Bagaimanakah hendak mengunakan perisian VOIP?
Cara pemasangan dan pengunaan perisian VOIP SKYPE (12/12/03)
Oleh: Azli Paat
Teknologi ICT sentiasa berubah setiap masa, apa yang penting kita perlu memahami teknologi dan menggunakannya untuk kemudahan kehidupan seharian. ICT jika digunakan secara bijak akan dapat menjimatkan belanja dan juga masa, apa yang penting adalah sifat ingin tahu dan tidak cepat mengalah apabila berdepan dengan sesuatu masaalah yang melibatkan teknologi. Seperti kata-kata yang mungkin pernah kita dengan “The journey is the reward” Perjalanan itu sendiri adalah suatu ganjaran. Masa yang kita ambil untuk memahami sesuatu itu sendiri adalah pembelajaran yang tidak ternilai.
Ini kerana pemahaman teknologi perlulah disertakan dengan aktiviti pratikal barulah ianya akan menjadi lebih menarik.
Pagi ini kita akan sambung berkenaan dengan topik VOIP ataupun Voice Over Internet Protocol. Seperti yang kita ketahui kebanyakaan perhubungan telefon adalah melalui kaedah Circuit Switch Network dimana ianya dikendalikan oleh syarikat telekomunikasi yang sedia ada.
Didalam kaedah Circuit Switch Network panggilan dicaj mengikut masa dan jarak, lebih jauh jarak diantara panggilan itu lebih mahallah kos pangilan tersebut. Tetapi perhubungan melalui Internet tidak dikira mengikut jarak, bukan kah bagusnya jika panggilan telefon dikira begitu juga. Lebih baik jika panggilan itu boleh dicaj dengan harga yang lebih murah dari kadar biasa atau adalah lebih baik jika ianya adalah percuma!.
Topik pagi ini adalah bagaimana hendak membuat panggilan percuma keseluruh dunia dengan menggunakan komputer dan internet sahaja. (Apa yang saya katakan tadi adalah “panggilan” bukannya panggilan telefon) Panggilan boleh jadi panggilan VOIP.
Untuk membuat panggilan secara percuma menggunakan VOIP kita perlukan perisian dan juga peralatan asas multimedia. Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan, dari yang percuma kepada yang berbayar. Perisian yang terkini yang masih percuma yang boleh digunakan dinamakan Skype. Ianya boleh dimuat turun di www.skype.com.
Setelah perisian dimuat-turun dan dipasang mengikut arahan perkara yang pertama yang perlu kita buat adalah dengan mendaftarkan nama pengguna dan kata laluan di perisian tersebut. Ini penting kerana VOIP diantara komputer ke komputer tidak menggunakan tel no sebagai pengenalan, ianya mengunakan no IP atau nama pengguna. Oleh kerana no IP sentiasa berubah-ubah dan tidak semua komputer mempunyai IP umum maka nama pengguna lebih sesuai untuk digunakan. Cara pengunaan adalah seperti berikut:
1. Muat turun perisian di www.skype.com
2. Installkan pengikut arahan.
3. daftarkan nama pengguna dan kata laluan
4. gunakan nama pengguna yang didaftarkan untuk memulakan sesi.
5. untuk membuat panggilan taipkan nama pengguna yang hendak dipanggil diruangan panggilan dan tekan telefon berwarna hijau.
Jika pengguna ada menggunakan Internet pada masa itu maka perisian skype ini akan mengeluarkan bunyi seperti telefon. Mereka yang menerima panggilan pula boleh menjawabnya dengan menekan butang hijau juga dan perbualan boleh dibuat seperti biasa.
Kualiti suara lebih kurang kualiti seperti telefon tetapi tidak ada bayaran yang dikenakan.
Jika kita tidak mempunyai rakan yang boleh dihubungi kita boleh lah menghubungi mereka yang tidak kita kenali dengan menekan link “Find a friend” Kita boleh nyatakan kita hendak menghubungi mereka dengan memberitahu dinegara mana mereka berada.
© Azli Paat 2003 www.grabix.net/azli
No comments:
Post a Comment