Sunday, July 29, 2007

CIRI-CIRI DAN ASAL-USUL HADIS MAWDHU’

CIRI-CIRI DAN ASAL-USUL HADIS MAWDHU’
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Kebanyakkan umat Islam di Malaysia pasti akan pernah
mendengar kalimat kata-kata seperti “Tuntutlah ilmu
walaupun ke negeri China”, “Perselisihan dalam umatku
dalah rahmat”, “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban
adalah bulanku, sedangkan Ramadan adalah bulan umatku”
atau "Sesiapa yang mengenal dirinya maka dia telah
mengenal tuhannya". Ini adalah kerana ianya telah
disebarkan di kalangan masyarakat Islam oleh
sesetengah penceramah dan penulis buku agama dan
mereka sandarkannya sebagai sabda Nabi Muhammad
s.a.w.. Namun begitu tahukah anda bahawa
kalimat-kalimat tersebut merupakan hadis mawdhu’?
Tahukan anda hadis mawdhu’ merupakan seburuk-buruk
serta sejelek-jelek darjat hadis. Hadis mawdhu’ adalah
sesuatu yang diciptakan dan dibuat-buat lalu
dinisbatkan kepada Rasulullah s.a.w. secara dusta
baik mengenai ucapannya, perbuatannya mahupun
perakuannya. Para ulamak juga telah sepakat diharamkan
untuk meriwayatkan hadis mawdhu’ bagi mereka yang
mengetahuinya dalam bentuk apa pun kecuali disertai
dengan penjelasan akan kepalsuan hadis tersebut. Dalil
yang mengharamkan periwayatan hadis palsu adalah sabda
Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya berdusta di atas (nama)ku tidaklah sama
dengan dengan berdusta kepada orang lain. Maka
barangsiapa yang berdusta di atas (nama)ku dengan
sengaja, hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di
neraka. – Hadis riwayat Imam Bukhari (no: 1291) dan
Muslim (no: 4) di dalam kitab Shahih mereka.

Namun begitu amat mendukacitakan apabila amaran keras
daripada baginda s.a.w. ini tidak di ambil peduli oleh
sesetengah pihak malah bukan sahaja golongan yang
tidak pernah mengikut pengajian Islam membuat
kesalahan dalam mempergunakan hadis mawdhu’ ini tetapi
ada di kalangan yang menggunakan label nama sebagai
ustaz atau ustazah juga terbabit dalam melakukan
perkara yang mungkar ini. Bagi orang awam yang
memiliki ilmu yang minimal dalam bidang hadis pasti
akan menerima bulat-bulat hadis-hadis mawdhu’ tersebut
dan menganggap ianya benar-benar datangnya daripada
Rasulullah s.a.w. lalu mengamalkannya. Maka
bertebaranlah amalan-amalan bid’ah serta
fahaman-fahaman yang sesat di tengah-tengah
masyarakat.

Melihatkan wujudnya ancaman yang keras daripada
baginda, maka perlu bagi umat Islam untuk mengetahui
ciri-ciri yang terdapat di dalam hadis mawdhu’ agar
mudah kita mengesan ia sekiranya disampaikan kepada
kita. Hadis mawdhu’ ini dapat dikenal pasti melalui
kecacatan yang terdapat pada sanad (rangkaian para
perawi yang menyampaikan hadis tersebut) mahupun
matannya (isi kandungan hadis tersebut). Di antara
ciri-ciri untuk mengenali hadis mawdhu’ adalah:

a) Pengakuan dari mereka yang memalsukan hadis
tersebut. Sebagai contohnya Tatkala Ibnu Abi Al-Auja’
ditangkap dan hendak dipenggal lehernya dia telah
berkata: “Aku telah membuat di antara kamu empat ribu
Hadis yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan
yang halal.”

b) Terdapat petunjuk bahawa perawi tersebut termasuk
kalangan pedusta dan hadis tersebut tidak diriwayatkan
oleh perawi lain. Sebagai contohnya perawi dari
kalangan pengikut Syi’ah al-Rafidhah seperti Abu
Mikhnaf.

c) Perawi hadis tersebut mengaku secara dusta bahawa
dia telah mengambil riwayat daripada seseorang yang
tidak pernah ditemuinya. Hal ini boleh diketahui
melalui tarikh lahir dan wafat seseorang perawi
mahupun tempatnya bermukim. Ma’mun bin Ahmad
Al-Harawi mendakwa ada mendengar Hadis daripada Hisyam
bin ‘Amman abang kepada Ibnu Hibban, maka Ibnu Hibban
bertanya: “Bilakah engkau ke kota Syam?” Ma’mun
menjawab: “Pada tahun 250H.” Mendengar itu Ibnu Hibban
berkata: “Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H.”
Dari sini dapat diketahui bahawa Ma’mun sebenarnya
tidak pernah bertemu dengan Hisyam.

d) Apabila seorang perawi itu mengaku bahawa Nabi
s.a.w. telah melakukan sesuatu perkara di hadapan para
sahabat yang lain, tetapi mereka bersepakat untuk
menyembunyikan perkara tersebut dan tidak
menyebarkannya. Sebagai contohnya hadis mawdhu’ ini:
“Sesugguhnya Rasulullah s.a.w. meraih tangan ‘Ali bin
Abi Thalib r.a di hadapan seluruh sahabat. Mereka baru
sahaja tiba dari melaksanakan haji wada’. Lantas Nabi
(membuat ‘Ali) berdiri ditengah-tengah mereka
sehingga dapat dilihat oleh semua hadirin. Kemudian
baginda bersabda: “Ini adalah waashiku (orang yang
menerima wasiat) dan saudaraku serta khalifah (orang
yang menggantikan) setelah aku. Maka dengarkanlah oleh
kamu semua (perkataannya) dan taatilah (perintahnya).”

e) Hadis tersebut bercanggah dengan ajaran al-Qur’an
ataupun hadis yang sabit daripada Rasulullah s.a.w..
Sebagai contohnya hadis mawdhu’: “Anak Zina tidak akan
masuk ke syurga sampai tujuh keturunan” yang
bercanggah dengan firman Allah S.W.T.: Dan tiadalah
(kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang
melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya;
dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul
dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya
sahaja). – al-An’aam (6) : 164

Semua hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Nabi Khidr
dan Nabi Ilyas masih hidup sehingga kini dan ada di
kalangan golongan sufi yang pernah berjumpa dengan
keduanya adalah rekaan belaka kerana ianya
bertentangan dengan hadis Rasulullah s.a.w.. Misalnya
hadis mawdhu’ dengan lafaz: “Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. sedang berada di masjid lantas baginda
mendengar perkataan dari arah belakangnya. Kemudian
orang-orang pun melihatnya. Tiba-tiba dia adalah
al-Khidr.”

Imam al-Bukhari pernah di tanya tentang masalah
al-Khidr dan Ilyas apakah keduanya masih hidup. Dia
(al-Bukhari) menjawab bagaimana itu boleh terjadi
sedangkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Tidak ada seorangpun yang bertahan di muka bumi sampai
penghujung seratus tahun. – Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dan Muslim di dalam Shahih mereka

f) Hadis tersebut bertentangan dengan logik akal serta
nilai-nilai keilmuan seperti hadis mawdhu’ dengan
lafaz ini: “Bahawasanya bumi ini di atas batu hampar
dan batu hampar di atas tanduk lembu, maka apabila
lembu jantan itu menggerakkan tanduknya bergeraklah
batu hampar itu.” Termasuk dalam kategori ini adalah
hadis-hadis tentang khasiat sesuatu bahan makanan
terhadap kesihatan manusia namun ianya ternyata
bercanggah dengan ilmu perubatan seperti hadis mawdhu’
ini: “Buah terung itu adalah penawar bagi segala
penyakit.”

g) Susunan kata-kata dalam hadis tersebut tidak
mencerminkan ianya keluar dari mulut seorang Nabi yang
mana Allah s.w.t. telah berfirman:

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung
dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya
sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada
Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang
diwahyukan kepadanya. – al-Najm (53) : 3-4

Misalnya hadis mawdhu’ ini: “Melihat wajah yang tampan
itu boleh mempertajamkan pandangan mata.”

h) Matan hadis tersebut mencemari sifat-sifat Allah
yang maha sempurna dari sebarang bentuk kecacatan dan
tidak menyerupai makhluknya seperti hadis mawdhu’ ini:
“Bahawasanya Allah s.w.t. menciptakan kuda lalu
dipacunya kuda itu hingga berpeluh, maka Dia
menciptakan dirinya dari kuda itu.” Termasuk dalam hal
ini adalah menceritakan tentang perbuatan Allah s.w.t.
secara tidak benar seperti hadis: “Sesungguhnya Allah
telah menciptakan langit dan bumi pada hari ‘Asyuraa.”

i) Hadis yang menerangkan pahala yang sangat besar
terhadap sesuatu kebajikan yang sangat kecil. Sebagai
contohnya hadis mawdhu’ yang berbunyi: “Sesuap makanan
yang diberikan kepada orang lapar lebih utama dari
membina seribu jamek (masjid).”

j) Hadis yang menunjukkan amal ibadah yang melampau
serta menyusahkan seperti solat tanpa henti semalaman
dan memilki jumlah rakaat ratusan bahkan mencecah
ribuan seperti solat al-Raghaaib pada hari Jumaat yang
pertama dalam bulan Rejab, zikir-zikir yang mencecah
ribuan kali dan dilakukan pula tidak sesuai dengan
sunnah Nabi s.a.w. seperti berteriak serta
menari-nari. Sebagai contohnya adalah hadis mawdhu’:
“Jangan kalian melalaikan Jumaat pertama pada bulan
Rejab kerana sesungguhnya Jumaat pertama pada bulan
Rejab adalah malam yang dinamakan malaikat dengan
malam raghaaib.”

k) Hadis yang menunjukkan sifat perkauman serta
mencela kaum yang lain seperi hadis mawdhu’:
“Rasulullah melihat makanan, lantas baginda bersabda:
“Milik siapa ini?” Al-Abbas berkata: “Milik
orang-orang Habsyah, (makanan) milik mereka.”
Rasulullah bersabda: “Jangan kamu lakukan (berikan),
Sesungguhnya mereka jika lapar akan mencuri dan jika
kenyang akan berzina.”

l) Hadis yang menerangkan dosa dan siksa yang sangat
besar atas kesalahan yang kecil. Umpamanya:
“Barangsiapa memakan bawang putih pada malam Jumaat,
maka hendaklah dia masuk Neraka selama tujuh puluh
tahun.”

Penulis yakin pada saat ini para pembaca sudah mula
sedar betapa jeleknya hadis-hadis mawdhu’ ini dan
telah maklum amaran Rasulullah s.a.w. bahawa bagi
sesiapa yang mencipta atau menyebarkan hadis mawdhu’
secara sengaja maka balasannya adalah neraka. Tentu
akan bermain-main di fikiran para pembaca tentang
siapakah yang tergamak untuk memalsukan hadis-hadis
Nabi ini. Maka berikut penulis akan senaraikan
golongan yang bertanggung jawab memalsukan hadis-hadis
Nabi.

a) Mereka yang memalsukan hadis dalam rangka mengajak
manusia ke arah kebaikan dan menghindari kemungkaran.
Dalam satu kajian teliti yang dibuat oleh Mu’ammal bin
Ismail, beliau telah menemui orang yang membuatnya.
Kata beliau: “Aku telah diriwayatkan Hadis ini oleh
seorang Syeikh, lalu aku bertanya: “Siapakah yang
meriwayatkan Hadis ini kepada anda?” Syeikh itu
menjawab: “Seorang laki-laki di Madain, dia masih
hidup.” Aku pergi menemui laki-laki itu lalu bertanya:
“Siapakah yang meriwayatkan Hadis ini kepada anda?”
Orang itu menjawab: “Saya telah diberitahu oleh
seorang Syeikh di Wasith.” Aku pergi menemuinya dan
berkata: “Siapakah yang meriwayatkan Hadis ini kepada
anda?” Dia menjawab: Seorang Syeikh di Abadan. Saya
pergi menemui Syeikh itu bersama-sama dengan Syeikh
dari Bashrah tadi. Dia memegang tanganku lalu
membawaku masuk ke dalam sebuah rumah, tiba-tiba aku
dapati kaum sufi yang berada dalam rumah itu dan
bersama-sama mereka ada seorang Syeikh mereka. Saya
bertanya: “Siapakah yang meriwayatkan hadis ini kepada
anda?” Syeikh itu menjawab: “Tiada sesiapapun yang
meriwayatkan hadis itu kepadaku, tetapi kami telah
melihat manusia telah jauh dari Al-Quran lantas kami
buatlah hadis ini untuk mereka bagi memalingkan hati
mereka kepada Al-Quran”.”

Justeru itu tidaklah begitu menghairankan bagi kita
bahawa terekat-tarekat sufi merupakan lubuk
terkumpulnya hadis-hadis mawdhu’ lalu melalui
merekalah banyak disebarkan perkara-perkara palsu
tersebut kepada masyarakat atas nama tarhib dan
targhib. Mereka beranggapan tidak menjadi kesalahan
untuk menyebarkan riwayat-riwayat palsu asalkan sahaja
kandungan hadis tersebut membawa ke arah kebaikan.
Pada tanggapan mereka kedustaan yang mereka lakukan
hanyalah semata-mata untuk membantu agama Allah.
Adakah mereka ini merasakan ayat-ayat al-Qur’an serta
hadis-hadis Nabi tidak cukup sempurna untuk dijadikan
landasan bagi tarhib dan targhib? Ternyata pemikiran
rosak ini berpangkal dari kejahilan mereka terhadap
syari’at Islam. Berpunca daripada tangan-tangan kotor
mereka inilah maka banyak amalan-amalan bid’ah
tersebar dalam masyarakat. Amalan bid’ah ini pernah
dicela oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya:

Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah
(al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk
Muhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara
adalah yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap yang
diada-adakan (bidaah) adalah sesat. - Hadis riwayat
Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 867

b) Para tukang cerita atau lebih dikenali sebagai
al-Qashshaash yang mencipta hadis-hadis palsu agar
orang ramai merasa tertarik dengan ceramah yang
disampaikan. Apabila dia berjaya menarik perhatian
orang ramai maka tentu dia akan mendapat banyak
jemputan untuk berceramah dan semakin banyak pula
upah yang akan diterima. Di antara contoh golongan ini
adalah Maisarah bin Abdu Rabbih. Ketika ditanya: “Dari
mana anda dapatkan hadis-hadis ini?” Dia menjawab:
“Aku memalsukannya untuk menggembirakan orang.”

Penyakit seperti ini juga telah mula menghinggapi
sesetengah penceramah di kalangan ustaz serta ustazah
yang berceramah dalam pelbagai majlis keagamaan dengan
menyelitkan kisah-kisah palsu agar ceramahnya
kelihatan menarik.

c) Para peniaga yang ingin melariskan jualannya maka
diciptakan hadis-hadis mawdhu’ yang menunjukkan
khasiat barangan jualannya tersebut. Sebagai contoh
kita melihat mereka yang menjual ubat-ubatan berasal
dari daging Dhab, maka dia membawa riwayat-riwayat
yang menunjukkan ianya adalah perubatan Nabawi.
Sedangkan Rasulullah s.a.w. tidak makan daging dhab.

Telah berkata Khalid bin Walid: “Ya Rasulullah adakah
haram memakan dhab?”
Rasulullah bersabda: “Tidak, tetapi ia bukan makanan
bagi kaumku, maka aku tidak memakannya.”
Makan dihidangkan dhab kepada Khalid lalu dia
memakannya sedangkan Rasulullah s.a.w. melihat (Khalid
memakannya). - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam
Sunannya, no: 4242
Hal yang sama kita dapat bagi mereka yang menjual
tasbih yang diperbuat dari kayu koka, kismis jampi,
capal Nabi dan air jampi yang kini telah dikilangkan
dan dijualkan secara komersial. Tanpa segan-silu
mereka telah meriwayatkan perkara yang palsu tentang
fadilat barang jualan mereka dan ianya secara tidak
langsung telah menyebabkan orang ramai sanggup
berhabisan wang ringgit demi untuk mencapai fadilat
palsu tersebut.

d) Golongan zindik dan munafik yang berpura-pura
menjadi orang Islam sedangkan mereka sebenarnya
menjadi musuh dalam selimut. Maka mereka berusaha
merosakkan Islam dari dalam dengan membuat banyak
hadis-hadis palsu. Golongan ini dikatakan telah
membuat empat belas ribu hadis palsu. Abdul-Karim bin
al-Auja’ sahaja telah mengaku membuat empat ribu hadis
mengenai halal dan haram. Mereka ini telah membuat
hadis-hadis yang menyebarkan keyakinan yang syirik,
amalan-amalan bid’ah, manganjurkan perkara mungkar,
perkara yang melemahkan umat Islam dan lain-lain.
Lihat bagaimana akidah sesat yang dibangunkan di atas
dalil-dalil palsu namun ianya masih di amalkan dalam
masyarakat kita seperti fahaman Nur Muhammad, Wihdatul
Wujud dan Tawasul di kuburan. Ini semua adalah hasil
dari serangan yang dilakukan oleh golongan zindik dan
munafik melalui riwayat-riwayat mawdhu’.

e) Kelompok fanatik mazhab juga akan mencipta
hadis-hadis palsu demi untuk meninggikan kedudukan
imam mazhab mereka serta menguatkan
pendapat-pendapatnya. Di kalangan pengikut fanatik
mazhab Hanafi mereka mencipta hadis mawdhu’ untuk
memburuk-burukan Imam al-Syafi’i r.h. Hadis mawdhu’
tersebut memiliki lafaz begini, Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Akan muncul di kalangan umat aku seseorang
yang bernama Muhammad bin Idris (Imam al-Syafi’i) yang
akan mendatangkan kerosakan kepada umat ku lebih buruk
daripada iblis dan akan muncul pula di kalangan umat
ku seorang lelaki bernama Abu Hanifah yang akan
menjadi cahaya penyuluh umat aku.” Bagi mazhab Syafi’i
bacaan Bismillah pada setiap permulaan ayat ketika
solat dibacakan dengan keras, maka hadis mawdhu’
diciptakan untuk menguatkan lagi pendapat ini yang
berbunyi: “Aku (Muhammad) berimam kepada Jibril di
sisi Ka‘bah, maka dia mengeraskan bacaan (Bismillah).”

Penipuan serta pemalsuan sebegini juga merupakan
budaya hidup kelompok Syi’ah. Maka tidak hairanlah
sekiranya mereka inilah golongan yang paling banyak
memalsukan hadis untuk menyokong pegangan mazhabnya
yang sesat. Imam Malik r.h ketika di tanya tentang
mereka beliau menyatakan: “Jangan mengajak berbicara
dengan mereka dan jangan meriwayatkan daripada mereka
kerena mereka adalah para pendusta.” Sebagai contohnya
untuk menghina para sahabat mereka telah membuat
riwayat palsu seperti ini: “Daripada Abu Ja’far yang
berkata: “Semua manusia itu telah murtad setelah
wafatnya Nabi kecuali 3 orang.” Aku bertanya:
“Siapakah yang 3 orang itu?” Maka jawabnya :
“Al-Miqdad ibn al-Aswad, Abu Dzarr al-Ghifari dan
Salman al-Farisi.”

f) Terdapat juga mereka yang sengaja membuat hadis
mawdhu’ demi untuk mendekatkan diri kepada penguasa
bagi mendapat ganjaran duniawi. Ini adalah seperti
kisah Ghiath bin Ibrahim An-Nakha’ie Al-Kufi pada satu
hari datang berkunjung ke istana Al-Mahdi. Di kala itu
Al-Mahdi sedang bermain burung dara (merpati) kerana
beliau sangat suka dengan burung-burung merpati itu.
Maka berkatalah Ghiath:
“Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada pertaruhan
melainkan pada anak panah, unta atau kuda, ataupun
burung.”
Hadis yang dibawa oleh Ghiath adalah benar, tetapi
tambahan perkataan “ataupun burung” itu adalah
perkataan Ghiath sendiri untuk tujuan membodek
al-Mahdi. Al-Mahdi memahami maksud Ghiath itu lalu
disuruh supaya Ghiath diberi hadiah. Dan setelah
Ghiath pergi, maka Al-Mahdi berkata: “Aku naik saksi
atas engkau, bahawa engkau adalah seorang pendusta
terhadap Rasul.” Dan kemudian dia berkata pula:
“Akulah yang mendorongnya berbuat demikian. Al-Mahdi
kemudian menyuruh supaya burung merpati itu
disembelih.”

g) Ada juga golongan yang mencipta hadis mawdhu’
bermotifkan politik. Sebagai contohnya ketika terjadi
perselisihan di antara Muawiyah bin Abi Sufiyan dan
‘Ali bin Abi Talib maka banyak riwayat-riwayat palsu
dicipta demi untuk menguatkan pihak yang disokong
mereka. Bagi penyokong ‘Ali mereka membuat hadis
mawdhu’: “Apabila kamu melihat Mu ‘awiah di atas
mimbarku, maka bunuhlah akan dia.” Bagi mereka yang
menentang ‘Ali maka mereka mencipata hadis mawdhu’:
“Tidak ada satu pohon pun dalam Syurga kecuali
tertulis atas tiap-tiap daunnya “Tiada Tuhan melainkan
Allah s.w.t. dan Muhammad itu pesuruh Allah s.w.t.”,
Abu Bakar al-Shiddiq, ‘Umar al-Faruq dan ‘Uthman
Zun-Nuraini.”

Begitu juga bagi pengikut kerajaan Bani ‘Abbasiyah
mereka mengeluarkan hadis mawdhu’ ini : “’Abbas itu
ialah orang yang memelihara wasiatku dan ahli
warisku.” Bagi pengikut bani Umayyah pula mereka
meriwayatkan hadis mawdhu’ ini: “Orang-orang yang
kepercayaan itu ada tiga orang; Aku (Muhammad), Jibril
dan Mu’awiah.”

Demikianlah beberapa contoh golongan yang secara
sengaja menempah tempat duduk mereka di neraka dengan
mencipta hadis-hadis mawdhu’. Penulis yakin setelah
melihat ciri-ciri hadis mawdhu’ serta golongan yang
bertanggungjawab menciptanya maka sedikit-sebanyak
kesan-kesan buruk yang disebabkan oleh hadis mawdhu’
ini terhadap masyarakat akan jelas terbayang di minda
para pembaca. Menyedari hakikat ini para ulamak hadis
semanjak zaman berzaman telah merumus serta menerapkan
kaedah-kaedah ilmu hadis demi untuk memudahkan umat
Islam mengenali hadis-hadis mawdhu’ tersebut. Di
antara karya-karya cemerlang warisan ulamak hadis
adalah seperti al-Dhu’afa karya Imam al-Bukhari,
al-Dhu’afa wa al-Matrukun karya Imam al-Nasaa’i, Mizan
al-I’tidal karya Imam al-Dzahabi, Tahzib al-Kamal oleh
al-Mizzi, al-Maqaashid al-Hasanah Fii Bayaan Katsiir
Min al-Ahaadiits al-Musytahirah ‘Ala al-Alsinah karya
al-Hafidz as-Sakhawy, Taqrib al-Tahzib oleh al-Hafidz
Ibnu Hajar al-‘Asqalani, al-Laali’ah al-Mashnu’ah
karya Imam as-Suyuthi, al-Maudhu’at oleh Ibnul Jauzi,
Tanzihu al-Syari’ah al-Marfu’ah’An al-Ahadis
al-Syari’ah al-Mawdhu’ah oleh Ibnu Iraq al-Kittani dan
karya Syaikh al-Albani bertajuk Silsilah al-Hadis
al-Dha’ifah wal al-Mawdhu’ah serta banyak lagi.
Sewajarnya pihak yang bertanggungjawab di Malaysia ini
menyambung warisan yang ditinggalkan oleh para ulamak
hadis ini dengan menubuhkan sebuah Institusi Hadis
peringkat kebangsaan yang akan memantau serta membasmi
penyebaran hadis-hadis mawdhu’ mahupun dha’if (lemah)
dalam segala bentuk sama ada secara penulisan mahupun
lisan. Jumlah mereka yang pakar dalam bidang hadis di
Malaysia sebenarnya adalah begitu sedikit dan ini juga
membuka ruang untuk hadis-hadis yang mawdhu’ dan
dha’if dipergunakan secara semberono. Semoga dengan
penubuhan institusi yang sedemikian rupa, ianya akan
dapat melahirkan lebih ramai alim-ulamak dalam bidang
hadis di negara kita Malaysia.

Friday, June 02, 2006

Ajaran jimat cermat dalam islam

Ajaran jimat cermat dalam islam

(1)

kewajipannya

dalam risalah yang kedua dahulu berkenaan dengan "kewajipan kita kepada diri sendiri" telah ada disebut sedikit dari hal keewajipan berjimat cermat. Tetapi disitu masalah ini telah disentuh sambil lalu sahaja, tiada diluaskan dengan kadar yang mencukupi. Maka disini biarlah kita perkasa keteranganya dengan lebih luas dan memuaskan lagi.

Oleh zaaba

Firman tuhan dalam surah al-isra' (………………………………………………………………(surah al-isra' ayat 26-27)

Ertinya janganlah kamu membuang-buang belanja membazirkan harta benda dengan sia-sia, bahawa orang yang membazir pada belanjanya dan harta benda itu ialah adik beradik dengan (kenyang) syaitan, pada hal adalah syaitan itu tiada mengenang budi kepada tuhannya."

Kemudian firmannya pula dalam surah itu juga: (………………………………………………………………...(surah al-isra' 29)

Ertinya: "dan jangan engakau letakkan tangan engkau teranti kepada leher engkau – yakni kedekut bakhil tak mahu menghulur memberi-beri – dan jangan pula engkau bukakan tangan engkau itu berlebih-lebihan terbuka dengan sehabis-habisnya. Kerana jika engkau kehabisan harta nescaya engkau terpaksa duduk dikeji orang dan melaung dalam kepa-paan."

Pada lain tempat firmanya pula:

(……………………………………………………………….surah al-furqan 69)

ertinya: "dan (mereka yang dekatkan penyembah tuhan yang maha penyayang itu diantaranya ialah) segala mereka yang apabila mereka membelanjakan wang tidaklah dengan habur dan boros, dan tidak pula dengan kedekut, lokek, terlampau berdikit-dikit hingga tak mencukupi khendak-khendak yang mustahak; tetapi adalah mereka mengambil tempat ditengah-tengah dengan sama timbangan diantara dua itu."….pendeknya ialah mereka yang tahu menimbang belanja atas ukuran yang patut dan sederhana.

Maka dalam ayat yang akhir ini perangi jimat cermat itu tuhan kirakan sebagai satu daripada sifat-sifat mulia bagi beberapa kumpulan orang baik-baik seperti yang disebutkan satu persatunya dalam ayat 63 hingga 74 surah itu; dan kesudahanya dinyatakan balasanya yang serupa bagi sekalianya mereka itu dalam akhirat, iaitu disebutkan dalam ayat 75 dan 76:

(…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………)

yakni: mereka itu sekalian akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) oleh sebab sabar dan celaka hati mereka (menyempurnakan sifat-sifat yang mulia itu(: disana mereka akan disambut dengan ucapan hormatdan selamat, dan akan duduk kekal didalamnya – sangat indah tempatnya untuk diam tetap dan bersenag-senang."

Demikian lagi ada firmanya yang lain melarang daripada berbuat boros: tuhan benarkan kita makan minum dan memakai dengan sederhana dan atas kadar yang patut, tetapi dilarangnya jangan membuang-buang dan habur, atau membuat berlebih-lebihan dengan percuma. Misalnya firman tuhan:

(……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………surah al-an'am 141)

ertinya:………."Makanlah oleh kamu daripada buah-buah (yang tersebut) itu apabila musim ia berbuah, dan bayarlah hak yang diwajibkan pada hari menuai atau mengumpul buahnya kelak; tetapi jangan kamu membuang-buang dengan membuat apa-apa berlebihan-lebihan:bahawasanya tuhan tidak gemar akan orang-orang yang membuang-buang dan berbuat sesuatu lebih daripada patut." Dan firmanya lagi:

(……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..surah al-a'raf 31)

ertinya: "hey segala anak cucu keturunan adam, yakni manusia! Pakailah segala pakaian dan perhiasan kamu yang elok-elok pada segala masa dan tempat sembahyang. Dan makan minumlah kamu: tetapi jangan berlebih-lebihan dan membuang-buang: bahawasanya tuhan tidak suka akan orang yang berlebih-lebihan dan membuang-buang."

Adapun hadis nabi kita SAW yang menyuruh berperangai jimat cermat itu memuji akan dia banyak ada; Insyallah akan disebutkan pada tempatnya yang munasabah kemudian kelak. Demikian pula perkataan sahabat-sahabt nabi, perkataan ulama' dan hukama' yang kebilangan pada zaman dahulu, dan lain-lainnya.

Maka yang dikatakan "jimat cermat" itu ada dua macam maknanya dipakai dan dipahamkan orang – satu ialah dengan maksud iaitu suatu cawangan alam pengajian yang luas, lebih biasa disebut diantara orang-orang yang berpelajaran barat sekarang dengan nama economics dan dalam bahas arab "ilmil iqtisod" maka iaitu pengajian mentadbirkan harta dan jalan-jalan mendapat kekayaan negeri daripada hasil mahsul dan sebagainya, dan peri menjalankanya dan cara-cara menggunakannya yang berbagai-bagai supaya ia bertambah banyak dan tumbuh semakin luas bagi faedah negeri dan orang ramai. Maka ialah diantara ilmu-ilmu yang terlibat masyur dan terbesar sekali mintanya dalam kemajuan dunia zaman ini, dan ia juga diantara ilmu-ilmu yang terlibat sekali dipentingkan oleh ahli-ahli penyiasat yang mengkali keadaan masyarakat dan hal ehwal pergaulan manusia; demikian juga oleh ahli-ahli pemerintah negeri. Pendeknya ialah suatu ilmu yang dikira terlalu penting diantara ilmu-ilmu kemodenan dan kemajuan kaum bangsa dan zaman sekarang. Dalam agama islam perkara iqtisad atau jimat cermat yang luas demikian ini adalah dikirakan dalam peraturan zakat, iaitu satu daripada rukun islam yang lima, dan peraturan zakat fitrah; serta diluaskan oleh fukaha' dalam peraturan juziyah, khoroj, baitul mal dan au kof, selain daripada ajaran menggalakkan bersedekah dan berkhairat daripada orang-orang kaya-kaya. Maka dengan fahaman ini tidaklah termasuk ia dalam maksud kita disini.

Kedua ialah jimat cermat dengan maknanya suatu daripada sifat kelebihan yang mulia dalam tabiat keperangaian manusia. Maka dengan fahaman ini adalah ertinya iaitu kelakuan beringat mengasingkan sedikit daripada wang dan harta dan meyimpanya bagi digunakan apabila tiba masa sesak dan kesukaran ketika kita berkhendak kepadanya setelah kehabisan wang yang lain. Samada habis dengan sebab dibuat belanja atau sebab apa-apa kemalangan seperti rumah terbakar dan sebagainya. Jadi apabila terlibat hal yang semacam itu tidaklah terkejar-kejar minta tolong kepada orang ke sana ke mari, atau tidaklah keputusan langsung. Maka inilah satu daripada perkara-perkara yang dikata oleh bidalan malayu "menyediakan paying sebelum hujan"; jika tiada hujan tak mengapalah. Tetapi paying ada sedia sekiranya turun hujan. Selain daripada itu biasa juga difahamkan perkataan "jimat" itu sahaja dengan makna cukup jika pada harta benda, dijaga dengan cermat tiada diberi rosak atau hilang; dan jika pada berbelanja dijaga dengan cermat tiada mahu membuang-buang serta pandai berdikit-dikit supaya jangan kehabisan atau supaya ada yang tersimpan untuk pergunaan yang lebih besar, lebih mustahak atau lebih berfaedah, pada masa yang kehadapan. Maka jimat cermat atau "iqtisod" dengan fahaman yang kedua inilay yang kita maksdukan sekarang.

Perkataan "iqtisod" itu asalnya daripada "qasad" iaitu satu daripada maknanya yang asal dalam bahasa arab ialah "mengambil jalan pertengahan pada berbelanja, berkira dengan adil, dan patuh apabila membelanjakan wang, dan menimbang dengan timbanagn sederhana diantara dua tepi yang berlebihan" – satu terlampau habur dan boros dan satu pula terlampau lokekdan bersekat sangat. Maka hendaklah dielakkan kedua-dua "tepi yang berlebihan" itu, diambil perdirian ditengah-tengah. Kebetulan pula inilah makna "jimat cermat" yang biasa difahamakan dalam bahasa melayu.

Bahawa dengan berbuat jimat cermat demikian ini tidaklah seseorang itu mencuba hendak menyayang atau menyemai orang yang terlebih kaya dan terlebih banyak. Wang daripadanya apabila berbelanja. Jika orang kaya-kaya itu berbelanja besar tidaklah ia meniru hendak berbelanja besar seperti itu pula. Kerana jika perbuatanya demikian tentulah ia kan terpaksa jatuh ke dalam cengkaman hutang, terpaksa meminjam, berhutang dan bergadai; dan hasilnya apabila tiada upaya membayar hutang itu ia akn menjadi papa dan bankrap, tidak ada mempunyai wang dan harta sendiri; dan tiada pula kemerdekaan diri, kerana orang-orang tempat is berhutang itu tentulah tiada berhenti menuntut piutang kepadanya, dan ia pun sentiasa terpaksamelarikan diri dan bersembunyi supaya dapat mengelakkan atau melecehkan daripada membayar hutang itu!! Maka pada ketika itu jatuhlah mood tuan pada pandangan segala orang yang melihat dia, dan orang-orang yang tahu akan halnya itupun tiadalah menyukai dia lagi atau memandang hormat kepadanya seperti dahulu. Pendeknya inilah yang dikata oleh pepatah melayu: "gajah berak besar kancil pun nak berak besar, akhirnya kebabangan atau keluar isi perut!"

Demikian lagi dengan jalan berjimat cermat yang patut dan adil seperti itu tidaklah seseorang itu jadi lokek dan kedekut berbelanja pada barang apa perkara yang sebenarnya mustahak bagi dirinya dan anak ahlinya; dan tidak pula ia tamak dan bakhil daripada bermurah hati menghulurkan pertolongan kepada orang yang kesusahan dan yang sebetulanya berkhendak pertolongan. Kerana jika ia lokek tak mahu menolong-nolong, nescaya dirinya sendiri dan kaum bangsanya akan terdedah kepada bahaya kerosakan dengan sebab rosak pergaulan hidup mereka, dihinggapi oleh ahli-ahli buruk dan kejadian-kejadian jahat yang terbit daripada keadaan bangsat mereka itu. Maka pada ketika itu ia akan berhidup dengan kelakuan tiada kasihan belas, tiada ketenangan dan tiada ketenteraman.

Jadinya, dengan sebab pandai mengira-ngira dan menimbang belanja atas jalan jimat cermat yang demikian, seseorang itu dapat hidup dalam sederhana pada perbelanjaan dan segala cara-cara ia menggunakan wang dan hartanya. Ia berjimat dengan seberapa dengan bolehnya yang patut untuk menentang apa-apa jua timpaan susah yang dibawakan oleh peredaran masa dan apa-apa kemalangan yang terjadi atauyang harus akan terjadi. Oleh itu jika kecil pendapatan kecilah belanja dan kecil pula yang diketepikan untuk disimpan tidak dihabiskan semuanya; jika besar pendapatn besarlah pula simpanan itu.

Bahawasanya seseorang itu tidaklah dapat menentukan apakah hal yang akan terjadi pada masa kehadapan , apa perkaranya yang masih tersembunyi dalam perut masa; dan tidak pula ia dapat menetukan yang ia tetap sahaja akan terselamat daripada kejadian-kejadian perubahan hari. Demikian lagi tidaklah boleh tahu. Adakah kesenangan dan kemewahan yang ada kepadanya sekarang itu akan berkekalan, dan adakah pintu rezekinya akan sentiasa terbuka sahaja, atau ada masanya akan tertutup? Oleh sebab itu sepatutnya, bahkan sewajibnya benarlah, ia berikhtiar membuat persediaan bagi kedatangan hari susah itu sebelum sampainya jika ia sampai, dan menyiapkan untuk masa kesempitan itu sebelum dirinya termasuk kedalamnya jika termasuk.jalanya bersedia dan membuat kesiapan itu ialah dengan mengumpul dan meyimpan sedikit-sedikit wang dan harta pada masa ia dalam kemudahan rezeki, untuk menentang kesempitan itu jika tiba kelak. Maka yang demikian itu hanyalah boleh diperbuat dengan berjimat cermat pada perbelanjaan dan pada cara-cara penghidupan, seperti yang diajar kepada kita dalam ayat-ayat Quran yang telah disebutkan ini.

Makna dan maksud berjimat cermat seperti yang telah diterangkan ini ada didapati dalam hadis-hadis yang mulia; satu daripadanya sabda nabi SAW:

(……………………………………………………………………………………………)

ertinya: "Allah taala rahmati akan seseorang yang berusaha bagi mendapatkan rezeki yang baik, dan berbelanja dengan sederhana, dan mengasingkan lebih dahulu sedikit baki disimpan untuk hari kalau tiba sesak sukar dan terpaksa berhajat kepadanya"

"berusaha mendapatkan rezeki yang baik" (…………………) yakni rezeki yang halal dan bersih; "berbelanja dengan sederhana" (…………………) yakni atas atau ukuran yang patut dan pertengahan, tidak terlampau diceking dan tidak pula habur dan boros; "mengasingkan lebih dahulu sedikit baki" (………….) yakni "baki" atau bahagian yang tertinggal lebih-lebih daripada wang belanja – atau sebahagian kecil yang sengaja diketepikan siang-siang sebelum berbelanja itu – diasingkan dan disimpan untuk bekal masa kedatangan sempit dan sesak sukar jika terjadi demikian itu; atau untuk bakal masa telah tua dan lemah kelak, kerana masa tua itu biasanya disertai oleh keadaan fakir, lemah, uzur, tiada cukup berdaya, dan tiada berduit, dan tiada cukup berdaya, dan tiada berduit,. Kata arif "kalau tua eloklah ada duit" yakni jika tua tiada mempunyai wang atau harta nescaya tiadalah siapa yang akan mengambil tahu atau mengambil berat pun akan susah payah dan sakit pening kita, kerana tiada apa yang diharapkan akan dapat.

Maka alangkah eloklah pengajaran jimat cermat yang disyarakkan dalam agama islam ini? Orang-orang yang tiada tahu berjimat-cermat tentu sentiasa berhajat kepada pengajaran ini dan mesti mengikut dan memakainya walau apa pun agama mereka, dan apa pun tingkat lapisan hidup mereka, bahkan walau apa pun peredaran hal ehwal mereka dan darjat kemajuan mereka.

Jimat cermat atas rupa yang ditunjukkan ini, yang telah dibawakan ajaranya kepada kita oleh pembawa syariat islam yaitu junjungan kita nabi Muhammad SAW yang bijaksana itu, ialah satu daripada kewajipan kita kepada diri sendiri masing-masing. Maka si kayalah diraikan ajaran ini oleh tiap-tiap orang apabila menjalankan kewajipan mencari kehidupan, berusaha, berniaga, bercucuk tanam, bertukang-tukang, membuat barang-barang, makan gaji, dan sebagainya. Jika diikuti pendoman ini nescaya selamatlah ia apabila mendapat wang dan harta daripada barang apa-apa usahanya itu. Ia tidak akan membebaskan tanganya berbuat diatas wangnyaitu mengikut, suka-suka nafsunya sahaja, hingga wang itu habis, menjadi abu dan angin dengan tiada berketahuan, punah dan binasa kerana menjamu kecenderungan nafsu. Kerana jika diperbuatnya demikian nescaya rugilah ia dan terlucut daripada tanganya perkakas dan peluang yang sepatutnya boleh menyampaikan dia kebajikan dengan berbuat perbuatan-perbuatan yang mulia, atau boleh menghasilkan dapat sebanyak sedikit akan cita-cita keinginannya yang tinggi-tinggi.

Maka apabila telah terjadi demikian itu adalah perolehan yang didapatinya hanya kecewa dan kepa-paan jua: kata bidal melayu "ikut hati mati, ikut rasa binasa". Hadis yang tersebut tadi itu pada satu pihaknya lagi pula adalah menyuruh kita jangan tamak dan kikir, yakni jangan suka semata-mata mengumpul wang dan kekayaan, dan kemudian meyimpanya seperti berhala tok pekong tiada mahu mebelanjakan dan menggunakan pada perkara yang patut dan kebajikan, hanya sepanjang masa ingin akan kekayaan itu biar bertambah banyak sahaja lagi!! Hadis itu menyebut (…………………..) ertinya "ia membelanjakan wangnya itu dengan sederhana dalam sempadan yang patut dan adil, bukan disimpan dan dipuja sahaja seperti berhala bukan kikir dan kedekut bukan semata-mata gila hendakkan wang dan harta itu bertambah semakin banyak sahaja, tiada lain lagi, kerana jika demikian bukanlah jimat cermat namanya, melainkan ialah kikir, bakhil, lokek dan kedekut. Terkadang orang yang demikian bukan kedekut kepada orang lain dan fakir miskin dan kerja-kerja kebajikan umum sahaja, tetapi kedekut kepada dirinya sendiri juga, kepada anak ahlinya dan orang-orang dalam tanggungannya pun: hingga perkara-perkara yang tak boleh tidak bagi kehidupan sendiri dan kehidupan anak ahlinya itu pun disekatnya, tiada diberinya! Maka kesukaanya sehari-hari hanyalah mengira dan membilang-bilang wangnya dan hartanya itu sahaja, dilihat jangan ada yang hilang atau luak (berkurangan), dan berapa banyak bertambahnya!!

Maka inilah jenis orangnya yang dikondem (condemn) oleh tuhan dalam ayat: ……………………*……………………….*………………….. : (surah al-humazah 2-4) ertinya : "orang yang menghimpunkan harta dan membilang-bilangnya*disangkaan kekayaan itu akan mengalakkan dia hidup selama-lamanya*tidak! Sekali-kali tidak! Ia tentu sekali akan dihumbankan ke dalam api neraka yang memecah belahkanya."…….demikian pula inilah juga jenis orangnya yang ditemplak oleh tuhan dengan firmanya: (………………………………………………) (surah al-takathur ayat 1) ertinya: "kamu telah dilalikan oleh perasaan gila hendak menambah-nambah banyaknya harta sahaja hingga sampai kamu melawat ke tanah perkuburan kelak"!...akhirnya kata tuhan lagi : (………………………….*………………………*………………………..*) : surah al-takathur 6) ertinya : "tidak!tidak! kalau kirannya kamu tahu dengan pengetahuan yang yakin betul* tentulah kamu akan nampak api neraka jahanam* kemudian kamu akan nampak melihatnya dengan pandangan mata yang tiada syak sekali-kali."

Dalam kehidupan di dunia ini orang yang mengumpul harta dan kekayaan dengan lokek demikian itu tetaplah akan jadi seolah-olah dirinya itu fakir dan papa kerama pada hakikatnya yang sebenar, walaupun ia kaya dan "millionair" pada nama dan pada rupanya. Maka tiadalah kekayaan yang dikumpul dan disayangnya demikian itu bermakna apa-apa atau memberi faedah apa-apa jua pun, walau kepada dirinya atau kepada orang lain. Pendeknya tiadalah berguna harta itu tinggal didalam tanganya. Sepatutnya harta yang dimilikinya itu jadi khadam kepadanya; tetapi dengan sebab lokek dan kikirnya seperti yang tersebut itu maka dirinya pula yang menjadi khadam dan hamba kepada hartanya itu dan harta itu menjadi tuan atau "tuhan" kepadanya!! Ia takut jadi miskin kalau banyak berbelanja, tetapi kikirnya itu sebenar-benarnya menjadikan dia miskin juga pada hakikatnya. Maka itulah di kata oleh ahli syair:

(…………………………………………….)

(……………………………………………..)

ertinya "barang siapa memakai beberapa banyak masa pada mengumpulkan hartanya sahaja, yakni tidak membelanjakanya*kerana takut akan ditimpa kemiskinan satu hari kelak, maka orang itu ialah memelihara dan menyuburkan kefakiran bagi dirinnya jua."

Adapun jika ia berkhendak mencapai kebajikan maka hendaklah ia membelanjakan wang dan harta yang disayanginya itu pada kerja-kerja yang menghasilkan kebajikan, terutama kebajikan umum, bukan bagi kebajikan diri sendiri sahaja.

Firman tuhan : (………………………………………………….) (surah al-imran 92)

Ertinya :"kamu tidak akan dapat mencapai kebajikan sehingga kamuberbelanja (membuat khairat) daripada apa harta yang kamu sayangi." Maka "berbelanja" itu termasuklan didalam maknannya "berkhairat" dan "bersedekah" juga.

Lain daripada hadis yang telah diberi tadi banyak ada hadis-hadis lagi yang menunjukkan nabi kita Muhammad SAW sentiasa sangat mementingkan perkara jimat cermat yang patut dan pertengahan ini. Tetapi kita tangguhkan dahulu menyebutkannya kemudian kelak dalam salah satu bahagian bahas ini yang akan datang. Sementara itu memadailah dikata dahulu disini bahawa kelakuan jimat cermat seperti yang diajar oleh agama kita ini sangat-sangat fardhu bagi kemajuan dan kejayaan dunia tiap-tiap orang dan tiap-tiap bangsa pun – selain daripada mesti ada pelajaran dan alam pengetahuan dan budi perangai yang mulia – baik bangsa islam atau bangsa yang bukan islam.

Friday, March 31, 2006

HUTANG DALAM ISLAM

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

MEMBERI hutang adalah amalan yang mulia jika tujuannya untuk
meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup.
Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada
orang-orang yang berhutang.
Jika dilihat kepada konsep kemasyarakatan, memberi hutang sangat
digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang
istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala. Sabda Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang
mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan
menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara
kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan
kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya
kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan
Tirmidzi).
Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan orang yang melepaskan
kesusahan orang lain termasuk memberi hutang. Berbeza halnya dengan
orang yang berhutang. Berhutang adalah amalan yang tidak digalakkan
oleh Islam kerana hutang itu merupakan kesusahan di malam hari dan
penghinaan di siang hari. Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu
menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika
ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia
meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka
yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikannya kepada
waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan
membayar hutang.
Dari itu hutang perlu dijelaskan dengan segera. Jangan suka atau
sengaja tidak menghiraukan hutang sehingga menyebabkan hutang tersebut
tertangguh begitu lama sekali dengan berbagai-bagai alasan yang
diberikan mengenainya sehingga kadang-kadang menyebabkan kesusahan
kepada orang yang memberi hutang. Dalam keadaan-keadaan lain, hubungan
kedua belah pihak menjadi tidak mesra, bahkan seperti bermusuhan.
Kadang-kadang penangguhan itu bukan kerana tidak mampu membayar hutang,
tetapi sengaja dilengah-lengahkan. Menurut rasulullah sallallahu Alaihi
Wasallam orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan
pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan
segera adalah melakukan kezaliman. Demikian ditegaskan oleh Rasullullah
Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya yang maksudnya:
"Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah
suatu kezaliman." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam besabda yang maksudnya:
"Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta
(untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan
menghalalkan hukumannya."
Daripada maksud hadis di atas, Ibnu Hajar Al-Haitsami berpendapat
bahawa orang-orang yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang
sedangkan dia berkeupayaan untuk melunaskannya menyebabkan
kehormatannya boleh dicemari dengan menceritakan hal tersebut kepada
orang lain. Walau bagaimanapun hal yang boleh diceritakan itu hanyalah
mengenai buruk perangainya kerana melengah-lengahkan hutang itu sahaja.
Adapun menceriatkan keburukannya yang lain adalah haram hukumnya kerana
orang yang dizalimi itu hanya dibenarkan menceritakan kezaliman dalam
perkara menangguhkan hutang sahaja. dalam perkara menghalalkan hukuman
ke atasnya bererti dia boleh dihukum kerana perbautan sengaja
melengah-lengahkan hutang. Hukuman itu sama ada dipenjara, dirotan atau
seumpamanya. (Az-Zawajir hln 414).
Menurut Ibnu Hajar lagi, sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang
dalam keadaan berkemampuan itu adalah melakukan dosa besar.
Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab
membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada
diri si penghutang jika hutang tidak dibayar. Antaranya disebutkan
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah,
sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada
tempat yang mulia) dengan sebab hutanngnya sehinggalah hutangnya itu
dilunaskan."
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu "umar Radiallahuanhu
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau
satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana
di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis riwayat Ibnu
Majah).
Di antara risikonya lagi, suatu perisitiwa pernah terjadi di mana
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam enggan menyembahyangkan jenazah
apabila Baginda mengetahui orang yang meninggal itu masih mempunyai
tanggungan hutang.
Tindakan Baginda itu jelas menunukkan tentang ketidaksukaan Baginda
terhadap orang-orang yang berhutang. Tindakan sedemikian memberi
pengajaran kepada orang lain tentang akibat berhutang.
JIka si pehutang benar-benar tidak berkeupayaan untuk membayar
hutangnya dalam jangka atau tempoh yang dijanjikan atau dientukan,
berterus-teranglah kepada pemiutang dan berundinglah bagaimana cara
yang patut dan munasabah untuk membayar hutangnya.
Dari itu kikislah sifat dan tabiat suka berhutang kecuali dalam
perkara-perkara yang benar-benar perlu dan mendesak. Bebaskanlah diri
daripada hutang-hutang agar hidup dalam keadaan riang gembira dan
selesa di dunia dan di akhirat kelak.

Tuesday, March 28, 2006

Mengenang Akhlak Nabi Suci Kita

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim

Mengenang Akhlak Nabi Suci Kita :

Muhammad SAW Setelah Nabi wafat, seketika itu pula kota Madinah
hingar bingar dengan tangisan ummat Islam; antara percaya dan tidak,
Rasul yang mulia telah meninggalkan para sahabat. Beberapa waktu kemudian,
seorang arab badui menemui Umar dan dia meminta, “Ceritakan padaku
akhlak Muhammad.” Umar menangis mendengar permintaan itu. Ia tak sanggup
berkata apa-apa. Ia menyuruh Arab badui tersebut menemui Bilal. Setelah
ditemui dan diajukan permintaan yang sama, Bilal pun menangis, ia tak
sanggup menceritakan apapun. Bilal hanya dapat menyuruh orang tersebut
menjumpai Ali bin Abi Thalib.
Orang Badui ini mulai heran. Bukankah Umar merupakan seorang sahabat
senior Nabi, begitu pula Bilal, bukankah ia merupakan sahabat setia
Nabi. Mengapa mereka tak sanggup menceritakan akhlak Muhammad. Dengan
berharap-harap cemas, Badui ini menemui Ali. Ali dengan linangan air mata
berkata : “ Ceritakan padaku keindahan dunia ini!” Badui ini menjawab,
“Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan segala keindahan dunia
ini...” Ali menjawab, “ Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia ini,
padahal Allah telah berfirman bahwa sungguh dunia ini kecil dan
hanyalah senda gurau belaka, lalu bagaimana aku dapat melukiskan akhlak
Muhammad, sedangkan Allah telah berfirman bahwa sungguh Muhammad memiliki
budi pekerti yang agung! (QS. Al-Qalam 68: 4).”
Badui ini lalu menemui Siti Aisyah r.a. Isteri Nabi yang sering
disapa Khumairah oleh Nabi. Aisyah menjawab,”Khuluquhu al-Quran (Akhlaknya
Muhammad itu Al-Quran).” Seakan-akan Aisyah ingin mengatakan bahwa Nabi
itu bagaikan Al-Quran berjalan. Badui ini tidak puas, bagaimana bisa ia
segera menangkap akhlak Nabi kalau ia harus melihat seluruh kandungan
Quran. Aisyah akhirnya menyarankan Badui ini untuk membaca dan menyimak
QS Al-Muminun (23: 1-11).
Bagi para sahabat, masing-masing memiliki kesan tersendiri dari
pergaulannya dengan Nabi. Kalau mereka diminta menjelaskan seluruh akhlak
Nabi, linangan air mata-lah jawabannya, karena mereka terkenang akan
junjungan mereka. Mereka hanya mampu menceritakan satu fragmen yang paling
indah dan berkesan dalam interaksi mereka dengan Nabi Penutup ini.
Kembali ke Aisyah. Ketika ditanya bagaimana perilaku Nabi, Aisyah
menjawab “Semua perilakunya indah.” Ketika didesak lagi, Aisyah baru
bercerita tentang saat terindah baginya sebagai seorang isteri, “ Ketika aku
sudah berada di tempat tidur dan kami sudah masuk dalam selimut, dan
kulit kami sudah bersentuhan, suamiku berkata, ‘Ya Aisyah, izinkan aku
untuk menghadap Tuhanku terlebih dahulu.’ “ Apalagi yang lebih
membahagiakan seorang isteri, karena dalam episode tersebut terkumpul kasih
sayang, kebersamaan, perhatian dan rasa hormat dari seorang suami, yang
juga seorang utusan Allah.
Nabi Muhammad jugalah yang membuat khawatir hati Aisyah ketika
menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya. Aisyah keluar
membuka pintu rumah. terkejut ia bukan kepalang, melihat suaminya tidur
di depan pintu. Aisyah berkata, mengapa engkau tidur di sini. Nabi
Muhammmad menjawab,” Aku pulang larut malam, aku khawatir mengganggu
tidurmu sehingga aku tidak mengetuk pintu. itulah sebabnya aku tidur di depan
pintu.” Mari berkaca di diri kita masing-masing. Bagaimana perilaku
kita terhadap isteri kita? Nabi mengingatkan, berhati-hatilah kamu
terhadap isterimu, karena sungguh kamu akan ditanya di hari akhir tentangnya.
Para sahabat pada masa Nabi memperlakukan isteri mereka dengan hormat,
mereka takut kalau wahyu turun dan mengecam mereka.
Buat sahabat yang lain, fragmen yang paling indah ketika sahabat
tersebut terlambat datang ke Majlis Nabi. Tempat sudah penuh sesak. Ia
minta izin untuk mendapat tempat, namun sahabat yang lain tak ada yang mau
memberinya tempat. Di tengah kebingungannya, Rasul memanggilnya. Rasul
memintanya duduk di dekatnya. Tidak cukup dengan itu, Rasul pun melipat
serbannya lalu diberikan pada sahabat tersebut untuk dijadikan alas
tempat duduk. Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima
serban tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi mencium
serban Nabi.
Senangkah kita kalau orang yang kita hormati, pemimpin yang kita
junjung tiba-tiba melayani kita bahkan memberikan sorbannya untuk tempat
alas duduk kita. Hanya menerima kartu lebaran dari seorang pejabat saja
kita sangat bersuka cita. Begitulah akhlak Nabi, sebagai pemimpin ia
ingin menyenangkan dan melayani bawahannya.
Nabi Muhammad juga terkenal suka memuji sahabatnya. Kalau kita baca
kitab-kitab hadis, kita akan kebingungan menentukan siapa sahabat yang
paling utama. Terhadap Abu Bakar, Rasul selalu memujinya. Abu Bakar-lah
yang menemani Rasul ketika hijrah. Abu Bakarlah yang diminta menjadi
Imam ketika Rasul sakit. Tentang Umar, Rasul pernah berkata, syaitan saja
takut dengan Umar, bila Umar lewat jalan yang satu, maka syaitan lewat
jalan yang lain. Dalam riwayat lain disebutkan, Nabi bermimpi meminum
susu. Belum habis satu gelas, Nabi memberikannya pada Umar yang
meminumnya sampai habis. Para sahabat bertanya, “Ya Rasul apa maksud (tawil)
mimpimu itu?” Rasul menjawab ilmu pengetahuan.
Tentang Utsman, Rasul sangat menghargai Ustman karena itu Utsman
menikahi dua putri Nabi, hingga Utsman dijuluki dzu an-Nurain (pemilik dua
cahaya). Mengenai Ali, Rasul bukan saja menjadikannya ia menantu,
tetapi banyak sekali riwayat yang menyebutkan keutamaan Ali. “Aku ini kota
ilmu, dan Ali adalah pintunya. Barang siapa membenci Ali, maka ia
merupakan orang munafik.”
Lihatlah diri kita sekarang. jika ada seorang rekan yang punya
sembilan kelebihan dan satu kekurangan, maka kita jauh lebih tertarik
berjam-jam untuk membicarakan yang satu itu dan melupakan yang sembilan.
Ternyata kita belum suka memuji; kita masih suka mencela. Ternyata kita
belum mengikuti sunnah Nabi.
Saya pernah mendengar bahwa Allah pun sangat menghormati Nabi
Muhammad. Buktinya, dalam Al-Quran Allah memanggil para Nabi dengan sebutan
nama: Musa, Ayyub, Zakaria, dll. tetapi ketika memanggil Nabi Muhammad,
Allah menyapanya dengan Wahai Nabi. Ternyata Allah saja sangat
menghormati beliau.
Para sahabatpun ditegur oleh Allah ketika mereka berlaku tak sopan
pada Nabi. Alkisah, rombongan Bani Tamim menghadap rasul. Mereka ingin
Rasul menunjuk pemimpin buat mereka. Sebelum Nabi memutuskan, Abu Bakar
berkata: “ Angkat Al-Qaqa bin Mabad sebagai pemimpin.” Kata Umar ;”
Tidak, angkatlah Al-Aqra bin Habis.” Abu Bakar berkata ke Umar, “Kamu
hanya ingin membantah aku saja.” Umar menjawab “ Aku tidak bermaksud
membantahmu.” Keduanya berbantahan sehingga suara mereka terdengar makin
keras. Waktu itu turunlah ayat: Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya. Takutlah kamu kepada Allah.
Sesungguhnya Allah maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu menaikkan suaramu di atas suara Nabi. janganlah
kamu mengeraskan suara kamu dalam percakapan dengan dia seperti
mengeraskan suara kamu ketika bercakap terhadap sesamamu. Agar tidak terhapus
amal-amalmu sedangkan kamu tidak menyadarinya (al-hujurat 1-2)
Setelah mendengar teguran itu Abu Bakar berkata :”Ya Rasul Allah,
demi Allah, sejak sekarang aku tidak akan berbicara denganmu kecuali
seperti seorang saudara yang membisikkan rahasia. “ Umar juga berbicara
kepada Nabi dengan suara yang lembut. Bahkan konon kabarnya setelah
peristiwa itu Umar banyak sekali bersedekah, karena takut amal yang lalu telah
terhapus. Para sahabat Nabi takut akan terhapus amal mereka karena
melanggar adab saat berada dalam hadirat Nabi.
Dalam satu kesempatan lain, ketika di Mekkah, Nabi didatangi utusan
pembesar Quraisy, Utbah bin Rabiah. Ia berkata pada Nabi,” Wahai
kemenakanku, kau datang membawa agama baru, apa yang sebetulnya kau kehendaki.
Jika kau kehendaki harta, akan kami kumpulkan kekayaan kami, Jika Kau
inginkan kemuliaan akan kami muliakan engkau. Jika ada sesuatu penyakit
yang dideritamu, akan kami carikan ubat. Jika kau inginkan kekuasaan,
biar kami jadikan engkau penguasa kami.”
Nabi mendengar dengan sabar uraian tokoh musyrik ini. Tidak sekalipun
beliau membantah atau memotong pembicaraannya. Ketika Utbah berhenti,
Nabi bertanya, “ Sudah selesaikah, Ya Abal Walid?” - “Sudah,” jawab
Utbah. Nabi membalas ucapan Utbah dengan membaca surat Fushilat. Ketika
sampai pada ayat sajdah, Nabi bersujud. Sementara itu Utbah duduk
mendengarkan Nabi sampai menyelesaikan bacaannya.
Peristiwa ini sudah lewat ratusan tahun lalu. Kita tidak hairan
bagaimana Nabi dengan sabar mendengarkan pendapat dan usul Utbah, tokoh
musyrik. Kita mengenal akhlak nabi dalam menghormati pendapat orang lain.
Inilah akhlak Nabi dalam majelis ilmu. Yang menakjubkan adalah perilaku
kita sekarang. Bahkan oleh si Utbbah, si musyrik, kita kalah. Utbah mau
mendengarkan Nabi dan menyuruh kaumnya membiarkan Nabi berbicara.
Jangankan mendengarkan pendapat orang kafir, kita bahkan tidak mau
mendengarkan pendapat saudara kita sesama muslim. Dalam pengajian, suara
penceramah kadang-kadang tertutup oleh suara kita.
Ketika Nabi tiba di Madinah dalam episod hijrah, ada utusan kafir
Mekkah yang meminta janji bahwa Nabi akan mengembalikan siapapun yang
pergi ke Madinah sepeninggal Nabi. Selang beberapa waktu, seorang sahabat
rupanya tertinggal di belakang Nabi. Sahabat ini meninggalkan
isterinya, anaknya dan hartanya. Dengan terengah-engah menembus padang pasir,
akhirnya ia sampai di Madinah. Dengan perasaan haru ia segera menemui
Nabi dan melaporkan kedatangannya. Apa jawab Nabi? “ Kembalilah engkau ke
Mekkah. Sungguh aku telah terikat perjanjian. Semoga Allah
melindungimu.” Sahabat ini menangis keras. Bagi Nabi janji adalah suatu yang sangat agung. Meskipun Nabi merasakan bagaimana besarnya pengorbanan sahabat
ini untuk berhijrah, bagi Nabi janji adalah janji; bahkan meskipun janji
itu diucapkan kepada orang kafir. Bagaimana kita memandang harga suatu
janji, merupakan salah satu bentuk jawaban bagaimana perilaku Nabi
telah menyerap di sanubari kita atau tidak.
Dalam suatu kesempatan menjelang akhir hayatnya, Nabi berkata pada
para sahabat, “ Mungkin sebentar lagi Allah akan memanggilku, aku tak
ingin di padang mahsyar nanti ada diantara kalian yang ingin menuntut
balas karena perbuatanku pada kalian. Bila ada yang keberatan dengan
perbuatanku pada kalian, ucapkanlah! “ Sahabat yang lain terdiam, namun ada
seorang sahabat yang tiba-tiba bangkit dan berkata, “ Dahulu ketika
engkau memeriksa barisan di saat akan pergi perang, engkau meluruskan
kedudukanku dengan tongkatmu. Aku tak tahu apakah engkau sengaja atau tidak,
tapi aku ingin menuntut qishash hari ini.” Para sahabat lain terpana,
tidak menyangka ada yang berani berkata seperti itu. Kabarnya Umar
langsung berdiri dan siap membereskan orang itu. Nabi melarangnya. Nabi pun
menyuruh Bilal mengambil tongkat ke rumah Nabi. Siti Aisyah yang berada
di rumah Nabi keheranan ketika Nabi meminta tongkat. Setelah Bilal
menjelaskan peristiwa yang terjadi, Aisyah pun semakin hairan, mengapa ada
sahabat yang berani berbuat senekad itu setelah semua yang Rasul
berikan pada mereka.
Rasul memberikan tongkat tersebut pada sahabat itu seraya
menyingkapkan bajunya, sehingga terlihatlah perut Nabi. Nabi berkata,
“Lakukanlah!” Detik-detik berikutnya menjadi sangat menegangkan. Tetapi terjadi
suatu keanehan. Sahabat tersebut malah menciumi perut Nabi dan memeluk
Nabi seraya menangis, “Sungguh maksud tujuanku hanyalah untuk memelukmu
dan merasakan kulitku bersentuhan dengan tubuhmu! Aku ikhlas atas semua
perilakumu wahai Rasulullah.” Seketika itu juga terdengar ucapan -
Allahu Akbar - berkali-kali. sahabat tersebut tahu, bahwa permintaan Nabi
itu tidak mungkin diucapkan kalau Nabi tidak merasa bahwa ajalnya
semakin dekat. Sahabat itu tahu bahwa saat perpisahan semakin dekat, ia ingin
memeluk Nabi sebelum Allah memanggil Nabi.
Suatu pelajaran lagi buat kita. Menyakiti orang lain baik hati maupun
badannya merupakan perbuatan yang amat tercela. Allah tidak akan
memaafkan sebelum yang kita sakiti memaafkan kita. Rasul pun sangat hati-hati
karena khawatir ada orang yang beliau sakiti. Khawatirkah kita bila ada
orang yang kita sakiti menuntut balas nanti di padang Mahsyar di depan
Hakim Yang Maha Agung ditengah miliaran umat manusia. Jangan-jangan
kita menjadi orang yang muflis. Naudzu billah.....
Nabi Muhammad ketika saat haji Wada, di padang Arafah yang terik,
dalam keadaan sakit, masih menyempatkan diri berpidato. Di akhir pidatonya
itu Nabi dengan dibalut sorban dan tubuh yang menggigil berkata, “
Nanti di hari pembalasan, kalian akan ditanya oleh Allah apa yang telah
aku, sebagai Nabi, perbuat pada kalian. Jika kalian ditanya nanti, apa
jawaban kalian? “ Para sahabat terdiam dan mulai banyak yang meneteskan
air mata. Nabi melanjutkan, “ Bukankah telah kujalani hari-hari bersama
kalian dengan lapar, bukankah telah kutaruh beberapa batu diperutku
karena menahan lapar bersama kalian, bukankah aku telah bersabar
menghadapi kejahilan kalian, bukankah telah ku sampaikan pada kalian wahyu dari
Allah.....? “ Untuk semua pertanyaan itu, para sahabat menjawab, “
Benar ya Rasul! “
Rasul pun mendongakkan kepalanya ke atas, dan berkata, “Ya Allah
saksikanlah...Ya Allah saksikanlah...Ya Allah saksikanlah!.” Nabi meminta
kesaksian Allah bahwa Nabi telah menjalankan tugasnya. Di pengajian ini
saya pun meminta Allah menyaksikan bahwa kita mencintai Rasulullah.

Ya Allah saksikanlah betapa kami mencintai Rasul-Mu,
betapa kami sangat ingin bertemu dengan kekasih-Mu,
betapa kami sangat ingin meniru semua perilakunya yang indah;
semua budi pekertinya yang agung,
betapa kami sangat ingin dibangkitkan nanti di padang Mahsyar bersama
Nabiyullah Muhammad,
betapa kami sangat ingin ditempatkan di dalam surga yang sama dengan
surganya Nabi kami.
Ya Allah saksikanlah...Ya Allah saksikanlah…Ya Allah saksikanlah
Ambillah iktibar dan pengajaran dan sebarkanlah message ini sekurang-kurangnya sebagai tanda kasih dan sayang pada Baginda.

Monday, March 27, 2006

Kerana sehelai bulu mata

Kerana sehelai bulu mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
"
Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)