http://alkhatab2.tripod.com/
Mastika Hadith
Jilid 1
Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.
Hadith 31
Dari `Amar bin Yasir ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya ada
bagi Allah satu malaikat yang diberikan kepadanya kuasa mendengar
ucapan hamba-hamba Allah semuanya, maka tidak ada seseorang pun yang
mengucap sesuatu selawat kepada ku melainkan malaikat itu
menyampaikannya kepadaku." (Bukhari dalam kitab torikhnya dan
Thabarani)
Hadith 32
Dari Abdillah bin Mas`ud ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya
ada bagi Allah beberapa malaikat yang berjalan di merata-rata bumi
untuk menyampaikan salam kepada ku dari sesiapa di antara umatku yang
memberi salam kepadaku, sekalipun jauh negeri orang itu dan tempat
tinggalnya." (Imam Ahmad dan an-Nasa`i)
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Kedua-dua hadith ini dibawa
oleh dua orang sahabat Nabi yang cukup rapat dengannya. 1st mai kita
tengok `biodata Amar bin Yasir dulu. Ayah `Amar yang bernama Yasir
adalah seorang yang berasal dari Yaman dan ibunya Sumaiyah adalah
seorang Negro berbangsa Afrika. Hebatnya `Amar bin Yasir ialah sebab
daripadanyalah satu hukum yang dinamakan "rukhsah" boleh kita gunakan
ketika dalam keadaan darurat. Ini salah satu kelebihan kepada kita,
umat akhir zaman. Cerita tentang apa yang berlaku kepada keluarga
Yasir ketika awal Islam memang cukup masyhur. Ayahnya Yasir, ibunya
Sumaiyah dan abangnya Abdullah, kesemuanya gugur sebagai syuhada`
kerana angkara Abu Jahal. `Amar juga tidak terlepas dari seksaan Abu
Jahal sehingga dia digertak supaya meninggalkan ugama Muhammad saw.
Dalam keadaan tidak tertanggung lagi seksaan yang diterima, akhirnya
dilafazkannya bahwa dia meninggalkan ugama Muhammad. Lalu bila dia
dibebaskan, bergegas dia pergi berjumpa dengan Nabi saw untuk bertanya
hukum tentang dirinya. Nabi saw tanya satu saja, "Bagaimana dengan
hati kamu ketika kamu sebut tinggalkan ugama Muhammad?"…`Amar
menjawab, "Hatiku tetap bersama Allah. Hanya mulutku yang menyebut
begitu sebab tak tahan dengan seksaan."…Bila Nabi dengar begitu,
berkatalah baginda, "Wahai `Amar! Sesungguhnya engkau tidak terkeluar
daripada Islam kerana engkau masih beriman kepada Allah."…Maka dari
peristiwa inilah diistinbatkan hukum bahwa sekiranya diancam nyawa
kita supaya meninggalkan Islam, maka kita boleh melafazkannya dalam
keadaan hati tidak redha. Ketika itu, kita tidak murtad. Dikira masih
beriman kepada Allah swt. Inilah pengajaran besar yang boleh diambil
dari `Amar bin Yasir. Cumanya Nabi kata lagi, "Wahai `Amar, kalau kamu
mati syahid, itu terlebih baik."…Maknanya kalau kita stand bertahan
dengan ugutan itu, lalu kita dibunuh kerananya, maka itu adalah
terlebih baik kerana mati dalam keadaan syahid.
Yang keduanya, kita tengok pula sahabat Nabi yang bernama Abdullah ibn
Mas`ud. Beliau ini adalah seorang yang terkenal dengan bacaan Qurannya
yang cukup fasih. Beliau ialah huffaz, penghafal al-Quran. Dan
bacaannya adalah yang paling sedap dikalangan para sahabah
radiallahuanhum ajmain. Dan Ibn Mas`ud ini juga adalah manusia yang
telah dipilih oleh Allah swt di dalam Peperangan Badar untuk
menceraikan leher Abu Jahal laknatullahi alaik. Lalu beliau membawa
kepala yang telah dipancung itu di hadapan Nabi sambil bergembira.
Bila Rasulullah melihat kepala Abu Jahal, maka terus Nabi bersabda,
"Inilah dia firaun bagi umat ini!"…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya
watak firaun akan tetap ada sepanjang zaman. Dalam lain perkataan;
dulu, kini dan selamanya akan tetap ada orang perangai macam firaun.
Okay tuan-tuan kedua-dua hadith yang dibawa oleh `Amar dan juga Ibn
Mas`ud ini menceritakan tentang fadhilat apabila mengucapkan selawat
dan salam ke atas Nabi saw. Para ulama telah membahaskan untuk apa
perlu kita ucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah?…Ulama seperti
Azzarul Rahman menyatakan bahwa hanya ada satu sebab sahaja iaitulah
ianya sebagai satu bentuk penghargaan kepada Rasulullah saw kerana
dengan hasil usaha dia lah, hari ini kita kenal risalah Allah,
sehingga kita boleh bezakan antara haq dan bathil.
Kita sebagai orang Islam beruntung kerana boleh pahala bila selawat ke
atas Nabi saw. Sedangkan orang-orang yang bukan Islam, walaupun mereka
boleh memberi puji-pujian kepada Nabi dalam bentuk tulisan atau
ucapan, tetapi mereka tidak dapat apa-apa daripada pujian mereka itu
sebab mereka belum mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya boleh
menulis di atas tinta-tinta sejarah yang masih kekal sehingga ke hari
ini. Sebagai pengetahuan, mari kita tengok beberapa kenyataan dari
orientalis-orientalis barat yang memuji Nabi saw.
i) Kata Stanley Lanepool ketika dia menghuraikan
Fathul Mekah, katanya, "Tidak ada sejarah dalam dunia apabila seorang
lelaki yang pernah dihalau dari kampung halamannya dengan dicaci maki,
yang pernah dilempar najis unta di atas kepalanya, yang pernah dipulau
ekonomi selama tiga tahun sehingga terpaksa menggigit daun-daun kayu
kerana menahan kelaparan; tetapi lihatlah apabila insan yang berjiwa
agama ini mendapat peluang dengan kuasa yang ada memasuki kota Mekah.
Sepatutnya beliau boleh buat sesuka hati terhadap mereka yang pernah
meludahnya, yang pernah menuduh beliau sebagai orang gila, yang
menuduh beliau pemecah-belah dan macam-macam lagi. Tetapi beliau tidak
mengambil kesempatan. Sebaliknya beliau masuk dengan penuh syukur
kepada Allah dan hanya memecahkan berhala-berhala yang ada di
sekeliling Ka`bah. Itu sahaja. Manakala seluruh manusia yang ada di
kota Mekah, dimaafkannya. Inilah dia tidak ada insan lain seperti ini
dalam sejarah kecualilah seorang insan sahaja yang bernama Muhammad
bin Abdullah.
ii) Kata seorang lagi sarjana Inggeris bernama Arthur
Gillman ketika mengulas tentang Fathul Mekah, "Kemenangan Muhammad
adalah kemenangan agama yang benar kerana beliau menolak semua
penghormatan peribadi. Bahkan beliau adalah seorang insan yang cukup
merendah diri."
iii) Kata pula Thomas Kylie, "Beliau adalah seorang
yang sentiasa menepati janji, seorang yang ikhlas dan amat bijaksana.
Apabila beliau berkata-kata, sentiasalah ucapan beliau memberi suatu
sinar terhadap apa yang diperkatakannya. Dalam kehidupan sehariannya,
beliau menampal jubahnya sendiri dan menjahit kasutnya."…Bila cerita
seperti ini dihilite, teringat ana kepada Allahyarham Fadzil Noor.
Pernah diceritakan oleh keluarga beliau, sewaktu hidupnya tak pernah
dia suruh isterinya kak Jah basuh baju maupun iron baju dia. Dia
sendiri akan buat, termasuklah pakaian anak-anak menantu dia bila depa
balik kampung. Pernah sekali tu, sahabat dari celcom cerita, "Sheikh,
ada dua tiga geng kami dah isi borang sebab depa tengok ust Fadzil
sendiri beratur bayaq bil kat kaunter celcom."…Tu dia tuan-tuan. Mana
nak cari pemimpin macam ni?…Seorang Presiden sebuah parti gerakan yang
disegani di dunia boleh queue pegang bil pi bayaq sendiri. Diberitahu,
jadi kelam-kabut staff-staff celcom tengok ust Fadzil beratur. Tapi
bagi diri dia, it`s nothing takdak apa-apa sebab dia kira dia manusia
biasa. Jadi, macamana orang tak sayang kat dia?…Sehingga ada orang
masih ingat lagi kat dia walaupun dah tiga tahun beliau meninggalkan
kita.
iv) Kata George Bernand Shaw, "Beliau adalah
penyelamat bagi umat manusia."
v) Kata John Austin, "Muhammad adalah sumber
inspirasi yang sebenarnya sebagai pemerintah negara Madinah yang
menggoncang dunia."
Ini dia tuan-tuan puji-pujian yang dihamburkan oleh beberapa orang
sarjana barat walaupun mereka tidak mampu untuk berselawat. Kalau depa
selawat pun tak dapat apa sebab depa belum mengucap dua kalimah
syahadah. Amalan mereka seperti debu-debu yang berterbangan, tidak
dinilai di sisi Allah selagi mereka tidak masuk Islam. Mereka hanya
boleh express dalam bentuk tulisan/ucapan. Jadi, alangkah untungnya
kita umat Islam, bukan sekadar boleh mencernakan kepujian kepada Nabi
saw dalam bentuk tulisan, malah boleh pahala bila berselawat ke atas
Nabi saw.
Okay sekarang kita tengok perbahasan ust Halim Nasir seterusnya dalam
merangkumkan kedua-dua hadith yang dibahas ini berdasarkan ayat 56
Suratul Ahzab. Ayat ini cukup popular. Selalu kita dengar especially
khatib baca time khutbah Jumaat, maksudnya, "Sesungguhnya Allah dan
malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman!
Mengucap selawat dan salamlah kamu kepada Nabi dengan salam yang
paling baik."…Para ulama membahaskan, apa maksud Allah berselawat ke
atas Nabi?…Ini adalah persoalan antara Allah dan Nabi, ulama kata ada
4 maksud. Maksud yang pertama ialah Allah amat kasihkan Nabi saw.
Buktinya ialah Nabi Muhammad digelar habibullah (kekasih Allah).
Sehingga Allah letak syarat, kalau kita nak kasihkan Allah, kita kena
kasihkan Nabi saw dulu. Mana dalil?…Dalilnya cuba tengok Surah `Ali
Imran:31. "Katalah wahai Muhammad! Barangsiapa yang ingin dikasihi
oleh Allah, maka ikutlah aku (Nabi saw), nescaya kamu akan dikasihi
oleh Allah swt…"
Maksud yang kedua, ialah Allah merahmati segala usaha Rasulullah,
start dari turunnya ayat Quran hat 1st sekali ie ayat 1 – 5 Surah
al-`Alaq sehinggalah ayat 281 Suratul Baqarah (ayat terakhir turun).
Segala penat lelah Nabi selama mana dia membawa ayat-ayat Allah ini
kepada umum, semuanya dirahmati Allah. Dan itulah yang akan Allah buat
kepada mereka yang menuruti jejak Rasulullah saw. Manakala makna
ketiga 'Allah berselawat ke atas Nabi' ialah Allah menaikkan darjat
Rasulullah saw. Dah dapat pangkat 'rasul' tu kira mulia dah sebab
Allah yang lantik, tiba-tiba dinaikkan statusnya lagi menjadi
'saiyyidin mursalin' (Penghulu segala rasul)…masyaAllah. Dan makna
yang keempat 'Allah berselawat ke atas Nabi' ialah Allah melindungi
Rasulullah saw dari perbuatan jahat manusia dan syaitan. Bila sebut
Allah sentiasa melindungi Nabi, ada sahabat tanya, "Tu yang Nabi
cedera teruk dalam Perang Uhud tu apa, awat Allah tak lindung?"…Inilah
Allah nak ajar, itulah contoh bila berjuang. Kena maki, kena fitnah,
dimainkan berbagai isu. Dalam tv, tiap-tiap hari Pas kena. Dah kalau
dulu bagitau bila Pas kalah dalam PR, bermakna rakyat tolak Pas, tapi
pasai apa tiap-tiap hari dok hentam Pas lagi?…Ini bermakna, Pas masih
menjadi ancaman kepada pihak tertentu. Sekarang ana sebut 'pihak
tertentu' sebab dilihat sekarang Pas dah ada ramai musuh. Bukan saja
umno, malah geng-geng hat bawa kitab ke hulu ke hilir pun sedang
mendendami Pas. Kita pun tak tau motif depa. Mungkin dah dekat nak
muktamar kot. Tapi inilah reality hari ini. Takpa nanti kita cerita
bab ni di lain masa.
Okay sekarang mari kita tengok pula apa makna 'malaikat berselawat ke
atas Nabi'?…Para ulama kata ada dua saja makna. Makna pertama ialah
malaikat pandang Rasulullah dengan penuh rasa hormat. Dan yang kedua
ialah malaikat mencintainya.
Dan akhir sekali kita tengok pula, apa makna kita selawat ke atas
Nabi?…Kata ulama, maknanya hanya satu sahaja iaitu untuk berdoa dan
memberi pujian. Doanya ialah yang seperti selalu kita ucap selepas
azan ie "minta kedudukan Rasulullah diletakkan di makam yang terpuji."
Dan pujian kepada Nabi pula ialah kerana jasa baginda lah yang telah
menunjukkan kita kepada Islam. Cuba tuan-tuan bayangkan macamana Nabi
boleh settle pertelingkahan antara kaum Aus dan Khazraj yang memakan
masa selama 120 tahun sebelum bangkitnya dalam masa begitu singkat
sahaja?…Famous tak famous isu antara dua puak ini sehingga Allah rakam
dalam al-Quran, kata Allah, "Kamu dahulu adalah di tepi jurang api
neraka, lalu dengan kedatangan Muhammad, Allah menyelamatkan
kamu."…Ini dia yang kata penyelamat tu tuan-tuan.
Kesimpulan yang boleh kita petik ialah Allah melantik malaikat untuk
menyampaikan salam dari kita kepada Rasul saw. Dan kita dah tengok
tadi dari ayat 56 Suratul Ahzab, bagaimana dibahaskan pengertian
"selawat ke atas Nabi", iaitu 4 makna untuk Allah, 2 makna untuk
malaikat dan satu untuk kita. Sekarang yang perlu kita buat ialah
beramal. Jangan setakat sebut dalam semayang saja, jangan setakat
sebut dalam rukun khutbah sahaja; tetapi hendaklah berterusan
berselawat ke atas Nabi saw. Dengar saja orang sebut nama Nabi, on the
spot lidah kita berselawat.
Wallahu `alam.
>>end
________________________________
No comments:
Post a Comment