.



Imam Tarmizi, salah seorang tokoh Hadis berkata, orang yang meminum air zamzam itu :

1) Jika dia minum utk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.

2) Jika dia minum utk minuman, maka Allah memberinya minuman.

3) Jika dia minum utk sembuh drpd penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya.

4) Jika dia minum kerana akhlak buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya

5) Jika dia minum utk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya

6) Jika dia minum utk mengkayakan jiwa, maka Allah akan mengkayakannya

7) Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan makbulkannya

8) Jika dia minum kerana sesuatu musibah yg menimpa, maka Allah akan melindunginya

9) Jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya



Wassalam.

Monday, July 25, 2005

menjaga hati

Alangkah payahnya menjaga hati
Sekalipun berhati-hati
Bila orang puji berbunga
Apabila orang keji, aduh sakitnya macam kena cucuk atau kena tusuk
Apabila membuat kebajikan
Mendesak-desak sahaja hendak bercerita
Jika tidak bercerita rasa terseksa
Di sini ada glamour
Di sinilah ada nama
Oh, ruginya kalau tidak dicerita
Bila berpidato, orang mengangguk-angguk
Boleh tahan juga aku ini, bisiknya
Kalau melihat orang lain ada mempunyai kelebihan
Aduh, macam makan buah pahit rasanya
Hati kerut membawa ke muka
Atau muka masam macam cuka
Apabila melihat kawan-kawan mempunyai kelemahan-kelemahan
Hati mendesak-desak hendak mengata atau menghina
Aduh, susahnya menjaga hati!
Aduh, di manakah keikhlasan?!
Sedangkan hati adalah tempat pandangan Tuhan

Kemampuan manusia

Bismillahirrahmanirahim

Kemampuan manusia serba terbatas
Pengetahuan, pendengaran, penglihatannya amat terbatas sekali
Kerana sebahagian jasadnya sahaja yang berfungsi mengambil peranan
Pengetahuan hanya akal sahaja yang mengetahui

Lain-lain anggota tidak mengetahui
Pendengaran hanya telinganya sahaja yang mendengar
Lain-lain anggota tidak mendengar
Penglihatannya hanya mata sahaja yang berfungsi

Lain-lain anggota tidak melihat
Begitu juga lain-lain anggota badan,
mempunyai satu fungsi sahaja
Itu pun berfungsi masih terbatas

Berlainan sekali dengan Tuhan,
segala sifat-Nya adalah tembus dan telus
Kerana Zat-Nya yang Maha Suci
daripada bandingan itu yang berfungsi

Zat-Nya yang tidak boleh dibelah bahagi itulah yang berkuasa
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat dan Zat-Nya yang mendengar

Kerana itu sifat Tuhan walaupun banyak
tapi peranan Zat-Nya tidak dibelah bahagi
Dan satu-satu sifat tidak berperingkat-peringkat

Ertinya Zat-Nya yang Maha Esa
itulah yang berperanan mempunyai berbagai-bagai
sifat yang telah disebutkan tadi

Kerana itulah Zat Tuhan yang mempunyai
sifat segala-galanya taraf Maha
Segala sifat-sifat-Nya Maha Sempurna,
yang tidak perlu disempurnakan lagi

Manusia, setiap anggotanya mempunyai f
ungsi yang tersendiri atau berbeza-beza
Ada yang mendengar sahaja,
ada yang mengetahui sahaja,
ada yang melihat sahaja

Tuhan tidak begitu,
Tuhan tidak berperanan seperti makhluk
Tuhan kita,
Zat-Nya yang berperanan yang mempunyai sifat-sifat yang banyak
Walau banyak,
ia tetap ESA

Zat-Nyalah yang mendengar,
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat,
Zat-Nyalah yang berkuasa

Kerana itulah Tuhan boleh berperanan serentak
Masa itulah Dia berkuasa,
masa itulah Dia mengetahui
Masa itulah Dia mendengar,
masa itulah Dia melihat

Dia tidak berlaku silih berganti
Begitulah Tuhan tidak serupa sama sekali dengan makhluk
Kerana itulah Dia dikatakan Maha Suci dan SERBA MAHA

Friday, July 22, 2005

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

ubject: RAHSIA SURAL-KAUTSAR

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassallam,

Saturday, July 09, 2005

Sunnah Rasulullah SAW

Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa baginda yang bermaksud :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku’

Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur’anulKariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)

Mafhum Firman Allah SWT:-

‘Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Surah Al-Qalam : 4)

Rasulullah SAW adalah manusia yang :-

* paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
* Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
* Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
* Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
* Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
* Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
* Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka
* Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
* Tidak memakan harta sedekah
* Tidak sombong
* Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
* Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
* Suka berpuasa – mengikat batu pada perutnya apabila lapar – jika makan tidak pernah kenyang
* Paling beradab dalam makan – Antaranya - makan tanpa bersandar dan tanpa meja – saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
* Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
* Tawaddhak dan Tenang
* Tidak terganggu dengan urusan dunia
* Menyukai jubah bulu/syamlah
* Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
* Mengunjungi orang sakit
* Berkenderaan kaldai dan unta
* Menyukai bau-bauan
* Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
* Berbuat baik dengan kaum bangsawan
* Memuliakan orang-orang berakhlak
* Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
* Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
* Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
* Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
* Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
* Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
* Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
* Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
* Pembela wanita
* Suka menasihati
* Dan banyak lagi.

Maksud Sabda Rasulullah SAW :-

1. ‘Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik"
2. ‘Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik’

Mafhum Firman Allah SWT :

1. ‘Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan’ (Surah An-Nahl :90)
2. ‘Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari kelilng mu’

Maksud Sabda Rasulullah SAW:-

‘Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.’

Ali r.a. berkata :

‘Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)

Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’

Adab Makan (Rasulullah SAW)

Adab Makan (Rasulullah SAW menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya

* Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
* Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
* Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
* Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
* Menyukai kueh faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
* Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
* Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
* Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
* Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
* Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)
* Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.
* Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka
* Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
* Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
* Menyukai roti dengan minyak samin.
* Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu
* Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
* Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.
* Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
* Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
* Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
* Tidak menggemari dhab.
* Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
* Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
* Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
* Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
* Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
* Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
* Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
* Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/

Riwayat s.bukhari

Dari Aisyah ra, katanya sebahagian isteri Nabi saw bertanya kepada
baginda "Siapakah di antara kami yang lebih dahulu bertemu dengan
tuan?" Jawab nabi, "Siapa yang lebih panjang tangan." Lantas mereka
ambil sepotong ranting lalu mereka ukur tangan mereka. Ternyata Saodah
lebih panjang. Barulah kemudian mereka ketahui, bahawa yang
dimaksudkan Nabi tangan panjang, ialah tangan yang banyak bersedekah.
Itulah isteri baginda yang paling dahulu bertemu baginda di akhirat
nanti. Saodah sangat suka bersedekah.

s.bukhari II::Zakat.

--------------------------------------------------

Narrated 'Aisha:

Some of the wives of the Prophet asked him, "Who amongst us will be
the first to follow you (i.e. die after you)?" He said, "Whoever has
the longest hand." So they started measuring their hands with a stick
and Sauda's hand turned out to be the longest. (When Zainab bint Jahsh
died first of all in the caliphate of 'Umar), we came to know that the
long hand was a symbol of practicing charity, so she was the first to
follow the Prophet and she used to love to practice charity. (Sauda
died later in the caliphate of Muawiya).
-------------------------------------------------

Dari Abu Musa ra dia berkata, Ya Rasulullah saya tinggal di suatu
daerah di mana orang membuat sejenis minuman keras dari madu dan
dinamakan al-bit'u, dan sejenis minuman keras lagi dari gandum dan
mereka namakan al-mirzu. Rasulullah saw bersabda, "Setiap minuman yang
memabukkan adalah haram (terlarang)"

s.bukhari IV::kasih sayang.

-----

Narrated by Abi Burda, Abu Musa said, "O Allah's Prophet! In our land
there is an alcoholic drink (prepared) from barley called Al-Mizr, and
another (prepared) from honey, called Al-Bit"' The Prophet said, "All
intoxicants are prohibited."

---------------------
Dari Anas ra, katanya Rasulullah saw bersabda, "Seorang muslim menanam
pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung,
manusia atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala."



s.bukhari III::pertanian.

------------
Narrated Anas bin Malik:

Allah's Apostle said, "There is none amongst the Muslims who plants a
tree or sows seeds, and then a bird, or a person or an animal eats
from it, but is regarded as a charitable gift for him."

----------------------------

Dari Ibnu Abbas ra, katanya Rasulullah saw mengutuk lelaki yang
berpakaian seperti wanita dan wanita yang berpakaian seperti lelaki.

s.bukhari IV::pakaian.

-------------

Narrated Ibn 'Abbas:

Allah's Apostle cursed those men who are in the similitude (assume the
manners) of women and those women who are in the similitude (assume
the manners) of men.

-------------

Dari Sahal Bin Sa'ad ra, bahwa ada seorang lelaki mengintai ke dalam
bilik Rasulullah saw ketika Rasulullah memegang sebuah Midrai (sikat)
yang digunakan oleh baginda untuk menyisir rambutnya. Setelah
Rasulullah saw ternampak orang itu baginda bersabda, "Kalau aku tahu
engkau mengintip, nescaya aku tusuk matamu dengan ini." Selanjutnya
Rasulullah saw bersabda, "Izin itu diperlukan sebelum melihat."

S.bukhari iv::KISAS.

-----------------------------------
Narrated Sahl bin Sa'd:

A man peeped through a round hole into the dwelling place of the
Prophet, while the Prophet had a Midray (an iron comb) with which he
was scratching his head. the Prophet said, " Had known you were
looking (through the hole), I would have pierced your eye with it
(i.e., the comb)." Verily! The order of taking permission to enter has
been enjoined because of that sight, (that one should not look
unlawfully at the state of others).

-------------------------------

Aswad ra berkata bahawa ia bertanya kepada Aisyah, katanya, "Apakah
yang diperbuat Nabi dalam rumah?" Jawab Aisyah, "Baginda juga
melakukan kerja rumah, menolong isteri baginda. Dan apabila waktu
solat tiba, baginda pergi solat."

s.bukhari I::adzan.

------------

Narrated Al-Aswad bin Yazid:

I asked 'Aisha "What did the Prophet use to do at home?" She said, "He
used to work for his family, and when he heard the Adhan (call for the
prayer), he would go out."

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Bismillahirrah manirrahim

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia
keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab
tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab
dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk
mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di
kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji
keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang
membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.
Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti
berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu
digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah
makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis
vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan
dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian
yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum,silika, klorin, mangganese dan
belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah
s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia
boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.


CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya !

-----------------------------------------------------------------------------


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa,
lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.



-----------------------------------------------------------------------------

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu
keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan
otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,
protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk
merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar.
Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.


CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah
s.a.w



-----------------------------------------------------------------------------

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin,
kalsium,kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat
besi,air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya
seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah
s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.



-----------------------------------------------------------------------------


5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah
atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan
dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


-----------------------------------------------------------------------------


6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok
untuk diamalkan.



-----------------------------------------------------------------------------

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40
hari."




-----------------------------------------------------------------------------

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala.
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini
sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati
didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.




-----------------------------------------------------------------------------

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga
boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.



-----------------------------------------------------------------------------


10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a
meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.



-----------------------------------------------------------------------------


11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta
dapat meningkatkan kekuatan hafazan.



-----------------------------------------------------------------------------

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin
dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.



-----------------------------------------------------------------------------


13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan
amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


-----------------------------------------------------------------------------


14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.


-----------------------------------------------------------------------------

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.



-----------------------------------------------------------------------------

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


-----------------------------------------------------------------------------


17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.



-----------------------------------------------------------------------------


18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.




-----------------------------------------------------------------------------


19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga
berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan
labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


-----------------------------------------------------------------------------

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


-----------------------------------------------------------------------------


21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang
kecil.


-----------------------------------------------------------------------------



22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Friday, July 01, 2005

Hal Rahsia Diri

Hal Rahsia Diri

Ilmu zahir ada 12 macam dan ilmu batin pun 12 macam dibahagi kepada golongan umum dan golongan khusus menurut kadar perjuangannya.

Dari 24 macam ini terbagi ia kepada 4 bab.

Bab 1 - Zahir Syariat - iaitu tentang perintah dan larangan serta hukum - hukum.
Bab 2 - Batin Syariat - yang disebut Ilmu Batin dan Tariqat.
Bab 3 - Ilmu Batin yang disebut Ilmu Ma'rifat.
Bab 4 - Ilmu Hakikat.
Manusia diharuskan menguasai bab keempat tadi, seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Syariat bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan Hakikat bagaikan buah".

Al-Quran mencakup 4 bab di atas dengan petunjuk dan isyarat secara tafsir dan takwil. Penyusun Kitab 'Al - Majma' berfatwa bahawa tafsir bagi awam dan takwil bagi orang khusus, kerana orang - orang khusus ini adalah ulama' yang 'rusukh'.

Rusukh maknanya tetap kuat, kukuh dan teguh di bidang ilmu. Sifat ini dimiliki oleh ulama Rasikhin iaitu suatu hasil dari kalimat yang ditanamkan di lubuk hati setelah berupaya membersihkan hati. Bukti ketinggian martabat ulama Rasikhin adalah ayat Al-Quran yang mencantumkan lafaz Rasikhin yang di'athafkan kepada lafaz Jalalah (Illallah) dalam ayat 'Syahidallahu....' dan seterusnya di dalam Surah Ali Imran: 18;

Mufassir Tafsir Al - Kabir berkata :

"Bila pintu yang ini (Rasikhin) telah terbuka, maka akan terbukalah segala yang batin. Seorang hamba diwajibkan melaksanakan perintah, menjauhi larangan dan melawan nafsu di seluruh daerah yang empat,

mulki (jasad)
malakut (hati)
jabarut (fuad)
lahut (sir)
Nafsu menggoda di

daerah syariat dengan membuat perlawanan - perlawanan.
Sedangkan di daerah Tariqat, nafsu menggoda dengan mendorong dan menyetujuinya tetapi di dalamnya terkandung tipuan seperti pengakuan menjadi nabi, wali dan sebagainya.
Sedangkan di daerah ma'rifat nafsu menggoda dengan syirik khafi (penyekutuan yang samar) yang bangsa cahaya seperti pengakuan menjadi tuhan. Allah berfirman (Al-Furqan:43): "Engkau mengetahui orang - orang yang menjadi Tuhan sebagai hawa nafsunya"
Di daerah Hakikat pula syaitan, nafsu dan malaikat tidak dapat memasukinya sebab bila berada di situ akan hangus, kecuali AlLah. Jibril a.s. berkata : "Kalau aku memasukkan hujung jariku ke alam ini maka hanguskah aku.
Manusia yang telah mencapai alam ini bererti dia selamat dari dua seteru; dan jadilah dia manusia yang ikhlas". Sesuatu yang tidak mencapai hakikat, maka dia tidak akan mencapai ikhlas kerana sifat - sifat 'Basyariyyah Ghairiyyah' (sifat manusia selain Tuhan) tidak akan hancur, kecuali dengan 'Tajalli Zat'.

Sifat bodoh hanya akan hilang dengan Ma'rifat Zat. Allah akan memberi ilmu orang yang sampai ke darjat ini tanpa perantaraan. Manusia akan mengenal AlLah kerana diperkenalkan oleh AlLah dan beribadat kepada AlLah dengan pendidikan AlLah, seperti Nabi Khidir a.s. Di alam ini dia akan menyaksikan Ruh - ruh Qudsiyah dan mengetahui Nabinya (Muhammad SAW) secara hakiki. Maka akan berbicaralah dari akhirnya hingga permulaannya.

Seluruh nabi menyampaikan khabar gembira atas keberhasilan si hamba kerana sampai kepada AlLah yang kekal. Firman AlLah (Surah An-Nisa':69):

"Dan mereka itulah teman sebaik - baiknya".

Amaliyah bagi Ruh Jasmani adalah menggunakan Ilmu Zahir. Pahalanya hanya syurga. Maka di sana akan jelaslah kebaikan dari sifat (orang yang beribadah akan masuk syurga; sebaliknya orang yang tidak beribadah akan masuk neraka).

Sedangkan untuk masuk ke 'Haramil Qudsiyah' dan dekat dengan AlLah tidak cukup bila hanya menggunakan Ilmu Zahir saja. Untuk ke sana harus dengan Ilmu Terbang; dan terbang itu harus menggunakan dua sayap. Bila satu, maka perjalanan akan pincang. Maka dengan kesepaduan Ilmu Zahir dan Batin barulah sampai seorang hamba ke Alam Qudsi.

AlLah berfirman di dalam Hadis Qudsi:

"Hai hambaKu, bila engkau ingin masuk ke HaramilKu (Haramil Qudsiyah), maka engkau jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut; kerana

alam Mulki adalah syaitan bagi orang Alim;
alam Malakut, syaitan bagi orang Arif;
alam Jabarut, syaitan bagi orang yang akan masuk ke alam Qudsiyah".
Wajib bagi semua manusia mengetahui ukuran dirinya dan jangan mengaku sesuatu yang bukan haknya. Imam Ali berkata: "AlLah menyayangi orang - orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia - siakan umurnya".

Seorang Alim harus mampu mencapai makna hakikat manusia yang disebut Tiflul Ma'ani (Bayi Ma'nawi). Setelah itu harus mendidiknya dengan tetap melakukan Asma Tauhid dan keluar dari alam Jasmani ke alam Ruhani, iaitu alam As-Sirri yang di sana tidak sesuatupun selain AlLah. Sir itu seperti lapangan dari cahaya, tidak ada hujungnya. Inilah Maqam Al-Muwahidin.

Mudah - mudahan tulisan di atas bermanfaat dan menjelaskan sedikit sebanyak hal rahsia diri - insan. Berusahalah untuk mencapai ke tahap itu melalui tunjukan guru atau orang yang ahlinya. Ada di antaranya sengaja tidak dihuraikan dengan lebih lanjut kerana sebagiannya adalah rahsia yang perlu dibicarakan secara khusus.

Hasil tulisan seorang sahabat

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya

Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar

Wednesday, June 22, 2005

ADAP RASUL

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun
sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan
sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini
memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari
kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut
halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan
berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap
orang-orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan memakai
harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (
tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan
sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu
tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya
Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan
jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,
pori-pori terbuka dan peredaran darah akan
berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah
penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai
3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan
kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah
belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh
kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk,
dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan
kegundahan
hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis
yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap
sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta
tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa,
mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan
tindakan preventif yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat
mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat
mahmudah...::

Kalau rajin... Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran
kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia

wallahu'alam....

Tuesday, June 21, 2005

Ulamak Akhirat Berwatak Rasul

Ulamak Akhirat Berwatak Rasul

Sepertimana para Rasul, ulama akhirat kumpulam pertama juga mempunyai karisma kepimpinan yang tinggi, yang dibekalkan sejak azali. Sebab itu mereka dapat melakukan kerja2 memimpin dengan jayanya.Mereka dapat membawa umat yang jahil sebelumnya kepada hidup mengikut Al-Qura dan Sunnah. Mereka mencegah kemungkaran dan menegur rakyat jelata bahkan raja2 dan pemerintah.

Kalau Rasulullah dapat membangunkan jemaah Islamiah ditengah2 masyarakat jahiliah, maka ulama juga dapat melakukan amar makruf nahi mungkar pada individu, keluarga dan masyarakat. Hingga terbentuklah jemaah Islamiah, yang cara hidup mereka sendiri ditengah2 masyarakat yang tidak mengikuti Islam. Mereka membangunkan sistem hidup mereka sendiri dalam bidang ekonomi, budaya, pendidikan, perhubungan dan lain2 menurut Islam.

Cara tertegaknya jemaah Islamiah bukanlah dengan ahlinya mengisi borang keahlian dan pemimpinnya naik melalui undian. Itu bukan cara Islam. Perlantikan para Rasul bukan melalui proses tersebut. Jemaah Islamiah bermula dengan seorang diri iaitu dari individu yang Allah kurniakan kekuatan untuk mengamalkan Islam. Maka ia mencari seorang kawan demi seorang kawan untuk bersamanya. Dididik dan diajar serta dipimpinlah kawan2nya untuk melaksanakan cita2 Islam. Makin lama makin ramai orang yang menerima didikan dan pimpinannya.

Sehingga akhirnya tanpa dirancang atau dimesyuarat agungkan, maka terjadilah kumpulan itu sebagai suatu jemaah yang gurunya menjadi pemimpin dan anak muridnya menjadi pengikut. Pemimpin yang tidak payah diundi, kerana semua pengikutnya menerima dengan hati. Pengikutnya ialah anak muridnya sendiri. Mereka bersama-sama membangunkan cara hidup Islam dalam setiap aspek kehidupan mereka.

Sifat dan akhlak ulama ini sangat berani dan tegas memegang semua hukum Allah. Ibadah mereka sangat banyak sekali, hampir semua sembahyang sunat itu dilakukan. Bermula dengan solat sunat Rawatib, Sunat Tahajud, Sunat Dhuha , Sunat Awwabin, Sunat Tasbih, Sunat Mutlak, Sunat Mudhuk, Witir, Tarawikh dan lain2 lagi. Meraka sentiasa dalam keadaan berzikir pada Allah samada waktu duduk, tidur atau berdiri. Boleh dikatakan fizikal sahaja dengan manusia tetapi hati dengan Allah. Mereka sangat menjauhi perkara HARAM. Perkara syubhat dan makroh pun mereka cukup berhati2 dalam samada dalam makan, minum, pakaian, rehat, bergaul, cara kerja dan lain2 lagi.

Ulamak berwatak rasul walau pun mereka adalah abid,tetapi urusan kemasyarakatan dan jihad tidak diabaikan. Mereka gigih berjuang disiang hari bagaikan singa. Seperti abid dimalam hari dan singa disiang hari.

Mereka berjuang melalui jemaah untuk menegakkan cara hidup dalam diri. Keluarga dan masyarakat seluruhnya. Melihat indahnya masyarakat Islam yang mereka tegak, maka ramailah dari kalangan masyarakat yang ikut serta dan bersimpati dengan perjuangan mereka.

Oleh kerana mendapat sokongan kuat dari masyarakat dan sikap mereka yang mencabar, maka mereka sangat dicurigai , ditakuti juga dibenci oelh musuh2nya terutama ulamak rasmi dan pemerintah. Para ulamak berwatak rasul kebanyakkannya dihalau dari negeri asal mereka. Mereka sentiasa berpindah randah dan sentiasa terancam.

Mewarisi apa yang ditempuh oleh Rasul rasul dalam perjuangan mereka. Ulamak yang memimpin ini berada dikalangan orang yang kalau sayang terlalau sayang dan yang benci akan merasa terlalu benci. Ekoran dari itu mereka kelihatan sentiasa berada dalam rahmat dan ujian. Kalau besarlah rahmat besarlah ujian. Demikianlah sebaliknya. Sengaja Alah jadikan dengan sedemikian bermaksud,

“Nikmat akan membolehkan mereka terus berjuang, dan dapat pahala syukur, Ujian mematangkan iman dan membolehkan mereka mendapat pahala sabar.”

Akhlak mulia dan agung yang dipamerkan oleh para Rasul turut diwarisi dan terhias oleh ulamak berwatak rasul.Seperti sifat zuhud. Mereka kelihatan hidup macam orang miskin kerana menolak kekayaan dunia demi cintanya pada akhirat . Pada waktu meninggal dunia mereka tidak meninggalkan apa2 kecuali ilmu yang tertulis dalam kitab2 mereka dan akhlak yang agung. Yang telah menjadi sejarah hidup mereka. Dan kalau mereka ada anak , biasanya anak2 itu terdiri dari anak2 yang soleh dan solahah yang meneruskan cita2 perjuangan mereka.

Saidina Ali wafat meninggalkan Saidina Hassan r.a dan Saidina Husin r.a yang soleh2. Yang menyambung terus perjuangan Islam.Kemudian saidina Husin pula meninggal. Meninggalkan anaknya Saidina Zainal Abidin dan kemudian bersambung pada anaknya Ali Hanafiah dan setrusnya pada Jaafar Al-Siddiq. Demikianlah kesinambungan perjuangan walau pun pejuang-pejuang awal sudah tiada..

Akhlak lain yang begitu terserlah ialah tawaduk, lemah lembut, kasih sayang,sabar, redha, tawakal, berani dan yang kayanya sangat pemurah. Berdepan dengan ujian mereka sangat sabar. Memang orang2 Allah diuji dengan ujian2 yang berat2 dan mereka pun bersabar. Ujian pada mereka ialah untuk meninggikan darjat.Rasulullah saw bersabda,

“Ujian paling berat ditimpa dikalangan manusia ialah para Nabi, kemudian yang mulia(wali-wali Allah),kemudian yang mulia selepas itu (para Ulama) , diuji mengikut keimanan seseorang.”

(Riwayat Al Bukhari , Ahmad dan At-Tarmizi)
Ilmu yang disampaikan oleh Ulama pewaris Nabi ini penuh dengan tarbiah dan ingatan yang sangat memberi kesan dihati manusia. Membangkitkan rasa Cinta pada Allah, gerun pada neraka dan cinta pada syurga akhirat. Manusia akan mengubah hidup dari cinta dunia pada cinta akhirat. Dari jahilaiah pada Iman dan Islam.

Rezeki ulama ini juga seperti rezeki para Rasul. Bukan didapati dari bekerja makan gaji dengan manusia. Biasa rezeki mereka dengan berniaga. Rasululah saw bersabda,

“Hendaklah kamu berniaga kerana padanya terdapat 9/10 rezeki .

Perniagaanlah yang biasanya menjadikan seseorang itu jutawan. Teyapi ulamak akhirat tetap zuhud walaupun ada yang menjadi jutawan hasil berniaga. Perniagaan yang mereka jalankan bukanlah diusahakan secara bersendirian, sebaliknya dibantu dengan ramai pekerja. Dengan itu mereka ada banyak masa untuk membuat kerja ALLAH. Sementara para Rasul pula , rezeki mereka bukan dari berniaga, tetapi dari sumebr yang tidak diduga. Yang mana biasanya Allah hantar melalui orang kaya yang simpati melalui kerja2 yang mereka lakukan. Itupun Rasulullah ambil sedikit sahaja untuk keperluan peribadi dan keluarganya. Yang selebihnyanya(banyak) untuk orang lain yang memerlukannya.

Meniru dan mencontohi Rasululah saw. Para ulamak pewaris nabi, rumah mereka kecil sahaja. Kalau rumah Rasululah ada satu bilek yang atapnya boleh disentuh dengan tangan, maka para ulamak rumah mereka lebih kurang begitulah. Tidak ada ruang untuk perabot mewah. Tidak ada tilam empok dan karpet tebal. Tidak ada kerusi set mewah. Segala2nya terlalu asas dan sekadar perlu sahaja,

Anak dan isteri Rasululah adalah pejuang2 kanan kepada baginda. Maka demikianlah dengan keluarga ulamak akhirat. Anak dan isteri menjadi contoh dan penyambung lidah perjuangan. Kalau tidak demikian, biasanya ALLAH pisahkan mereka itu dari menjadi kekasih-kekasihNYA.

Para ulamak Akhirat sepertilah para Rasul. Mereka hidup bersama ditengah masyarakat dan bukannya berpisah dari masyarakatnya. Meraka sembahyang berjemaah bersama2 setiap waktu sembahyang, bekerja bersama, bermusafir bersama. Makan bersama, duduk rendah , berdiri sama tinggi dengan pengikutnya. Namun kehebatan dan kebesaran mereka disisi murid2nya tiada berkurangan. Mereka sangat dikasihi dan ditaati, Pautan hati yang terbina itu adalah kerana akhlak dan jasa bakti guru terhadap murid2nya.

Kalau para rasul mendapat bantuan ghaib dari ALLAH melalui mukjizat, maka ulamak ul amilin ini ditolong dengan keramah atau pun sekurang2nya maunah.Yakni kejadian2 pelik dan luarbiasa yang ALLAH lakukan untuk menyelamatkan mereka dari musuh atau untuk menghiburkan mereka atau untuk menambahkan keyakinan mereka. Biasanya kemenangan perjuangan mereka terhadap musuh adalah kerana adanya pertolongan yang istimewa ini.

Nama2 mereka bukan sahaja masyur pada zaman mereka tetapi juga sepanjang zaman disebut orang. Maqam mereka sentiasa diziarahi turun temurun.

Perjuangan mereka tidak mengenal pencen. Selagi hidup selagi itulah berjuang. Bahkan sesudah mereka meninggalkan pun , perjuangan mereka ada penyambungnya.

Mereka sangat ikhlas berjuang Filsabililah. Perjuangan mereka betul2 kerana dan untuk Allah. Hinggakan kalau terancam, nyawa melayang pun meraka rela. Apalagi kalau setakat periuk nasi mereka terancam. Meraka tidak mengharap apa2 kepentingan dari perjuangan. Sebab itu dalam apa keadaan pun mereka tetap berani membela kebenaran atau pun hak Allah sekali pun didepan pemerintah yang zalim.

Rumah mereka merata2 negara didunia, kerana mereka sentiasa mengembara. Memang tradisi hidup ulamak ialah berjalan dimuka bumi Allah dari satu negara ke negara yang lain.Dengan itu mereka sangat luas pengalaman, pergaulan dan ilmu. Mereka menikmati kebesaran Allah dimuka bumi yang luas ini. Rezeki mereka tidak putus2 untuk sentiasa berpergian ketempat2 yang jauh.

Demikianlah watak, sifat dan sikap hidup para ulamak akhirat yang mewarisi kerja2 Rasul.Moga2 kita dapat mencari mereka untuk menerima didikan dan kepimpinan. Kerana bertemu mereka seolah2 bertemu dengan Rasululah, melihat bayangan Rasululah untuk menjadi contoh dan ikutan kita. Mereka orang2 Allah yang sangat diberkati. Melihat wajahnya sudah mendatangkan keinsafan dan keberkatan. Apalagi dapat duduk bersamanya. Semuanya boleh mendidik dan mengubah kita.

Berkata Yahya bin Muaz:,
“Para Wali-wali Allah itu adalah haruman-haruman dibumi. Maka apabila mencium akannya oleh anak muridnya, akan sampai kehati. Lantas mereka berasa rindu pada Tuhan mereka.

(Dipetik dari kitab Imam Sya’rani. Peringatan Pada Yang Tertipu)

MAZHAB DALAM ISLAM?

Bismillahirrahmanirrahim

Ilmu yang hendak kita bincangkan kali ini ialah mengenai persoalan MENGAPA BOLEH TIMBUL MAZHAB DALAM ISLAM?
Sama ada mazhab yang hak mahupun yang batil. Mazhab yang hak hanya ada 11 mazhab,tapi yang terkenal hanya ada 4 sebab kitabnya masih ada hingga kini. Mazhab yang sesat ada 72. Mazhab Auzai, Hasan Basri dan lain lain tidak diamalkan lagi sebab ilmunya sudah habis, mungkin ilmunya telah dibakar sewaktu orang Monggol melanggar Kota Baghdad. Mazhab yang hak saja yang dibincangkan dan diceritakan dalam kuliah ini.

Mengapa timbul mazhab dalam Islam, padahal Islam itu satu sahaja daripada Allah dan disampaikan kepada Rasulullah dengan melalui Quran dan Hadis.
Kenapa timbul? Sedangkan semuanya dari sumber rujukan yang satu, iaitu Al Quran dan Hadis. Semuanya rujuk kepada Rasul, jadi sepatutnya tak timbul mazhab.
Pada zaman sahabat r.a. tidak ada mazhab, mengapa?
Umumnya orang sangat yakin dengan para sahabat, seolah-olah lihat Rasul.
Tapi zaman tabiin, atau tabiut tabiin, orang bergantung dengan ilmu sahaja sebab sahabat dah tak ada.Kalau ada masalah, lepas Al Quran dan Hadis, mereka ijtihad. Hanya bersandar kepada ilmu yang dalam Al Quran dan Hadis. Generasi ke 3 ke 4 baru ada mazhab.
Akan diterangkan secara ringkas, mengapa terjadi mazhab, bagaimana boleh terjadinya berlainan pendapat, sedangkan semua rujuk Al-Quran dan Hadis, yang tak ada hanya Rasulullah, sahabat dan tabiin. Jadi mereka hanya bersandar dengan ilmu, tanpa bersandar kepada peribadi Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin. Jadi mereka di zaman itu terpaksalah berijtihad, dengan kaedah ilmu alat yang ada.
Apa maksud ilmu alat?
Ilmu untuk melahirkan ilmu, untuk memahami Al Quran dan Hadis. Contohnya ilmu nahu, saraf, bahasa Arab ,sastra Arab, ilmu mantik atau lojik, ilmu usul fiqah,usuluddin. Semuanya contoh-contoh itu adalah ilmu alat.

Cara berijtihad ialah dengan merujuk kepada Al-Quran sedangkan huraikan Al-Quran sudah tak sama berdasarkan ilmu alat tadi. Antara sebab yang menjadikan ulama waktu itu berbeza pendapat ialah:

1. Ada ayat yang di "nasih dan mansuh" yakni membatalkan hukum. Dalam hal ini ulama berbeza pendapat mengenainya

2. Ada ulama penerimaan ayat nasih mansuh tidak sama, jadi tentu dalam berijtihad akan berbeza hasilnya.

3. Terdapat cara memahami ayat al Quran secara lahir saja. Misalnya mazhab Daud Zohiri. Ada ulama mentafsir ayat Al Quran dengan maksud yang tersirat.

4. Memberi makna dan terjemahan ayat Quran berbeza antara ulama. Contoh: Imam syafie menerangkan maksud "sentuh kulit lelaki dan wanita ajnabi membatalkan wudhu." Tapi mazhab Hanafi, menyatakan "sentuh dengan bernafsu".

5. Kemampuan mentafsir antara ulama tak serupa. Contoh bagaimana umat Islam menjadi militan, misalnya berdasarkan hadis yang maksudnya "saya diperintahkan membunuh manusia kecuali yang sudah bersyahadat." Tapi terdapat ayat atau hadis yang memansuhkan hadis tersebut.

6. Kadang-kadang hadis memansuhkan ayat, atau ayat memansuhkan hadis. Jadi kena faham keseluruhan. Ini kesannya mazhab berbeza. Al Quran tempat rujukan utama, kemudian rujukan kedua kepada Hadis. Hadis dibukukan selepas 300 tahun. Tidak semua Hadis sampai kepada ulama-ulama tersebut, jadi sumbernya sudah berbeza. Kalau ulama tidak dapat Hadis mengenai sesuatu hukum, tentu ijtihadnya tanpa merujuk Hadis.

7. Penerimaan Hadis tak sama antara ulama, jadi ijtihad berbeza. Setengah ulama tak guna Hadis lemah, ada pula ulama yang guna Hadis lemah. Sebahagian ulama berfahaman bahawa Hadis ada yang bersifat nasih mansuh, sebahagiannya lain pula ada yang tidak terima Hadis nasih mansuh, jadi cara mengeluarkan hukum berbeza.
Hasilnya timbullah perbezaan pendapat dan bermazhab kesan daripada cara fahamkan Hadis berbeza, dan ini mempengaruhi fatwa mereka yang tentunya berbeza rumusan fatwanya.

8. Walau pun umumnya ulama bijak, tapi darjat kebijakkannya tak sama, jadi fatwanya pun turut tak sama.

Justeru untuk jangka panjang, hal ini ada kesan negatif kepada umat Islam. Oleh kerana umumnya manusia jahil, fanatik pula, kesannya ialah manusia sering bergaduh. Walaupun fatwa itu dibuat untuk menyelamatkan umat, tapi kerana umumnya manusia itu jahil dan fanatik, akibatnya umat Islam berpecah.
Itulah serba ringkas mengenai ilmu berkenaan mengapa terjadinya mazhab.

(Moga-moga Allah akan menyatukan semula semua umat Islam di dunia ini kepada satu Mazhab - moderator)

Ampun maaf