Salam Sejahtera..Allah huakbar..Allah huakbar..Allah huakbar..tika dan saat ini saya menulis ini hanya tinggal tawakal kepada Nya.Tatkala diri ini merasa jiwa kian resah dan gelisah lantaran rezeki yang sempit kerana perniagaan yang diusahakan kini semakin sepi dan tiada lagi rezeki mendatang.Terdetik di hati mencari kelebihan amal dalam mencari rezeki yang rasanya kian menyempit lantaran di waktu nan lalu terlalai dan terleka..
Biarpun terkadang rezeki yang mendatang mencurah tetapi serasanya tiada dalam keberkatan kerana sering sahaja rezeki menghilang begitu sahaja tanpa apa-apa keberhasilan.Benarlah kata alim ulama rezeki yang kita cari biarpun halal sekiranya tiada keberkatan Allah rezeki itu akan pergi begitu sahaja tanpa manfaat apa-apa.
Seringkali kita mendengar kerana kesibukan ibubapa mencari rezeki hingga terlupa kepada kebajikan anak-anak di rumah hinggalkan menjadikan mereka mat rempit,bohsia dan pelbagai lagi masalah sosial yang melanda umat Islam khasnya orang Melayu sendiri.Rezeki yang dibawa pulang rupanya tiada keberkatan Allah hinggakan menjadikan darah daging kita tidak menjadi manusia yang sewajarnya.
Apatah lagi sekiranya rezeki yang kita cari keberhasilan dari rasuah,menipu orang,peras ugut dan sebagainya yang tidak nyata di mata umum tetapi tersembunyi.Ya Allah kau jauhkan hambamu ini dari sifat-sifat terlalai,terleka dan tergoda dengan godaan duniawi ini.
Seringkali kita terlupa rezeki yang Allah beri kepada kita saban hari buat kita mengingati Nya,bukan dengan angkuh menyatakan ini adalah hasil titik peluh kita sendiri yang tidak perlu berkongsi dengan orang yang memerlukannya.
Semoga dengan perkongsian dan amalan ilmu ini diharapkan pencarian rezeki kita mendapt keberkatan dan lebih menjadikan hidup kita lebih tenang dan tenteram.
Rahsia dan amalannya ialah membaca istighfar secari istiqamah sebelum solat subuh 70 kali iaitu selepas solat sunat subuh.Sebaiknya waktu antara selepas azan subuh dan qamat.
Kemudian selepas solat subuh membacakan ayat AlWaqiah secara bersungguh-sungguh dan doa kemurahan rezeki,memohon agar rezeki hari ini mendapat keberkatan dan hidayahnya.
Selepas waktu terbit mentair melepasi kira-kira waktu 8.30 pagi hendaklah mengerjakan solat sunat dhuha 2 rakaat sekurung-kurangnya serta doa-doa murahkan rezeki.Insaalah segal usah dan amalan ini akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.
No comments:
Post a Comment