Friday, December 10, 2010

Sifat-sifat Mazmumah



Kita di perintahkan mengerjakan solat kerana untuk melahirkan berbagai bagai rasa kehambaan saperti rasa malu, takut, hina diri, gementar, dan bimbang.Kita adalah hamba, agar apabila lahir sifat kehambaan maka akan hilang sifat sifat mazmumah yang merosakkan hidup kita, saperti sombong, ujub, adu domba, mengumpat, memfitnah dan mengaibkan orang lain dan sebagainya.Bermakna solat yang khusyuk dan yang di hayati dapat membakar sifat sifat mazmumah yang menjadi racun sebenarnya.

Jika di dalam ibadah solat, kita tidak melahirkan sifat kehambaan atau di saat kita solat kita tidak merasai yang kita ini hamba tuhan, maka mustahil di luar solat kita dapat merasa yang diri kita ini hamba.Apabila sifat kehambaan tidak wujud dalam diri kita maka yang wujud adalah sifat mazmumah.

Penyakit jiwa ini lah yang menjadikan manusia sentiasa berkrisis.Orang politik dengan penyakit gila kuasanya. Suka bergaduh dan jatuh menjatuhkan.Yang berkuasa pula berpenyakit angkuh tidak boleh bertolak ansur serta bersifat menindas.Jiwa rakyat bercelaru dan kucar kacir dek di pergunakan oleh pemimpin pemimpin yang berpenyakit jiwa ini.Dan berbagai kecelaruan dan krisis manusia terpaksa hadapi oleh kerana hilang nya rasa kehambaan kepada Tuhan.

Justeru rosaklah masyarakat, hilang lah bahagia dan terseksa lah hidup.

Maka ibadah Solat yang di jiwai hingga timbul rasa kehambaan akan melahirkan hamba hamba Allah saperti berikiut:

Peribadi yang kuat keyakinannya
Peribadi yang kuat Imannya
Peribadi yang mempunyai akhlak yang tinggi
Peribadi yang berdisiplin
Peribadi yang bersih dari maksiat dan kemungkaran (kecuali sedikit)
Peribadi yang kuat syariatnya
Peribadi yang bersih jiwanya
Peribadi yang kurang sifat sifat mazmumahnya.

Hasil dari solat yang bermutu tinggi maka akan lahirlah masyarakat umat Islam yang mempunyai peribadi-peribadi saperti yang saya sebut tadi.Jadilah bangsa ini bangsa yang Agung dan Allah akan angkat darjat bangsa ini hingga bangsa lain tunduk kepada NYA
Sumber * Email Amri el Wahab

Sifat Mazmumah

Sifat Mazmumah ialah sifat2 yg tidak baik dan tercela, juga sifat yg patut kita jauhi.

Menurut Imam Ghazali antara sifat2 Mazmumah ialah seperti berikut:

1. Gemar Makan dan Minum:

Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

2. Banyak berkata-kata(yg sia-sia):

telah menjadi lumrah manusia suka berkata2, berbual2 dan bersembang2 tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia2.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”- Surah AnNisa :114

3. Marah:

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikianselalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

4. Hasad dengki, dan iri hat:

Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis Nabi saw yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

5. Kasih kepada harta:

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

6. Takbur:

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7. Riyak ;

Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub;

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan Dunia:

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.

No comments: