Monday, July 25, 2005

Kemampuan manusia

Bismillahirrahmanirahim

Kemampuan manusia serba terbatas
Pengetahuan, pendengaran, penglihatannya amat terbatas sekali
Kerana sebahagian jasadnya sahaja yang berfungsi mengambil peranan
Pengetahuan hanya akal sahaja yang mengetahui

Lain-lain anggota tidak mengetahui
Pendengaran hanya telinganya sahaja yang mendengar
Lain-lain anggota tidak mendengar
Penglihatannya hanya mata sahaja yang berfungsi

Lain-lain anggota tidak melihat
Begitu juga lain-lain anggota badan,
mempunyai satu fungsi sahaja
Itu pun berfungsi masih terbatas

Berlainan sekali dengan Tuhan,
segala sifat-Nya adalah tembus dan telus
Kerana Zat-Nya yang Maha Suci
daripada bandingan itu yang berfungsi

Zat-Nya yang tidak boleh dibelah bahagi itulah yang berkuasa
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat dan Zat-Nya yang mendengar

Kerana itu sifat Tuhan walaupun banyak
tapi peranan Zat-Nya tidak dibelah bahagi
Dan satu-satu sifat tidak berperingkat-peringkat

Ertinya Zat-Nya yang Maha Esa
itulah yang berperanan mempunyai berbagai-bagai
sifat yang telah disebutkan tadi

Kerana itulah Zat Tuhan yang mempunyai
sifat segala-galanya taraf Maha
Segala sifat-sifat-Nya Maha Sempurna,
yang tidak perlu disempurnakan lagi

Manusia, setiap anggotanya mempunyai f
ungsi yang tersendiri atau berbeza-beza
Ada yang mendengar sahaja,
ada yang mengetahui sahaja,
ada yang melihat sahaja

Tuhan tidak begitu,
Tuhan tidak berperanan seperti makhluk
Tuhan kita,
Zat-Nya yang berperanan yang mempunyai sifat-sifat yang banyak
Walau banyak,
ia tetap ESA

Zat-Nyalah yang mendengar,
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat,
Zat-Nyalah yang berkuasa

Kerana itulah Tuhan boleh berperanan serentak
Masa itulah Dia berkuasa,
masa itulah Dia mengetahui
Masa itulah Dia mendengar,
masa itulah Dia melihat

Dia tidak berlaku silih berganti
Begitulah Tuhan tidak serupa sama sekali dengan makhluk
Kerana itulah Dia dikatakan Maha Suci dan SERBA MAHA

No comments: