Bismillahirahmanirahim.
Telah termaktub dalam sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang bermaksud,
“Ku tinggalkan pada mu Dua perkara, yang barang siapa mengikutinya TIDAK akan SESAT buat selama-lamanya. Iaitu Kitab Allah Dan Sunnah Rasul .”
Jelas dalam Islam telah ada isyarat untuk mengelakkan kesesatan dalam agama. Dengan adanya pedoman ini umat Islam boleh mengenal golongan mana yang sesat dan golongan mana yang bukan sesat.Bukan macam setengah golongan dalam umat Islam pada masa kini yang menuduh Si Anu sesat, Tarekat Si Polan sesat dan bermacam-macam tuduhan lagi. Apatah lagi menyenaraikan sekian-kian golongan tersebut adalah sesat!!!
Seperkara lagi telah termaktub dalam Al-Quran dalam Surah Al-Zariyat, “Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Daku.”.
Jadi kehidupan manusia itu bertunjang kepada 2 perkara. Pertama ialah Habluminallah atau Pengabadian Pada Illahi dan yang kedua ialah Habluminanas atau hubungan sesama manusia.
Jadi kehidupan manusia sebenarnya ialah untuk mecari keredhaan Illahi dan berkasih sayang sesama manusia. Dan bukan untuk kepentingan diri dan apatah lagi untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan nafsu-nafsi , seperti kehidupan haiwan.Yang siang malam memburu makanan, memuaskan nafsu kelamin, tempat tinggal yang penuh dengan kemewahan yang serba serbinya bersandar pada hawa nafsu semata2.
Jadi yang dikatakan pengamal ajaran sesat ialah mereka yang tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah seperti dalam Rukun Islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, bersolat 5 kali sehari semalam,puasa dalam bulan Ramadhan,menunaikan Haji pada yang mampu dan membayar zakat dan meninggalkan segala laranganNya seperti membunuh atau mencederakan makhluk bernyawa yang tidak berdosa atau yang tidak dibenarkan oleh syariat,berzina, minum arak, pergaulan bebas, berpakaian tidak menutup aurat . Yakni dalam kata lain tidak mengamal makruf wal nahi mungkar !
Itu belum lagi dosa2 yang tidak dapat dikesan dengan mata akal seperti iri hati, hasad dengki ,cemburu, kianat , mengamalkan politik wang atau rasuah , mementingkan kroni masing2 dan seribu satu penyakit dalaman iaitu penyakit hati.Juga seperti pada mereka yang hidup dalam dunia yang penuh dengan kebebasan seolah2 Allah itu tidak wujud pada mata mereka.Siang malam berhempas pulas dalam dunia hiburan yang melalaikan. Bab solat, puasa,haji atau berzakat hanya dilakukan apabila disuruh dan bukannya dengan hati yang insaf akan rasa adanya berTuhan.
Juga belum lagi pada mereka yang tidak mahu mengikuti sunnah nabi seperti corak penampilan berpakaian berjubah dan berserban, makan minum serta tidur seperti Rasululah. Solat dan berkehidupan dengan berjemaah.Atau dalam bahasa lain kesemua hidup insan didunia ini mengikuti Sunnah Rasul. Termasuk juga corak pemilihan pemimpin seperti bermuzakarah atau wasiat seperti yang berlaku pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin.
Jelas lah kini apa yang dikatakan pengamal ajaran sesat. Iatu mereka yang melanggar larangan Illahi serta mengikuti hawa nafsu-nafsi dan jejak langkah tipuan syaitan.. Untuk mengenalkan ajaran Islam yang mulia dan untuk mengelakkan kita dari menjadi pengamal ajaran sesat, perlu bermula dari zaman awal Islam bagi mereka yang baru memeluk Islam atau awal zaman kanak2 bagi yang beragama Islam kearah Mengenal Illahi.
Jadi pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah Nabi atau Ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)perlu di pergiatkan jika kita ingat melihat generasi akan datang termasuk masyarakat dewasa pada masa kini tidak digolongkan dalam katagori Pengamal Ajaran Sesat. Buku2 karangan Imam Muktabar seperti Kitab Ehya Ulumudin karangan Imam Ghazali, Kitab Al-Umm Karangan Imam Syafei perlu diketengahkan pada awal pendidikan kanak2. Ini bersesuai dengan tajuk Sajak Perdana Menteri Datuk Abdullah Ahmad Badwi yang Mencari Damai Di Hati yang mencari Imam Ghazali dan Imam Syafei .
No comments:
Post a Comment