Bismillahir rahmanir rahim
Taqwa adalah punca keselamatan dan kebahagiaan
dunia dan Akhirat.
Tanpa taqwa, kita tidak akan selamat
dan tidak akan bahagia.
Kita tidak akan terpelihara dan
tidak akan dapat berlindung dengan Allah.
Kita akan terdedah kepada pelbagai serangan nafsu
dan syaitan.
Natijahnya, kita tidak akan sampai kepada
Tuhan dan hasilnya sangat rosak dan merosakkan.
Kalau taqwa tidak ada dan nafsu bermaharajalela,
kesannya amat buruk sekali.
CONTOH KESAN TIDAK BERTAQWA KE ATAS MANUSIA
Mari kita lihat beberapa contoh yang melibatkan
beberapa golongan manusia:
1.Ulama
Bila taqwa tidak ada, para ulama akan dihinggapi
oleh sifat-sifat atau penyakit-penyakit berikut:
a. Sombong atau ego
b. Ujub dan riyak
c. Hasad dengki
d. Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
e. Ingin berlawan terutama sesama ulama
f. Mempergunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan
dunia, pangkat dan wang ringgit.
g. Pemarah
h. Ingin dihormati (gila puji)
i. Kalau mampu, suka hidup bermewah-mewah
Kalau hati tidak bertaqwa, maka mustahil akan
kita temui mufti-mufti, tuan-tuan kadhi,
ustaz-ustaz dan tuan-tuan imam yang...
1.merendah diri,
2.merasa diri kurang,
3.mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri,
4.bersedia untuk ditegur walaupun oleh kanak-kanak,
5.tidak suka menunjuk-nunjuk pandai dan kehebatan,
6.menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat,
7.mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain,
8.tidak suka dihormati dan dipuji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah dan
9.zuhud serta warak.
Bila tidak ada ulama yang bersifat begini,
maka umat seolah-olah ketiadaan lampu penyuluh.
Tinggallah mereka dalam gelap gelita.
Tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis,
tidak kenal Allah dan alam Akhirat, tidak pandai
membezakan akhlak baik dan akhlak buruk,
tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh,
juga tidak faham apa yang baik dan apa yang tidak baik.
Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang-kadang ke barat,
kadang kadang ke timur, terlanggar ke sana, terlanggar
ke sini, terjunam ke lembah-lembah, tersungkur di jalanan
dan macam-macam kacau-bilau lagi. Jarang dan mungkin
tidak ada langsung umat yang selamat.
Maka jadilah apa yang sedang terjadi hari ini.
Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut cara
hidup Islam sepenuhnya. Kadang-kadang jadi
macam Yahudi, macam Kristian, macam Hindu,
macam Budha, macam Hippies, macam Punk, macam
Skinhead, ikut rock, ikut metal dan macam-macam lagi.
Budaya dan tamadun Islam tidak ada dan tidak dapat
dibangunkan dan diperjuangkan. Yang ada ialah
budaya kuning, budaya campur aduk dan budaya
kacau bilau.
Ampun maaf
No comments:
Post a Comment